10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim  |  Trip melancong kelihatan menyeronokkan dengan keluarga atau rakan yang bersama di dalam kereta kemudian memandu sepanjang pantai dan sekitar negara. Tetapi menyewa kereta bukanlah termasuk dalam keperluan bajet yang mesra ekonomi. Apa yang pasti, perjalanan menaiki keretapi menjadi semakin popular di kalangan pelancong dalam mencari jalan alternatif yang tidak memerlukan lesen memandu atau berhadapan dengan pihak keselamatan di lapangan terbang. Cara ini juga memberikan peluang kepada pemandu yang telah ditetapkan untuk berehat dan ia membolehkan anda melancong dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih cepat dan tanpa banyak kerenah.

Populariti yang semakin meningkat melalui perjalanan keretapi telah mendorong banyak negara untuk meningkatkan prestasi keretapi semasa mereka atau membangunkan projek-projek utama seperti sistem keretapi berkelajuan tinggi. Bahkan manfaat perjalanan keretapi seolah-olah tidak berkesudahan dengan menjadikan ia lebih mesra ekonomi dan kos pengangkutan yang lebih menjimatkan. Melancong melalui keretapi merupakan cara yang baik untuk menikmati pemandangan yang indah di mana-mana destinasi yang anda pergi – melihat pemandangan yang indah dan terungkap disebalik keretapi yang yang melaluinya, berikut adalah beberapa keretapi yang anda boleh menaikinya :

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim

1. Japan – Shinkansen

Shinkansen nampaknya menjadi sebuah keretapi pelancongan yang bernilai untuk anda. Sebagai simbol perjalanan yang efisien dan kos efektif, rangkaian keretapi berkelajuan tinggi ini menghubungkan ia dengan bandar-bandar popular di Jepun seperti Tokyo, Osaka, Kyoto dan Hokkaido. Adakah anda tahu, anda boleh pergi dari Tokyo ke Osaka hanya dalam masa dua setengah jam sahaja ?

”Keretapi peluru” ini mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 320 kilometer sejam dan agak senyap di mana sahaja untuk memastikan perjalanan anda lebih selesa. Pelawat yang tidak tinggal di Jepun perlu membeli tiket keretapi Jepun (JR Pass) sebelum sampai ke stese. Pas keretapi hanya disediakan kepada mereka yang bukan tinggal (penduduk) di Jepun.

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim

2. Saudi Arabia – Stesen Keretapi Haramain Berkelajuan Tinggi

Berita baik : Anda akan dapat melakukan perjalanan di antara Madinah dan Mekah melalui keretapi Haramain berkelajuan tinggi dengan 8 hingga 12 kawasan. Tiket pula boleh didapati secara atas talian . Kebiasaannya keretapi ini beroperasi dari hari Khamis hingga Ahad untuk setiap 1 jam.

Keretapi berkelajuan tinggi Haramain yang berjarak 450 kilometer atau 280 batu ini akan membuat sebanyak 5 buah hentian sepanjang perjalanannya. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kadar pelancongan. Keretapi baru ini juga akan membantu mereka yang memulakan haji dan ia dilihat dapat mengurangkan kebergantungan kepada industri eksport minyak.

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim

3. Korea Selatan – Korail

Korail adalah sistem keretapi berkelajuan tinggi Korea Selatan yang menghubungkan pelbagai bandar seperti Busan, Yongsan, Suwon dan semestinya bandar Seoul. Mereka mempunyai banyak perkhidmatan keretapi untuk pelancong menikmati keindahan Korea Selatan termasuklah keretapi Laut dan DMZ Train. Perkhidmatan keretapi serantau merupakan pengangkutan yang sempurna untuk mereka menerokai alam semulajadi yang tersembunyi di mana-mana bahagian Korea.

Untuk pilihan yang mesra bajet bagi mendapatkan tiket masuk Korail, sekiranya anda merancang untuk melancong secara berkumpulan 2 hingga 5 grup, anda mungkin mahu membeli tiket sebagai satu kumpulan untuk dapatkan potongan harga (diskaun). Menariknya juga, anda boleh sahaja memilih tiket consecutive atau flexipass. Beza antara kedua-duanya ini adalah :

Consecutive : Pas harian yang menyediakan perjalanan tanpa had sepanjang tempoh tiket tersebut sah. Contohnya, jika anda membeli pas selama sebulan, anda boleh melakukan perjalanan pada bila-bila masa di dalam tempoh 1 bulan tersebut.

Flexipass : Memberikan pas selama tempoh 2 bulan dari tarikh pengesahan dilakukan bergantung bilangan hari yang digunakan. Contohnya, jika anda membeli pakej ini selama 2 bulan dengan 10 perjalanan, anda boleh menggukan 10 hari pada bila-bila masa selama tempoh 2 bulan pas itu tamat tempohnya nanti.

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim
Kredit Gambar : B’Tian Denizcan P. Dorsam

4. Turki – Yüksek Hızlı Keretapi

Kemunculan keretapi berkelajuan tinggi di Turki adalah agak baru. Satu-astunya rel berkelajuan tinggi di Turki yang melalui antara Pendik, berhampiran Istanbul dan Ankara. Ia akan mengambil masa kira-kira 3 hingga 4 jam perjalanan. Ini adalah pilihan mesra bajet yang terbaik terutamanya jika anda memilih untuk menaiki keretapi pada waktu malam kerana ia membolehkan pelancong untuk berehat ibarat penginapan malam.

Kebiasaannya keretapi akan berhenti di sepanjang jalan di bandar-bandar seperti Konya dan Eskisehir. Dari situ, anda akan dapat meneruskan kawasan yang lain bagi mengetahui lebih banyak kawasan pedalaman yang ada di Turki. Dengan pengecualian dari pesisir pantai, keretapi di Negara Turki ini meliputi negara secara meluas menjadikannya sebagai satu pengangkutan yang efisien dan mudah.

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim
Kredit Gambar : Michal Huniewicz

5. Uzbekistan – Afrosiyob

Anda kini boleh mengembara ke Silk Road apabila menaiki keretapi berkelajuan tinggi ini di Uzbekistan. Jalur keretapi berkelajuan tinggi Tashkent-Samarkand yang merangkumi 334 kilometer atau 214 baru, menghubungkan 2 bandar terbesar di Uzbekistan. Dengan masa perjalanan 2 jam lebih, ia akan melalui wilayah Uzbekistan yang lain seperti Tashkent, Sirdaryo, Jizzakh dan Samarqand. Keretapi ini beroperasi setiap hari.

Apabila anda menempah tiket kelas ekonomi, anda akan dihidangkan beberapa teh percuma dengan biskut. Selain itu terdapat juga troli yang menjual pelbagai makanan ringan dan minuman sekiranya anda merasa kelaparan semasa trip tersebut. Mungkin juga anda boleh ke bahagian Kafe dimana mereka menghidangkan menu berat. Manakala jika anda menempah kelas bisnes, kos sudah tentu mahal namun ruang yang disediakan sangat selesa.

10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim
Kredit Gambar : Waychen_c

6. Taiwan – THSR

Meluncur di sepanjang pantai barat Taiwan, keretapi berkelajuan tinggi ini merentasi rel sejauh 350 kilometer dari Taipei ke Kaohsiung. Perjalanan sehala akan membawa pelancong hanya sekitar 1 jam 30 minit. Memandangkan perjalanan sejauh ini, anda boleh berhenti di mana-mana 12 stesen keretapi yang ada sepanjang jalan menghala ke destinasi. Sistem keretapi ini dibina dengan tujuan menjadikan perjalanan pengangkutan awam dan pelancong lebih mudah.

Anda juga dapat menempah kerusi di keretapi ini apabila anda membeli tiket kelas ekonomi atau bisnes. Pun begitu mereka yang mempunyai tiket boleh memilih tempat duduk pada tarikh trip sahaja. Di sana terdapat pengangkutan khusus yang dilengkapi dengan kemudahan istimewa bagi penumpang yang kurang upaya (OKU).

https://static.tripzilla.com/thumb/c/f/129743_800x.jpg

7. Spain – Alta Velocidad Española (AVE)

Meluncur laju sehingga 310 kilometer sejam, keretapi Alta Velocidad Española (AVE) beroperasi sepenuhnya di seluruh Sepanyol sebagai rangkaian keretapi berkelajuan tinggi yang paling jauh dengan rel sepanjang 3240 kilometer. Ini menjadikan AVE sebagai rangkaian keretapi kedua terpanjang di seluruh dunia. Wilayah seperti Madrid, Barcelona, Cordoba dan Seville merupakan beberapa wilayah yang dilalui oleh keretapi ini. Pelancong boleh menganggarkan perjalanan dari Barcelona ke Madrid mengambil masa kurang dari 3 jam sekiranya keretapi ini membuat beberapa hentian di sepanjang trip tersebut.

Anda juga akan dapat mengambil keretapi ke Perancis selepas perjalanan sepanjang 131 kilometer ini dibina bermula pada tahun 2013. Sambungan rel ke Perancis ini menyediakan pelancong sebagai pilihan untuk melanjutkan ke seluruh Eropah. Untuk tempahan tiket AVE merupakan mandatori yang boleh dibeli atas talian atau di stesen keretapi. Nota tambahan : setiap tempahan terdapat yuran tambahan bergantung kepada kelas tempat duduk yang anda inginkan.

speed rails muslim friendly countries

8. Germany – InterCity Express (ICE)

InterCity Express (ICE) nampaknya merupakan cara yang paling cepat dan berkesan untuk “mengungkap” Negara Jerman ketika melancong sejauh 300 kilometer sejam ini. Rangkaian keretapi ini menghubungkan beberapa Bandar utama Jerman seperti Cologne, Berlin dan Hamburg. Dioperasikan oleh Deutsche Bahn, kemudahan keretapi ini mungkin berubah-ubah dengan laluan yang diperlukan tetapi pelbagai kemudahan lain memastikan semua keperluan pelancong akan dijaga.

Rangkaian keretapi ICE juga membolehkan pelancong untuk menerokai seluruh Eropah dengan perjalanan ke negara-negara jiran seperti Denmark, Belanda, Belgium, Perancis, Switzerland dan Austria. Tempahan tempat duduk tidak diperlukan tetapi disyorkan untuk mereka yang melancong ke destinasi yang jauh atau semasa waktu puncak.

speed rails muslim friendly countries
Kredit Gambar : Nuno Morao

9. Portugal – Portuguese Alfa Pendular

Rangkaian keretapi ini menghubungkan beberapa Bandar utama dari Utara ke Selatan Portugal, seperti Lisbon dan Porto. Menaiki keretapi sepatutnya tidak perlu membawa anda melebihi 2 jam dengan kepantasan 220 kilometer sejam. Bandar-bandar seperti Coimbra, Porto dan Braga merupakan wilayah yang mudah diakses melalui stesen keretapi ini. Para pelancong dapat berhubung terus semasa berada di sini melalui wifi percuma mereka. Ia juga penting untuk anda perhatikan kelas tiket yang berlainan yang sudah tentu memberikan anda kemudahan yang berbeza. Di sini, anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan tempat duduk bagi perjalanan keretapi anda dengan kadar yang sangat kecil iaitu sekitar 5 euro.

speed rails muslim friendly countries
Kredit Gambar : Paul Johnston

10. United Kingdom – High Speed 1

Walaupun sistem keretapi di UK tidak dianggap sebagai kelajuan tinggi iaitu dengan kelajuan bergerak 200 kilometer sejam berbanding dengan standard antarabangsa iaitu 250 kilometer sejam, namun ia masih dianggap salah astu sistem keretapi yang paling berkesan di dunia. Pada masa ini, terdapat gabungan dari antarabangsa seperti perkhidmatan penumpang dari Eurostar dan penumpang lokal Southeastern servis seperti High Speed 1.

Kerajaan tempatan juga merancang fasa kedua iaitu sistem keretapi berkelajuan tinddi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang. Fasa kedua ini bertujuan untuk menghubungkan London ke bandar –bandar Utara England yang lain seperti Birmingham dan Manchester. Ia juga akan mengurangkan masa perjalanan semasa hampir separuh berbanding menaiki kenderaan lain. Terdapat juga rancangan untuk memperluaskan keretapi ini ke bandar-bandar Scotland seperti Glasgow menjelang akhir tahun 2024.

Dengan bentuk perjalanan alternatif yang mudah dan cekap ini, (10 keretapi yang berkelajuan tinggi di negara yang mesra muslim) anda tidak lagi terhad kepada menerokai bandar atau negara metropolitan sahaja. Bukan sahaja perjalanan melalui keretapi mempunyai kadar yang murah, bahkan ia juga memudahkan fikiran anda yang risau jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini ketika berada di negara lain.

Sumber : 
https://www.halalzilla.com/high-speed-rails-muslim-friendly-countries/85819

https://www.italiarail.com/booking-basics/what-difference-between-consecutive-day-pass-and-flexipass

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here