14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak  | Tidak semua tanaman di rumah dan kebun anda selamat. Berikut adalah 14 jenis bahaya dan bagaimana cara untuk menjaga keselamatan anak kecil anda.

Apabila melibatkan pelindungan bayi di rumah anda, ada beberapa hal yang jelas diketengahkan : Pagar tangga, kunci cabinet dan penutup soket. Tetapi ada satu perkara yang mungkin anda terlepas. “Kita biasanya tidak memikirkan tanaman yang berada di dalam dan di sekitar rumah serta bagaimana ianya boleh mendatangkan risiko kepada anak-anak kita,” kata Katie Friedman, MD, pakar pediatrik dan pengasas bersama Forever Freckled yang berpusat di Florida. “Penting untuk mendidik diri anda mengenali pelbagai jenis tumbuhan di dalam dan di sekitar rumah anda dan sama ada ia boleh menjadi racun atau tidak kepada bayi anda.”

Cathleen Clancy, MD, pengarah perubatan bersekutu Pusat Racun Negara di Washington, DC, mencadangkan untuk pergi ke pusat racun tempatan berdekatan untuk mengetahui tumbuhan mana yang beracun. “Bawa tanaman anda ke pusat racun untuk mengetahui tentang tanaman yang beracun, sambil mempelajari namanya dan memberitahu kepada anak-anak anda.” Clancy mengatakan cara terbaik untuk melindungi anak anda di rumah mengenai tanaman adalah dengan mengajar mereka agar tidak memasukkan sesuatu yang bukan makanan ke dalam mulut mereka. Pastikan untuk meletakkan sebarang tanaman beracun (serta tanaman gantung rendah dalam pasu besar) jauh dari jangkauan anak-anak.

BACA JUGA : 11 jenis bunga tercantik di dunia

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

Berita baiknya adalah kebanyakan tanaman rumah selamat untuk bayi dan kanak-kanak kecil. “Walaupun mereka meletakkan potongan kecil tumbuhan beracun di mulut mereka, kebiasaannya rasanya tidak enak, jadi mereka akan memuntahkannya dan tidak akan mendekatinya lagi.” kata Friedman. “Menyentuh atau memakan tumbuhan beracun dapat menyebabkan reaksi kulit yang sederhana atau sakit perut. Namun, ada tumbuhan beracun tertentu dimana jika ditelan dalam jumlah yang lebih besar, boleh mengakibatkan gejala yang mengancam nyawa.”

Sekiranya anda rasa anak anda telah bersentuhan atau memakan salah satu tanaman beracun berikut, perhatikan keadaannya. Sekiranya dia mengalami kesukaran bernafas, sesak nafas atau bengkak mulut atau tekak, panggilan pertama anda adalah 911, kerana keadaan kecemasan ini mungkin boleh mengancam nyawa, dan masa adalah penting ketika ini.

Ini adalah perkara yang perlu anda ketahui mengenai tumbuhan biasa tetapi beracun yang mungkin terdapat di dalam atau di sekitar rumah anda:

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

1. Philodendron

Sebilangan besar keluarga mempunyai berpasu-pasu philodendron di sekitar rumah mereka kerana tumbuhan ini adalah antara yang paling mudah untuk dijaga. Tetapi berhati-hatilah: Walaupun tidak membawa maut, memakan tanaman rumah beracun ini boleh menyebabkan ruam pada kulit, mual, pedih dan bengkak mulut, lidah atau tekak, muntah dan cirit-birit.

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

2. Pothos (Pokok duit-duit)

Pothos adalah tanaman dalaman lain yang sangat popular, dengan daun tirus berbentuk hati yang berwarna putih, kuning atau hijau pucat. Memakannya tidak akan membunuh, tetapi ia boleh menimbulkan kegatalan. Sekiranya anda rasa anak anda mungkin telah menggigitnya, perhatikan kemungkinan gejala, termasuklah kepedihan dan pembengkakan mulut, bibir dan lidah, kesukaran untuk bercakap atau menelan, muntah, mual dan cirit-birit.

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

3. English Ivy

Pendaki yang berkembang pesat, English Ivy biasanya terdapat di kawasan rumah seperti di bahagian luar bangunan dan di bawah pokok sebagai penutup tanah. Tetapi jika dimakan, tumbuhan beracun ini dapat merengsakan mulut dan menyebabkan ketidakselesaan. Dalam jumlah yang banyak pula, ia boleh menyebabkan pembengkakan teruk sehingga ke bahagian tekak.

https://i.pinimg.com/564x/25/9d/d2/259dd2d40e241809f0b49ec7cbb8d73a.jpg

4. Easter Lily (Teratai Easter)

Terkenal dengan mentol putihnya yang indah, Easter Lily sering dibawa pulang dalam bentuk jambangan yang indah. Tetapi perlu diingat, tumbuhan beracun ini boleh merengsakan mulut dan tekak dan bahkan menyebabkan mual atau muntah jika tertelan.

https://i.pinimg.com/564x/f2/aa/d1/f2aad1edc723229cfe27f4d5e3720ec3.jpg

5. Oleander

Kadang-kadang ditanam di kebun sekitar rumah, pokok bunga renek yang indah ini terkenal dengan bunga putih, merah jambu atau kuningnya – dan merupakan salah satu tanaman paling beracun di sekitar rumah. Ia mempunyai toksin jantung yang boleh membawa maut dan jika tertelan, boleh menyebabkan mual, muntah, degupan jantung yang perlahan, tekanan darah rendah (yang boleh menyebabkan mengantuk) dan bahkan kematian. Sekiranya anda mengesyaki anak anda makan oleander, segera ke bilik kecemasan.

https://i.pinimg.com/564x/34/81/80/34818071bedc3cba6bf7cc67c083fe40.jpg

6. Daffodils

Bunga berbentuk trompet ini mungkin kelihatan tidak berbisa, tetapi ia boleh membuat anak kecil anda jatuh sakit. Walaupun tidak terlalu beracun, ianya boleh membahayakan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Bergantung pada berapa banyak yang dimakan, tumbuhan ini boleh merengsakan mulut dan tekak dan menyebabkan mual, muntah dan cirit-birit.

https://i.pinimg.com/564x/f9/25/e1/f925e11ac68e5b65bd057722f177bd23.jpg

7. Dieffenbachia

Juga dikenali sebagai tongkat bisu atau teratai harimau bintang, daun tanaman ini bercampuran warna hijau, putih dan kuning yang menjadikannya menonjol – mengikut fakta, ianya mengandungi kristal kalsium oksalat, yang dapat merengsakan kulit dan mulut anak anda dan, jika dimakan dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan mual dan muntah.

https://i.pinimg.com/236x/b8/8d/44/b88d44efe9e2454a47a87b25cc09a45d.jpg

8. Peace Lily

Peace Lily adalah tanaman tahan lasak dengan daunnya berwarna hijau tua dan bunganya putih, serta terkenal di kalangan pemilik rumah yang dikatakan ‘bertangan panas’. Tetapi seperti tongkat bisu, tanaman rumah beracun ini juga mengandungi kristal kalsium oksalat, dimana jika menelannya boleh menyebabkan gejala yang sama pada kulit dan mulut, mual dan muntah.

https://i.pinimg.com/564x/65/2a/1c/652a1c5cca74ba6c7b338020a4f3e365.jpg

9. Mistletoe

Secara universa, ia merupakan simbol kegembiraan dan keceriaan, tetapi tanaman kegemaran anda ini sebenarnya ada dalam senarai tanaman beracun. Memakan mistletoe boleh menyebabkan gastroenteritis (radang perut dan usus), jangkitan usus yang disertai dengan cirit-birit, kekejangan, mual, muntah dan demam. Ini juga boleh menyebabkan penurunan tekanan darah, walaupun mistletoe Amerika mempunyai kurang toksik daripada spesies Eropah.

https://i.pinimg.com/564x/1a/25/3d/1a253da37364889987f994ae01b1a2d2.jpg

10. Holly

Sekiranya dimakan, tumbuhan ini dapat menghentikan suasana gembira keluarga anda serta-merta. Walaupun batangnya tidak menimbulkan bahaya, buah berinya adalah beracun, dan jika memakannya dengan hanya dua biji, ia boleh menyebabkan muntah, cirit-birit, dehidrasi dan mengantuk. Untuk melindungi anak kecil anda dari tumbuh-tumbuhan beracun ini, selalu keluarkan buah beri sebelum menghias kediaman anda dengan holly segar.

https://i.pinimg.com/564x/c9/22/b3/c922b36325d7bbd5d27851c396440733.jpg

11. Caladium

Caladium, juga dikenal sebagai telinga gajah, mempunyai daun yang berbentuk seperti anak panah, hati atau tombak, dalam kombinasi warna merah jambu, merah, putih, mawar, hijau dan chartreuse (hijau kekuningan). Secara umumnya disimpan di rumah, tanaman beracun ini boleh merengsakan selaput lendir di mulut, hidung, tekak dan perut, dan menyebabkan mual dan muntah.

https://i.pinimg.com/564x/f8/ae/e5/f8aee5f12fb3b5f6a44d4e900705bd76.jpg

12. Azalea

Dengan keistimewaan bunganya yang mekar indah berwarna-warni, azalea menghiasi banyak halaman rumah dan kebun. Anak anda mungkin tidak akan mendapat keracunan yang serius daripada memakan sekeping kecil tanaman ini- gejala ringan, termasuklah kerengsaan mulut, mual dan muntah lebih biasa – tetapi menelan sejumlah besar tumbuhan beracun ini, sama ada daun, bunga atau nektar, boleh mengancam nyawa.

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

13. Morning Glory (Pokok Bunga Seri Pagi)

Morning glory adalah bunga ceria yang menghiasi banyak halaman belakang rumah. Walaupun bunganya yang mekar tidak berbahaya bagi anak-anak, tetapi tidak bagi benihnya – itulah sebab ia berada dalam senarai tanaman beracun kami. Penyebabnya? Bahan kimia yang serupa dengan LSD, dan jika anak anda memakan secukupnya, mereka boleh menyebabkan pelbagai gejala yang memerlukan perhatian perubatan, dari cirit-birit hingga berhalusinasi. Sekiranya anda mempunyai bungkusan benih bunga seri pagi yang segar dari kebun anda, jauhkan anak-anak sehingga bunganya mula tumbuh.

14 tanaman rumah dan kebun yang beracun untuk kanak-kanak

14. Foxglove

Foxglove adalah bunga berbentuk loceng indah yang tumbuh di segenap AS, sering ditanam di kebun rumah. Bunganya yang berwarna putih, kuning dan merah jambu dapat menarik perhatian anak-anak kecil – tetapi sebenarnya tanaman beracun yang mesti dihindari oleh anak-anak dari jauh. Foxglove sangat bertoksik, dan memakan mana-mana bahagian tanaman ini boleh menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan atau tidak teratur.

Sumber :
www.thebump.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here