15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji  |  Sama ada melangkah keluar dari rumah untuk menghirup udara sejuk dan menaiki tobogan menuruni bukit berdekatan atau melihat salji turun sambil berehat di atas sofa dengan dibaluti selimut tebal, sudah pasti salji menambahkan keajaiban semasa musim perayaan.

Jika anda mahukan Krismas yang diseliputi salji putih tetapi tidak boleh ke lapangan terbang pada bulan Disember, jangan risau: kami memilih tempat-tempat di UK dengan peluang tertinggi salji, jadi anda boleh merasakan semangat perayaan tanpa meninggalkan negara.

Dari sebuah spa di Yorkshire ke sebuah istana di Devon, dijamin terasa dengan kesan ajaib musim sejuk. Tambahan, terdapat pasar-pasar Krismas di Whitby, laluan berjalan kaki di desa (Chocolate Box Villages kelihatan lebih baik apabila mereka diliputi salji), disertakan dengan beberapa tempat terbaik di UK untuk meluncur salji. Kami akan berjumpa anda di Box Hill.

BACA JUGA : Panduan mesra muslim terbaik melancong kali pertama ke Switzerland

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

Yad Moss, Cumbria

Sekiranya terdapat sedikit salji di UK, Yad Moss di Cumbria mungkin telah pun ditimbun dengan salji. Yad Moss yang berdekatan dengan Raise adalah salah satu tempat anda boleh bermain ski di England. Ia bukan sahaja mempunyai salji yang cukup untuk bermain ski, malah terdapat banyak kabus salji di bukit yang menjadikan pemandangannya sangat menakjubkan.

Pengembaraan selesa Cumbria yang menjadi kegemaran kami ? A Corner of Eden lah tempatnya. Rumah ladang lama yang indah mempunyai empat bilik selesa, adalah pertaruhan berbaloi untuk hujung minggu yang sejuk.

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

Helmsley Moor, North Yorkshire Moors

Secara statistik, Yorkshire Moors utara adalah salah satu tempat yang paling sedikit salji turun di UK. Di selatannya pula, Helmsley Moor adalah satu siri perbelanjaan yang memuaskan yang mana merupakan kawasan terbesar heatherland Moorland di England. Samaada dilitupi salji atau tak, tempat ini mempunyai beberapa laluan terbaik di Britain untuk mendaki bukit.

Pengembaraan kegemaran kami di North Yorkshire: The Feversham Arms. Dengan suasana yang terbuka dan bilik mandi yang sangat selesa. Terdapat juga spa Verbena yang merupakan tempat terbaik semasa cuaca buruk.

Princetown, Dartmoor

Berada 1,300 kaki di atas paras laut, Princetown adalah salah satu bandar paling tinggi di UK, dan musim sejuk jarang berlaku tanpa timbunan salji yang besar. Bandar ini dipaparkan dalam novel Sir Arthur Conan Doyle iaitu The Hound of the Baskervilles dan dikelilingi oleh hampir 400 batu persegi Dartmoor, terdapat keindahan menakjubkan dan tempat penginapan tentera dahulu.

Pengembaraan Dartmoor yang selesa bagi kami: Istana Bovey. Istana-istana biasanya tidak dianggap sebagai ‘selesa’, tetapi tempat ini menghidangkan kehangatan dengan secawan air panas dan tempat pemanasan dengan api yang marak, Bovey pastinya tempat di mana anda ingin berada semasa salji untuk satu atau dua malam.

Sutherland, Highlands of Scotland

Lupakan jejak Aviemore atau Grampians, untuk padang gurun bersalji sebenar, Sutherland adalah tempat yang betul untuk dituju. Penurunan salji mungkin tidak begitu kerap – walaupun Altnaharra mencatat suhu paling rendah di UK beberapa tahun kebelakangan (-16C) – tetapi pemandangan dan suasana yang terasing sangat luar biasa indahnya.

Pengembaraan Highlands yang menyeronokkan kegemaran kami: Alladale Lodge. Dikelilingi oleh 23,000 ekar ladang, Alladale Lodge berada  jauh daripada ladang utama. Tetapi untuk penginapan yang benar-benar mewah, Eagles ‘Crag Lodge adalah sebuah kediaman sewa eksklusif di mana anda hanya bertemankan moorland tanpa gangguan lain.

Box Hill, Surrey

Jika ada satu perkara yang muncul di minda dengan Box Hill di Surrey, itu semestinya tempat yang sempurna untuk meluncur salji. Tempat kepunyaan National Trust yang indah telah diisytiharkan Kawasan Semulajadi Dengan Kecantikan Luar Biasa (Area of Outstanding Natural Beauty) dan mempunyai banyak laluan yang hebat untuk diketengahkan, terutamanya sekitar Old Fort 1890. Apabila salji mulai turun, dapatkan toboggan anda dan mendaki ke puncak Box Hill, lihat pandangan panorama  yang indah itu dan mula meluncurnya.

Tempat yang paling utama untuk memanaskan badan, tempahlah penginapan di Great Fosters Hotel yang mewah. Dulu dikenali sebagai Royal Hunting Lodge, telah dibina pada tahun 1550 dan mempunyai perapian Jacobean yang cantik dan selesa untuk duduk mengelilinginya dengan segelas wain mulled.

Cairngorms, Eastern Highlands

Taman Negara Cairngorms di Highlands timur Scotland sangat menakjubkan sepanjang tahun, tetapi apabila musim salji, ianya menjadi lebih istimewa. Semua orang termasuk keluarga dengan anak-anak kecil yang suka berjalan-jalan sangat sesuai untuk datang ke sini mencari pengalaman mendaki yang mencabar. Terdapat juga banyak acara renjer yang terlibat, seperti berjalan di sekitar heath setiap hari Jumaat (10 pagi hingga 11:30 pagi) dan ke pulau abad ke-13 yang indah Loch Eilein di Rothiemurchus, yang sangat mesra Instagram ketika berkabus salji.  Jika suasana sedikit sejuk, panaskan badan anda di Speyside Distillery.

Tempah dan buatlah perjalanan ke Ecopod Boutique Retreat. Dibentangkan dengan karpet kulit biri-biri dan api yang marak, tempat ini sempurna untukmemanjakan diri semasa musim sejuk. Pod itu sendiri merupakan tempat yang terang untuk melihat salji-salji yang turun menjadikan suasana yang teramat romatis. Jangan terlepas peluang untuk merasai tab mandian panas yang memberikan kebahagiaan kepada anda.

Capel Curig, Snowdonia

Capel Curig terletak betul-betul di tengah Snowdonia, dan apabila ia ditutup dengan salji putih, sudah pasti tiada tempat yang lebih baik dari ini. Kawasan ini sesuai untuk semua tidak kira peringkat umur atau kemampuan pendaki. Pada hari yang cerah, pemandangan boleh dilihat dari Ireland ke Lake District. Salah satu laluan paling popular bermula di Pont Cyfyng di Capel Curig dan melalui Deaer Ddu Ridge ke puncak Moel Siabod.

Apabila tiba malam, tukar suasana hutan kepada pantai dengan pemanduan selama 50 minit ke Llandudno. Ia adalah sebuah bandar tepian laut Victoria dan tempat ini menjadi rumah bagi Escape Boutique B & B yang selesa. Fikirkan linen kapas Mesir, tub mandian tembaga dan sarapan pagi yang hangat. Tempat ini menjadikan tempat terbaik untuk bersahaja di beranda sambil menikmati snek ringan.

Cold Fell, Cumbria

Sesuai dengan nama, Cold Fell tempat yang sempurna untuk berjalan apabila salji turun. Ini adalah untuk pendaki yang lebih berpengalaman di kalangan anda, kerana terdapat beberapa kawasan yang curam, tetapi ia menghidangkan pandangan yang tidak dapat ditandingi dari ‘heather moors’, hutan dan sungai di Pennines Utara yang sangat berbaloi.

Daftar masuk selepas mendaki di nombor anugerah 43 di Arnside dan tentukan di Suite dua, di mana anda boleh berendam dalam tab mandi yang menghadap ke Estuary Kent dan Lakeland Fells. Sarapan pagi hasil buatan tempatan akan menaikkan semangat anda untuk mendaki kali kedua keesokan harinya.

Edinburgh, Scotland

Edinburgh adalah salah satu daripada bandar-bandar yang menjadi sangat ajaib walaupun kabus salji yang sedikit, sebab itulah kami sangat tertarik untuk menempah hujung minggu di sana untuk mengambil peluang merasai pengalaman ketika musim sejuk ini. Bergembira dengan sejarah, pakailah pakaian hangat dan keluar berjalan sambilk memotret bandar tua di abad pertengahan ini atau melihat bandarnya dari sudut pandangan yang berbeza sambil memanjat bukit-bukitnya. Arthur’s Seat adalah yang tempat pendakian yang terkenal dan agak mudah untuk didaki selain dapat melihat pemandangan Edinburgh yang diliputi salji dari bahagian atas adalah berbaloi.

Tenangkan otot yang sakit selepas itu dengan menetap di Wallace’s Art House yang indah. Istana tersembunyi yang kekal sebagai permata tersimpan di Leith dan anda akan berasa seperti melangkah ke rumah seseorang yang sangat bergaya. Ia juga adalah syurga bagi pembuat tembikar di sekitar bandar pada hari berikutnya.

London

Bagi sesetengah orang, London pada musim salji adalah mimpi ngeri. Keretapi tidak beroperasi, jalan-jalan yang lembap…tapi tentu saja ada cara sebaliknya, dimana tidak ada yang lebih romantis daripada berjalan-jalan di sepanjang Thames. Luangkan waktu bersalji dengan mendaki Primrose Hill atau Parliament Hill dengan kereta luncur dan anda akan merasa seperti telah melangkah kembali ke masa dahulu dengan semua pelancong yang lain.

Acara yang istimewa adalah dengan menempah penginapan di bandar. Pilihan hotel di London seolah-olah tidak berkesudahan, tetapi pilihan kami pastinya Zetter Townhouse di Clerkenwell. Dengan bahagian dalaman yang gelap, dihidangkan dengan koktel dan katil empat tiang, ia adalah tempat yang paling utama untuk bersembunyi pada malam musim sejuk.

Pen y Fan, Brecon Beacons

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji. Brecon Beacons di Wales adalah tempat yang indah untuk keluar apabila ia bersalji untuk mengambil nafas dalam udara segar. Ditubuhkan di National Trust Pen y Fan dan Corn du Circular walk, ia bermula di tempat letak kereta Pont ar Darf dan menuju ke Bwlch Duwynt dan dataran puncak Corn Du. Perhatikan gunung Sugar Loaf di kejauhan, anda boleh melihatnya pada hari yang cerah.

Lengkapkan hari anda dengan menginap di Felin Newydd House. Kilang abad ke-17 terletak di Sungai Triffrwd dan anda boleh menyewa seluruh tempat dengan rakan-rakan. Anda juga boleh mengelak dari angin musim sejuk dengan duduk di sekeliling meja besar dan isikan perut dengan makan malam yang lazat.

Stow-on-the-Wold, Cotswolds

Stow-on-the-Wold di Cotswolds adalah kampung orang Inggeris yang mengagumkan ketika salji turun, sesungguhnya tidak ada tempat yang jauh lebih baik daripada sini. Dari semua kampung Cotswolds, Stow-on-the-Wold adalah yang tertinggi, jadi mendakilah hingga ke puncak Stow Hill dan dapatkan beberapa pemandangan terbaik daripada ladang yang dipenuh salji. Hangatkan badan anda di bandarnya dan berhenti di beberapa kafe yang terbaik.

Pemanduan 10 minit ke Kingham yang berdekatan untuk menempah penginapan malam anda di Wild Rabbit yang indah. 12 bilik tidur yang sedikit istimewa dengan disediakan kerusi kulit di tempat unggun api dan buatlah pilihan dari senarai wain sebagai pelengkapnya. Jangan lupa untuk singgah di Daylesford Organic yang berdekatan untuk membeli belah sebelum anda pulang ke rumah.

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

The Dark Hedges

The Dark Hedges kurang menyeramkan berbanding namanya dan sebenarnya merupakan tempat dimana terdapat deretan pokok bic yang agak indah, mempunyai pemandangan mengagumkan ketika diliputi salju. Pemandangan yang indah ini telah digunakan sebagai lokasi penggambaran Game of Thrones (yang merupakan jalan raja dalam siri ini). Pokok-pokok itu ditanam lebih dua abad yang lalu serta menjadikan pintu masuk yang hebat ke rumah agam rakyat geoge, Gracehill House.

Sebaik sahaja anda telah melawat lokasi filem ini, maka singgahlah di festival pasar Belfast Christmas. Lampu-lampu yang berkelipan, hadiah-hadiah juga berlimpahan dan jika salji mula turun, anda sentiasa boleh melawat bola kaca salji gergasi mereka.

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

Widdybank Fell, Durham

Di Durham, Widdybank Fell telah digambarkan sebagai ‘stesen botani’ yang indah, kerana fakta flora dan fauna serta rupa buminya adalah berbeza-beza dan luas. Ia terletak di Pennines Utara, merupakan kepala air Sungai Tees dan ianya perjalanan yang berbaloi untuk dilakukan apabila turunnya salji. Cubalah Trail Pennine Way National Trail, yang membawa anda ke bahagian atas Widdybank Fell dan empangan Cow Green dan air terjun Cauldron Snout.

Jika spa di hujung minggu selepas pendakian yang melelahkan kelihatan seperti kebahagiaan kepada anda, maka tempahlah penginapan di Seaham Hall di Lord Byron’s Walk berhampiran Seaham. Di bahagian spa terdapat kolam renang berkedalaman 20 kaki, sauna, hammam dan lebih daripada 40 rawatan yang berbeza untuk dipilih. Menonton salji yang turun diluar sambil berada di dalam tab panas adalah sangat epik.

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji

Whitby, North Yorkshire

15 tempat menarik di UK ketika Musim Salji. Beberapa bandar memenuhi Kristmas dengan salji-salji yang turun melebihi tempat lain dan Whitby adalah salah satu tempat itu. Pertama, terdapat Pameran Krismas Whitby atau Whitby Christmas Fair, yang berlangsung dari 18 hingga 20 November, dimana terdapat perarakan tanglung yang indah, pameran bunga api dan lampu Krismas dihidupkan. Kemudian pondok-pondok kecik di pantai Whitby akan berubah menjadi rancak dengan menjual barangan Krismas dan kraftangan. Satu lagi acara hebat untuk dimasukkan ke dalam buku harian anda ialah acara membeli-belah Krismas yang diterangi lilin di Helmsley Walled Gardens.

Terdapat beberapa hotel hebat di Whitby, tetapi untuk rehat ketika salji, kami memilih Estet Raithwaite yang mewah. Pilih antara Lake House, The Keep dan Cottages dan habiskan masa di unggun api di Poachers.

Sumber :
www.redonline.co.uk

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here