18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda  |  Belajar Bahasa Inggeris tidak selalunya bermaksud anda perlu duduk belajar di dalam kelas dan belajar tentang tatabahasa yang sukar. Hakikatnya, guru-guru Bahasa Inggeris menggalakkan anda untuk memperbanyakkan pembelajaran tambahan di luar sekolah. Terdapat banyak cara untuk menambah baik kefahaman anda tentang Bahasa, yang mana kebanyakannya boleh menjadi seronok.

Ia juga adalah satu fakta yang popular bahawa lain orang akan memberi tindak balas kepada cara yang berlainan. Kadang-kadang, dengan hanya duduk di dalam kelas/bilik darjah atau membaca buku adalah tidaksesuai untuk anda. Ianya adalah lebih bermanfaat untuk melakukan sedikit kerja-kerja tambahan.

Jadi, jika anda bersungguh-sungguh untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda (atau mana-mana Bahasa kedua yang ingin anda pelajari) oleh itu anda boleh pertimbangkan sebahagian daripada tip-tip ini untuk membantu anda. Tidak semuanya akan berhasil untuk anda tetapi, jika anda menambah beberapa cadangan ini di dalam pembelajaran harian anda, sudah pasti anda akan nampak perubahannya.

BACA JUGA : Apa yang perlu anda tahu sebelum Homeschooling anak-anak anda di Malaysia

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

1. Menonton televisyen dan filem dalam Bahasa Inggeris

Bukan sahaja Britain dan USA menghasilkan rancangan-rancangan TV dan filem-filem yang terbaik di dunia, tetapi anda juga boleh belajar Bahasa Inggeris sambil menontonnya. Jika anda masih sedang belajar untuk memahami Bahasa ini pada mana-mana peringkat sekalipun (dari orang yang baru belajar sehingga pertengahan), ia adalah berbaloi untuk mendapatkan sari kata Bahasa Inggeris supaya anda boleh membaca dan mendengarnya bersama-sama.

Anda juga boleh mendengar stesen-stesen radio berbahasa Inggeris dan mencari banyak sumber-sumber yang boleh didengar di Internet. Satu lagi cadangan lain adalah dengan meletakkan sari kata Bahasa Inggeris pada filem atau rancangan-rancangan televisyen dari negara anda supaya anda boleh membaca bersama dalam Bahasa Inggeris dan sambil membuat penterjemahan.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

2. Membaca buku / surat khabar Bahasa Inggeris

Membaca adalah satu cara yang bagus untuk melatih Bahasa Inggeris mengikut masa anda sendiri. Anda boleh belajar satu perkataan dalam satu masa mengikut rentak anda, tanpa guru anda menekan anda. Jika anda belajar pada peringkat permulaan hingga ke peringkat pertengahan, ambil satu buku kanak-kanak di mana bahasanya akan menjadi lebih mudah daripada buku dewasa.

Surat khabar juga berbaloi untuk dibaca. Bukan sahaja anda dapat menambah baik Bahasa Inggeris anda, tetapi anda juga dapat belajar tentang keadaan di dalam dan luar negara, yang mana dapat membantu untuk berkomunikasi dengan orang-orang berbahasa Inggeris. Surat khabar dan majalah-majalah percuma, begitu juga dengan surat khabar tabloid, yang mana mengggunakan lebih banyak Bahasa-bahasa asas mungkin adalah lebih baik untuk orang-orang yang baru ingin mula belajar.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

3. Melabelkan benda-benda di rumah anda

Ini adalah satu cara yang cepat dan murah untuk menambah baik pengetahuan perbendaharaan kata untuk barang/benda harian di rumah anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah membeli satu pek label dan kemudian tulis nama-nama benda di rumah anda pada label tersebut, seperti telefon, cermin tingkap, cermin dan sebagainya. Setiap kali anda menggunakan barang/benda tersebut anda akan membaca perkataannya dan menerapkannya ke dalam ingatan anda. Cara ini adalah bagus untuk orang yang ingin belajar pada peringkat rendah.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

4. Membuat nota untuk perbendaharaan kata yang baru

Setiap kali anda belajar perkataan baru, sama ada di dalam bilik darjah atau apabila anda di luar, pastikan anda membuat nota tentangnya. Setiap kali anda mempunyai masa terluang, anda boleh berlatih tentang apa yang telah anda belajar. Anda juga boleh melakukan cara ini menggunakan telefon pintar anda jadi anda tidak perlu membawa buku nota ke mana-mana sahaja bersama anda.

Anda juga boleh melakukan nota terjemahan dalam bahasa anda sendiri dan apa-apa aspek fonologi perkataan tersebut.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

5. Kelilingi diri anda bersama orang-orang yang bercakap Bahasa Inggeris

Jika anda hanya meluangkan masa anda di luar bilik darjah bersama orang-orang dari negara anda sendiri, anda akan terlepas satu peluang yang besar untuk berlatih berbahasa Inggeris. Jika anda cuba untuk berkawan dengan orang-orang yang berbahasa Inggeris yang lain, anda akan terpaksa untuk berbahasa dalam Bahasa Inggeris juga. Anda juga akan belajar tentang perkara-perkara seperti slang dan percakapan Inggeris yang berkemungkinan tidak akan anda belajar di dalam bilik darjah.

Jika anda sukar untuk mendapatkan orang yang berbahasa Inggeris, sekurang-kurangnya cuba dan meluangkan masa bersama orang-orang yang berlainan dengan anda iaitu orang yang datang dari negara lain selain negara anda sendiri. Dengan cara ini, anda masih akan terpaksa untuk berbahasa Inggeris.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

6. Mencari masa yang sesuai untuk belajar

Adakah anda seorang yang aktif pada waktu pagi atau tengahari? Jika anda boleh menggunakan otak anda pada masa yang paling aktif jadi anda patut memasukkan pembelajaran bahasa anda pada waktu ini. Sesetengah orang, masa terbaik mereka untuk melakukan kerja adalah pada waktu pagi dan berhenti selepas makan tengahari, sementera sesetengah orang pula mengambil sedikit masa untuk memulakan hari mereka.

Fikirkan tentang masa anda dapat berfungsi dengan paling baik dan rancang pembelajaran anda mengikut masa tersebut. Sebagai contoh, tiada gunanya jika anda mengikuti kelas pembelajaran yang tamat sehingga lewat malam jika anda berkemungkinan tidak dapat menumpukan perhatian.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

7. Mendengar muzik-muzik dari British dan Amerika

Selain daripada menonton filem dan tv, mendengar muzik adalah satu lagi cara lain yang bagus dan menyeronokkan untuk menambah baik kemahiran bahasa anda. Terdapat banyak muzik yang tidak terhingga untuk dipilih di luar sana, bersama dengan lirik yang kebanyakannya boleh didapati secara atas talian.

Anda boleh mendengar satu lagu sehari sambil membaca liriknya. Jika ada mana-mana bahasa yang anda tidak faham anda boleh mencarinya selepas itu. Jika anda masih di peringkat awal/rendah, mungkin anda patut mendengar beberapa lagu-lagu lama, ‘country’ dan akustik yang lebih perlahan, yang mana biasanya mempunyai lirik yang juga perlahan dan senang untuk difahami.

Apabila anda sudah berasa yakin anda boleh mencuba beberapa muzik rap, yang mana biasanya adalah lebih laju dan sukar untuk difahami.

18 tips terbaik untuk menambah baik Bahasa Inggeris anda

8. Bertukar Bahasa

Selain dari belajar Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah, anda juga boleh mencari sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk belajar bahasa anda dan bertukar maklumat dengan mereka. Berjaya bercakap dalam satu bahasa adalah satu anugerah dan tidak kira apa jua Bahasa ibunda anda, akan ada seseorang di luar sana yang ingin memperlajarinya. Anda boleh berjumpa beri kerja rumah kepada satu sama lain, saling bertukar Bahasa dan membantu perkembangan satu sama lain. Ini adalah satu cara yang bagus untuk meneruskan pembelajaran anda di luar bilik darjah sambil menjimatkan wang.

9. Berlatih berbahasa Inggeris pada bila-bila masa

Ini adalah sesuatu yang snagat penting bahawa anda tidak meninggalkan pembelajaran Bahasa Inggeris anda di dalam bilik darjah. Berusaha untuk pergi ke perpustakaan dan belajar dari nota-nota anda, baca dan menulis dalam Bahasa Inggeris, dan bercakap dengan orang-orang yang berbahasa Inggeris.

Apabila anda berada di atas katil pada waktu malam, imbas nota-nota Bahasa Inggeris anda untuk hari tersebut dan cuba untuk menghafal beberapa perbendaharaan kata sebelum anda tertidur. Perkara pertama yang anda lakukan pada keesokan paginya sambil bersarapan mungkin adalah dengan mempelajari beberapa perkataan-perkataan baru. Pastikan anda tidak pernah lari dari belajar.

10. Rakam suara anda dan pembelajaran anda

Gunakan sebaik mungkin perakam suara di dalam telefon pintar anda dan berlatih sebutan. Ini adalah cara yang bagus untuk belajar sebutan kerana anda mungkin tahu mengenainya apabila anda dengar buat kali pertama kemudian anda lupa tentangnya selepas itu.

Walaupun guru anda mungkin tidak suka jika anda berbuat begitu, dan anda sepatutnya mendapatkan kebenaran mereka terlebih dahulu, ia boleh jadi berguna untuk merakam sesi pembelajaran. Sambil anda berjalan pulang ke rumah atau sebelum tertidur anda boleh mendengar rakaman tersebut. Ia adalah satu cara yang bagus untuk mengulangkaji maklumat dan berlatih sambil mendengar, begitu juga meneliti beberapa sebutan.

Image result for bilingual dictionary"

11. Dapatkan kamus dwibahasa

Kamus dwibahasa adalah sahabat baik anda semasa anda sedang belajar Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, berhati-hati kerana banyak kamus-kamus di luar sana yang mempunyai beberapa kesilapan dan salah terjemahannya. Lakukan sedikit kajian dan gunakan sedikit wang tambahan untuk mendapatkan kamus yang terbaik. Anda juga patut sentiasa berjaga-jaga bahawa terdapat beberapa terjemahan di atas talian dan kamus elektronik pada telefon pintar yang boleh menjadi agak teruk. Guru-guru akan dapat memastikan dengan jelas jika anda menterjemahkan sesuatu menggunakan terjemahan secara terus-ia biasanya diterjemahkan secara literal yang mana tidak selalunya akan berhasil.

12. Belajar kiasan dan kata kerja tambahan dalam Bahasa Inggeris

Terdapat banyak aspek dalam Bahasa Inggeris yang anda tidak selalunya dapat temui di dalam sebuah buku akademi. Perkara-perkar seperti kiasan dan kata kerja tambahan adalah sesuatu yang sangat biasa dalam perbualan-perbualan Bahasa Inggeris setiap hari.

Jika anda berjaya untuk belajar perkara-perkara ini, anda akan merasa lebih mudah untuk bercakap dan memahami perbualan dengan orang-orang yang berbahasa Inggeris. Walaupun ini bukanlah perkara-perkara yang mungkin anda guna di dalam karangan akademik , ia adalah sesuatu yang penting untuk anda.

13. Tulis setiap hari

Menulis adalah satu cara yang bagus untuk menggunakan perbendaharaan kata yang baru dan membantu menggunakan tatabahasa dengan betul. Cuba dan tulis sesuatu setiap hari menggunakan perkataan-perkataan dan tatabahasa baru yang telah anda pelajari. Walaupun hanya beberapa ayat, ia adalah sangaat penting untuk menjadikannya sebagai satu tabiat. Ia juga adalah satu cara yang bagus untu membandingkan perkembangan anda selama anda menambah baik pengetahuan Bahasa Inggeris ini. Jika anda mempunyai kawan-kawan atau guru yang berbahasa Inggeris, anda boleh meminta mereka menyemak penulisan anda dan membetulkan anda.

14. Beritahu guru anda apa yang ingin anda belajar

Jika anda belajar Bahasa Inggeris di sekolah Bahasa atau menggunakan kelas persendirian, anda mungkin tidak selalunya dapat belajar apa yang anda inginkan. Walaubagaimanapun, ia boleh menjadi agak sukar untuk guru anda mengetahui apa sebenarnya yang ingin anda pelajari melainkan anda memberitahu mereka. Jadi, jika anda rasa mereka membuatkan anda menulis dengan terlalu banyak dan tidak cukup pelajaran tentang sebutan, contohnya, anda perlu memberitahu mereka. Mereka akan berasa senang dengan tindak balas dari anda.

15. Ingat kesilapan anda

Anda akan melakukan kesilapan, tidak perlu disangkal. Terdapat juga kemungkinan bahawa anda akan mengulangi kesilapan itu lagi dan lagi. Setiap kali anda dibetulkan oleh guru anda, sama ada secara bertulis atau lisan, anda perlu membuat nota tentang kesilapan anda tersebut.

Mungkin anda terlupa bila untuk menggunakan ‘article’ atau anda tertukar untuk menggunakan ‘past simple’ dan ‘present perfect tense’? Buat nota tentang perkara ini dan betulkan kesilapan anda.

16. Letak diri anda dalam situasi yang sukar

Jika anda berada dalam situasi di mana anda harus bercakap, membaca dan mendengar dalam keadaan di luar zon selesa anda, anda akan terpaksa untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Ini boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk belajar Bahasa Inggeris kerana anda akan focus dengan apa yang anda katakana dan ia membuatkan anda tuerbiasa dalam keadaan yang tidak selesa ini.

Cuba dan pesan makanan di kedai makan, bercakap dengan seseorang di pusat maklumat pelancong atau cuba sahaja untuk bercakap dengan orang-orang yang berbahasa Inggeris. Jangan takut untuk melakukan kesilapan. Melakukan kesilapan sebenarnya adalah satu cara untuk memahami mengapa ia seharusnya begitu.

17. Tukar tetapan Bahasa dalam media sosial dan telefon pintar anda

Pernahkah anda secara tidak sengaja menukar Bahasa dalam sesuatu alat atau pada laman web anda kemudian anda bergelut untuk menukarnya kembali? Kita semua pernah melakukannya sebelum ini. Walaubagaimanapun, ini sebenarnya boleh menjadi satu cara yang bagus untuk belajar satu Bahasa tambahan. Jika anda menukar tetapan di Facebook, Twitter dan telefon pintar anda kepada Bahasa Inggeris, anda dapat meneruskan untuk belajar Bahasa ini sambil berkomunikasi dengan kawan-kawan.

18. Jadi realistik

Ia adalah sangat biasa untuk orang-orang yang ingin belajar Bahasa untuk menjadi lebih baik dalam Bahasa Inggeris mereka dalam masa yang tidak realistik. Tetapkan tujuan anda sendiri tetapi berpadalah dengan apa yang anda boleh capai. Guru anda hanya berada bersama untuk mengajar dan berlatih bersama dengan anda untuk berberapa jam sehari. Ia adalah tugas anda untuk ingat dan menggunakan dengan betul apa yang telah anda pelajari.

Anda tidak boleh menjangkakan untuk hadir dalam beberapa kelas untuk beberapa minggu dan berjaya bercakap menggunakan Bahasa tersebut. Anda perlu melakukan banyak kerja rumah di luar bilik darjah anda menggunakan otak / fikiran anda sebanyak mungkin.

Sumber :
www.skola.co.uk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here