Bendera Malaysia UK
Ramai tinggal secara haram selepas visa tamat tempoh, disalah gunaLondon: Kira-kira 20,000 rakyat Malaysia menetap secara haram di United Kingdom (UK) dan mereka kini diburu pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dihantar pulang.
Sumber di sini memberitahu kebanyakan mereka tinggal secara haram selepas tamat tempoh visa atau menyalahgunakan visa. Mereka kebanyakannya bekerja atau berniaga kerana tertarik dengan gaji atau hasil lumayan.
Jika mereka ada masalah, kita sedia membantu tetapi jangan tinggal secara haram di sini” Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Seri Zakaria Sulong, ketika diminta mengulas bagaimanapun berkata pihaknya tidak mempunyai perangkaan rasmi jumlah sebenar rakyat Malaysia tinggal secara haram di sekitar UK.Peraturan ketat

“Peraturan imigresen Kerajaan Britain agak ketat dan tidak berkompromi dalam isu ini meskipun mereka mengalu-alukan kedatangan pelancong, pelajar dan peniaga Malaysia yang masuk dan keluar secara sah.

“Saya harap rakyat Malaysia patuh kepada undang-undang Britain dan tidak menyalahgunakan visa. Jika mereka ada masalah, kita sedia membantu tetapi jangan tinggal secara haram di sini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada isu itu turut disentuh dalam perbincangan dua hala antara Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Britain, David Cameron, esok.

Najib dalam rangka lawatan kerja empat hari ke UK dan hari ini beliau menemui 130 pelajar tajaan FELDA di Universiti LimKokWing sebelum menghadiri taklimat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang akan diadakan di sini Oktober nanti.

Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pula mengadakan lawatan ke pusat autisme di Treehouse School di sini.

Permit khas pelajar

Zakaria berkata, pelajar yang melanjutkan pengajian di UK ada permit khas dan begitu juga di kalangan rakyat Malaysia yang ingin bekerja di sini, memerlukan permit kerja.

Sebelum ini UK memutuskan tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia selepas berpuas hati dengan usaha negara menangani masalah rakyatnya yang tinggal melebihi tempoh di UK.

Difahamkan, Malaysia berada di kalangan 10 negara tertinggi bagi pencabulan undang-undang imigresen di UK.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here