5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol | Adakah anda sedang merancang untuk satu percutian ke Sepanyol? Bagi sesiapa di antara kita yang seronok untuk merancang percutian kita sendiri, ia mungkin agak tertekan dan membimbangkan kerana terdapat begitu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan apabila ingin merentasi negara asing.

Jangan bimbang, ini adalah lima perkara yang perlu anda ambil perhatian semasa merancang perjalanan anda ke kawasan Eropah ini. Petua perjalanan ini akan membantu anda untuk menjangkakan dan berpotensi mengelakkan berlakunya perkara-perkara tertentu untuk memastikan bahawa anda mempunyai masa yang berharga di tanah tapas ini!

1. Mencari makanan Halal Di Sepanyol

halal food

Makanan adalah kebimbangan yang kebiasaannya berlaku pada pelancong Islam apabila mereka melawat ke negara asing. Kebanyakan mereka mengisi beg-beg pakaian mereka dengan makanan segera seperti mi cawan, yang juga bertindak sebagai pilihan makanan mesra bajet.

Saya akan mengesyorkan penjimatan segera tersebut untuk bandar raya-bandar raya seperti Madrid di mana ia lebih sukar untuk mencari pilihan makan Halal, berbanding Granada di mana anda boleh dengan mudah mencari kebab di hampir setiap sudut. Kawasan yang terdapat masjid-masjid berdekatan atau dengan komuniti migran dimana majoritinya adalah orang Arab juga merupakan lokasi yang baik untuk diterokai semasa mencari makanan Halal anda yang seterusnya.

halal food

Selain itu, terdapat banyak pilihan makanan laut di Sepanyol dengan hidangan seperti Paella tetapi sila makan mengikut budi bicara anda sendiri kerana mereka mungkin tidak mempunyai sijil Halal. Sekiranya anda ingin mencuba hidangan Sepanyol asli, anda mesti mencuba Paella. Hidangan berkhasiat ini diperbuat daripada nasi kuning dan pelbagai jenis makanan laut segar dari kerang sehingga udang. Kebanyakan restoran menghidangkan hidangan yang banyak menjadikannya satu hidangan yg sempurna buat sesiapa yang suka makan sambil berkongsi!

2. Pengangkutan Keretapi: Pelbagai tempahan

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Pengangkutan menggunakan kereta api mungkin merupakan cara yang paling mudah dan murah untuk perjalanan dari satu bandar ke kota yang seterusnya, terutamanya ketika berada di Eropah. Banyak pelancong membahaskan sama ada mereka harus menempah tiket antara bandar melalui Renfe atau memilih untuk menggunakan pas Eurail.

Tempahan secara terus di laman web mungkin lebih murah daripada membeli pas kereta api. Walau bagaimanapun, saya mendapati tiket tempahan tiket kereta api antara bandar agak mencabar di laman web Renfe disebabkan oleh berlainan bahasa dan kesulitan teknikal yang lain.

Sebaliknya, saya memilih untuk menggunakan pas Eurail Renfe kerana ia lebih mudah untuk ditempah dan ditangani melalui laman web. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, sila semak bilangan perjalanan kereta api yang akan anda ambil semasa perjalanan anda kerana pas Eurail dibeli mengikut bilangan perjalanan dan bukan bilangan hari yang anda lalui.

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Juga, pastikan anda menempah tempat duduk anda kerana semua perjalanan kereta api memerlukan tempahan. Jika anda menggunakan pas Eurail, sila buat tempahan di stesen kereta api tempat anda berlepas. Tempahan awal juga sangat disyorkan jika anda melakukan perjalanan semasa musim cuti puncak seperti Krismas dan juga jika anda melakukan perjalanan ke bandar-bandar utama utama seperti Madrid dan Barcelona.

Nota: Sesetengah perjalanan akan memerlukan anda mengambil bas dan kereta api (terutamanya semasa perjalanan ke Granada) disebabkan oleh gangguan kereta api yang tidak membenarkan perjalanan kereta api secara terus.

3. Tempah tiket kesukaan anda melalui dalam talian

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Terdapat pelbagai daya tarikan yang cantik dan bersejarah untuk dikunjungi apabila anda berada di Sepanyol. Jangan biarkan beratur panjang menghalang anda daripada mengunjungi tempat-tempat menarik ini. Banyak laman web yang membolehkan anda membeli tiket masuk secara dalam talian dan dengan lebih awal. Anda boleh mencetak tiket anda atau (demi kepentingan menyelamatkan pokok) tunjukkan e-tiket dari telefon anda. Bersedia dengan e-tiket anda supaya mereka boleh mengimbas kod QR pada setiap pintu masuk.

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Tempat-tempat yang mesti dilawati seperti Kubu Alhambra di Granada atau La Sagrada Familia di Barcelona memerlukan pembelian tiket masuk lebih awal kerana ia disediakan dengan masa yang telah ditetapkan.

4. Memakai kasut yang selesa

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Tip perjalanan ini mungkin kelihatan jelas tetapi ia adalah perkara yang sangat penting kerana kebanyakan bandar-bandar di Sepanyol penuh dengan jalan dan bukit yang berbatu. Memandangkan laluan pejalan kaki jarang diratakan, adalah penting untuk mempunyai kusyen yang sesuai untuk kasut anda kerana anda akan berjalan dengan banyak. Percayalah, kaki anda akan berterima kasih kepada anda di kemudian nanti.

Berjalan seolah-olah menjadi lebih mudah daripada pengangkutan awam di kebanyakan bandar raya kerana anda tidak perlu bimbang tentang membeli tiket satu hari atau bergerak menggunakan kereta api dan bas. Oleh itu, pastikan anda memasukkan kasut sukan tersebut ke dalam bagasi anda semasa perjalanan seterusnya ke Sepanyol.

5. Simpan baki wang anda

5 tips pelancongan mesra muslim untuk percutian anda seterusnya ke Sepanyol

Ini seolah-olah bertentangan dengan tips perjalanan sebelumnya tetapi apabila anda perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas, adalah baik untuk anda membawa baki wang kecil bersama anda. Sebagai contoh, daripada anda mendaki bukit curam di Granada, anda boleh mengambil bas merah yang bernilai € 1.40 (~ S $ 2.20). Anda boleh membeli tiket kereta api dengan mudah dari mesin di setiap stesen sementara tiket bas boleh dibeli secara terus daripada pemandu bas.

Tandakan petua-petua yang berguna ini supaya perjalanan anda yang seterusnya ke Sepanyol tidak akan menjadi kelam kabut dengan mengikuti 5 tips pelancongan mesra muslim ke Sepanyol ini bermula dari perkara-perkara kecil seperti membawa baki wang kecil kepada maklumat yang lebih penting seperti menempah tiket kesukaan anda dalam talian, anda akan merasa kagum dengan bagaimana tip ini akan menujukkan satu perbezaan BESAR kepada perjalanan anda.

 

Sumber :
www.halalzilla.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here