Anak Menangis Sekolah

Sesi persekolah dah bermula…ada anak yang seronok ke sekolah..dan ada yang tidak. Hari pertama sekolah, macam-macam ragam boleh lihat. Ada yang menangis meraung, masih tidak biasa dengan suasana alam persekolah. Ada yang pergi sehari dah tak mahu pergi dah.

Pening nak buat macam mana kan? Nak pujuk anak macam mana. Ummi tertarik dengan perkongsian dari Ibu Rose di page beliau cara menanggani anak yang takut dan taknak ke sekolah. Jom baca perkongsian beliau.

Dari page Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Alhamdulillah, hari ini dapat menulis sesuatu di sini. Panjang perkongsian Ibu ni. Namun, Ibu berharap sayang semua berusaha membaca dan dapat merasai kasih sayang Ibu kepada kalian. Ibu mendoakan kesejahteraan untuk kalian.


Ramai juga yang menghadapi situasi anak mereka yang baru masuk ke sekolah, pergi pada hari pertama dan pada hari kedua mereka tidak mahu pergi lagi.

Ada yang sampai tidak tidur malam dan ada yang terkencing semasa tidur kerana takut untuk ke sekolah esoknya.

Mengapakah perkara ini berlaku?

Dalam kebanyakan situasi, ini disebabkan oleh perasaan takut dan tidak selesa. Oleh itu ibu bapa dan penjaga serta guru yang bijak dan sabar akan mencari jalan mencari apakah punca atau perkara yang menjadikan ketakutan yang amat sangat itu.

Maka cara yang paling senang ialah bertanya kepada anak itu sendiri.

Namun, JANGANlah bertanya

‘Mengapa kamu takut atau tidak mahu ke sekolah?’ Pertanyaan yang dimulakan dengan perkataan mengapa atau kenapa, akan mengundang lebih banyak masalah kerana anak itu akan panik dan rasa dia tidak disokong kerana perkataan mengapa ini, pada situasi begini merangsang perasaan seperti di attack atau terasa seperti disoalsiasat-interrogate.

Oleh itu bertanya seperti ini; ‘

Tadi di sekolah apa yang sayang paling tak suka? (mengapa kita bertanya yang tidak suka dahulu adalah kerana kita nak align dengan keadaan dia sekarang yang sedang negatif terhadap pergi sekolah) Maka dengarlah jawapannya. JANGAN sibuk nak menidakkan atau memperlekehkan apa yang dia lalui.

Contoh kesilapan:

“Cikgu suka marah.” Selalunya ibu bapa akan menidakkan terus kata-kata ini dengan memberi jawapan seperti, ” mana ada cikgu marah, mama tak dengar pun cikgu marah.” Atau mengelabah dan terus geram dan marahkan cikgu pula pada anak itu.

Jawapan yang pertama itu menyebabkan anak itu berasa dia tidak disokong malah diperlekehkan. Maka untuk survival dirinya dia akan membentak dan jadi lebih meragam kerana apa yang dia rasa tidak diambil kira.

Ibu sarankan kata begini; Ikuti perbualan ini

Mama: Oh ya ke? Macamana sayang tahu Cikgu tu marah?

Anak: Dia cakap kuat-kuat.

Mama: Oh ye ke…itulah yang sebabnya sayang kata cikgu marah?

Anak: ngangguk.

Mama: Sayang nak dia cakap suara macam mama cakap ni ya?

Anak: mengangguk

Mama: Sayang duduk kat depan ya dalam kelas?

Anak: mengangguk lagi.

Mama: Oh ye kan…mari kita bermain kejab, sayang pergi kat dinding tu, jauh sikit dari mama…(dan anak bergerak ke situ).Mama pun cakap sesuatu dengan kekuatan suara yang pertama tadi. Kemudian ajak dia datang ke anda dan bertanya, tadi sayang dengan tak apa mama cakap. Kemungkinan besar dia tidak dapat mendengar, maka suruh dia balik ke dinding yang jauh tu dan bercakap dengan kuat.

Dan kemudian bertanya dengar tak? Kemungkin besar dia akan dengar. Kemudian ajak dia dekat dengan anda dan bertanya samada di dalam kelas itu ada tidak kawan-kwan dia yang duduk jauh dari cikgu. Jadi di situ lah anda mengambil peluang menerangkan mengapa cikgu itu terpaksa bercakap kuat-kuat dan yang lebih baik biar dia sendiri yang akan memberi jawapan mengapa cikgu itu terpaksa bercakap kuat.

Walaupun anda boleh terus sebut sebabnya, memberi anak itu merasakan sendiri akan membina EQ dan SQ anak itu kerana anak itu akan lebih sedar, peka dan prihatin keadaan sekeliling.
Kemudian barulah bercerita bagaimana untuk mengatasi takut dan mengapa perlu mengatasi takut.

Yang terbaik ialah menceritakan sendiri pengalaman anda atau orang lain yang juga dulunya takut tapi sekarang sudah berani. Serta nyatakan kelebihan mengatasi takut. Di sini amat sesuai untuk dikaitkan dengan HERO anak itu. Jika Ultraman Heronya, bolehlah kaitakan perasaan Ultraman bila dia hendak berlawan dengan raksaksa. Dia bukan terus berani, dia juga ada takut tapi dia atasi takut sebab dia nak selamatkan orang ramai.

Jika anak sudah mengenali Rasulullah s.a.w, maka kaitkanlah dengan seerah Rasulullah s.a.w.
Kemudian buatlah langkah yang akan dipersetujuinya untuk dia mengatasi takut itu.

Contoh:
Beritahu dia, hari esok anda akan tunggu dia hingga pukul berapa. Dan ambil pukul berapa. Kemudian sama-sama raikan kejayaan mengatasi takut itu. Sehari demi sehari kurangkan masa anda di sekolah dengannya.

Dan tunjuk kepada dia contoh pelajar yang telah besar yang sekarang ini nampak berjaya seperti pengawas, dan terangkan kepada anak itu bagaimana satu masa dulu pengawas itu juga darjah satu dan dia pun mungkin ada rasa takut tapi dia atasi dan sekarang tengok bagaimana dia boleh menjadi pengawas dan dapat membantu pelajar baru. Teknik ini adalah teknik ‘ Brightness of the future ‘ dan anak akan nampak jelas dan fokus kepada hala tuju yang positif.

Bila membaca perkongsian ilmu Ibu ini sayang kenalah mendapatkan konsepnya. Berfikirlah pada tahap konsep atau generalised thinking. Dapatkan konsepnya. Jangan tersekat di Fixed thinking dimana contoh yang Ibu beri ini hanya difahami untuk kes anak takut cikgu marah jer.

Rumusan langkah;

1- Dengar dengan penuh bertimbang rasa.

2- Jangan menidakkan perasaannya dengan memberi alasan terus.

3- Beri dia kefahaman mengapa situasi itu berlaku – contoh cakap kuat tadi.

4- Dapatkan dia menyatakan apa yang dia tersedar kerana sudah faham.

5- Align – nyatakan persamaan perasaan anda semasa melalui situasi yang sama. conton” Mama, masa mula masuk sekolah pun begitu atau mama masa mula nak bercakap dikhalayak ramai pun begitu…

6- Re-direct – nyatakan bagaiman anda mengatasinya.

7- Bawa contoh orang yang dah mengatasinya. Bolehlah guna idola anak itu. Walaupun karton, untuk peringkat ini boleh. Kalau dia kata itu kartun, maka jawablah, orang yang buat kartun tu faham apa yang ramai orang lalui, itu sebab dia buat cerita yang orang boleh mendapat contoh.

8- Guna teknik ” Brightness of the future.

Nampak saja langkahnya panjang tapi bila sudah biasa dilakukan tidak sampai 10 minit pun.
Memang senang untuk kita jerkah dan paksa saja anak itu. Apalah payah sangat nak berpsikologi psikologi, nanti anak itu manja. Kerana kita tertipu dengan tanggapan bila kita membesarkan anak dengan kelembutan kasih sayang, anak akan manja!

Sebenarnya, anak hanya akan manja dan menjadi tidak berdaya kerana kita memberi kasih-sayang tanpa ketegasan dan membenarkan dia memijak kepala.

Setiap perbuatan ada kesan dan natijahnya. Ia berdasarkan hukum alam, ‘ kita tuai apa yang kita tanam’.
Terlalu ramai anak-anak yang melalui masa kecil dengan penuh kemarahan. Hasilnya sekarang terlalu banyak kemarahan di dunia ini.

Kita tanam kekasaran, maka kekasaranlah yang akan tumbuh di dalam hidup kita dan anak-anak kita. Kita tanam kelembutan dan ketegasan, maka kelembutan dan ketegasan yang membawa keindahan pertalianlah manusia sesama manusia dan alamlah dunia kita.

Semasa anak kita di ‘bawah’ , kita menunjukkan cara pergaulan yang penuh kasih-sayang, tenang dan tegas, bila kita di ‘bawah (telah tua)’, maka apa yang kita tanam, akan kita tuai, itu pada adatnyalah. Jika tidak anak kita akan ada orang lain yang bakal menjaga kita. Kerana Allah tidak alpa dengan apa yang kita ‘tanam’.

Oh ya, Ibu tambah di sini, namun cara terbaik mengatasi dilemma anak tak nak ke sekolah ini adalah MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL. Namun, yang ini InsyaAllah Ibu share pada perkongsian lain ya.
Semoga perkongsian panjang Ibu ini membantu anda.
Salam Kasih , Ibu Rose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here