Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi ?  | Ramai orang berpendapat bahawa apabila bayi beroleh gigi dan mempunyai kemampuan untuk menggigit, maka hubungan penyusuan telah berakhir dan merupakan masa untuk melepaskan susu. Benarkah ?

Artikel ini ditulis dan diterjemahkan daripada tulisan Kelly Bonyata, BS, IBCLC

  • Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi?
  • Cara Mencegah gigitan
  • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya bayi menggigit?
  • Cadangan daripada ibu-ibu yang lain
  • Tidak betul-betul menggigit, tetapi menggesel gigi atau mengasarinya.
  • Sekiranya bayi anda menggigit dan menyebabkan kerosakan pada puting
  • Maklumat lanjut

https://media.front.xoedge.com/images/e27d8feb-9de4-4220-9242-1d22d771ace4~rs_1080.h

Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi?

Ramai orang berpendapat bahawa apabila bayi beroleh gigi dan mempunyai kemampuan untuk menggigit, maka hubungan penyusuan telah berakhir dan merupakan masa untuk melepaskan susu. Ia tidak betul sama sekali! Sekiranya bayi anda menyusu dengan betul, maka anda tidak akan merasakan gigi, walaupun bayi anda mempunyai gigi sepenuhnya. Dan ingat bahawa secara fizikalnya mustahil bagi bayi untuk menyusu dan menggigit pada masa yang sama, kerana lidah akan menutupi gigi / gusi bawah ketika menyusu.

BACA JUGA : Tips menenangkan gusi bayi yang sakit akibat pertumbuhan gigi

Sebilangan bayi tidak akan menggigit, tetapi menggigit juga merupakan tingkah laku yang sering dicuba oleh kebanyakan bayi, biasanya ketika mereka sedang tumbuh gigi. Yakinlah bahawa tindakan menggigit ini dapat dihentikan dengan sedikit bantuan daripada pihak ibu. Majoriti ibu-ibu menganggap tindakan menggigit adalah masalah sementara yang hanya berlangsung dari beberapa hari hingga beberapa minggu.

Semua bayi berbeza, jadi anda mungkin perlu mencuba beberapa perkara yang berbeza sebelum anda menemui sesuatu yang sesuai untuk anda. Apa yang sesuai untuk anda bergantung pada usia, perangai dan keperibadian bayi anda.

Ramai ibu-ibu telah melalui tahap ini dan masih meneruskan untuk memberi bayi mereka kelebihan susu ibu ini selama beberapa minggu, bulan, dan bahkan bertahun-tahun selepas itu.

Cara Mencegah gigitan

  1. Menggigit pada akhir sesi menyusu: Gigitan sering berlaku pada akhir sesi menyusu apabila bayi semakin bosan dan sudah kenyang. Sekiranya anda mula mengalami masalah ini, perhatikan tanda-tanda kebosanan, dan hentikan bayi daripada menyusu sebelum gigitan bermula. Selain itu, perhatikan ketegangan pada rahang bayi sebelum dia mula menggigit. Bayi anda juga boleh menarik lidahnya dari kedudukan normal di atas gigi /gusi bawah.
  2. Semasa bayi sedang tumbuh gigi: menggigit juga boleh disebabkan oleh gigi. Sekiranya bayi nampak ingin menggesel gigi daripada menyusu, tawarkan kepadanya mainan gigi atau sesuatu yang sejuk untuk digigit. Cuba tawarkan bayi anda untuk menggigit atau ‘hampir mengiggit’ mainan gigi. Apabila anda melakukan ini, katakan padanya, “Mainan ini untuk menggigit. Jangan lakukannya ketika menyusu.”
  • Semasa anak sulung saya sedang tumbuh gigi, saya pastikan untuk mengetahui sama ada bayi saya mahu menggigit atau menyusu dengan menawarkan jari (berhati-hati!) atau mainan sebelum menyusu – dia akan cuba untuk menghisap atau menggigit.

Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi ?

  1. Menggigit pada awal sesi penyusuan: Sekiranya bayi menggigit pada awal sesi penyusuan, pastikan bayi dalam keadaan terbuka ketika melekapkan mulutnya. Sekiranya bayi yang sedang tumbuh gigi menggigit pada awal sesi penyusuan, cuba untuk memberikannya mainan gigi atau sesuatu yang sejuk untuk digigit sebelum menyusui. Puji bayi anda ketika dia melekapkan mulutnya dengan betul, tanpa menggigit.
  2. Bayi yang terganggu: Apabila bayi terganggu, jangan memaksanya untuk terus menyusu. Sekiranya dia menggeliat, berguling, atau menolak anda dengan tangannya, dia mungkin tidak lapar atau berminat untuk menyusu. Cuba berbaring dengannya di bilik yang tenang, berjalan atau buaikan. Lihat juga petua ini untuk menyusu bayi yang terganggu.
  3. Menggigit untuk perhatian: Tumpukan perhatian anda pada bayi semasa menyusuinya, jika anda menghadapi masalah menggigit. Sesetengah daripada bayi juga akan menggigit untuk perhatian. Memberi perhatian kepada mereka juga akan membantu anda menyedari jika bayi hendak menggigit.
  • Gunakan pengukuhan positif dan pujian untuk pelekapan yang baik dan pelepasan yang cermat. Malah bayi yang baru lahir dapat belajar menyusui dengan baik jika ibu menggunakan dorongan yang lembut.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya bayi menggigit?

  • Sekiranya bayi menggigit, tindakan yang sangat berkesan adalah dengan menarik bayi dari payudara dengan tenang dan tidak mengatakan apa-apa (atau mungkin membuat komen tenang seperti “oh? Tak nak menyusu lagi?”), Kemudian tamatkan sesi penyusuan.

Menghentikan sesi penyusuan secara amnya adalah kaedah paling berkesan untuk mengajar bayi bahawa tindakan menyusu dan menggigit tidak boleh dilakukan serentak. Setelah bayi melepaskannya, pisahkan dia dari payudara sebentar – mungkin untuk beberapa saat atau beberapa minit (anda perlu mengukur reaksi bayi anda sendiri pada ketika ini). Sekiranya bayi yang sedang tumbuh gigi (yang sering menjadi penyebab gigitan), ini adalah masa yang tepat untuk memberikannya sesuatu yang sejuk untuk digigit seperti mainan gigi dan lain-lain. Anda juga boleh memberitahu bayi sesuatu seperti, “jika mahu menggigit, awak tidak boleh menyusu. ” Sekiranya bayi benar-benar ingin terus menyusui, dia mungkin akan kesal jika anda mengakhiri sesi penyusuan, jadi anda boleh menunggu beberapa saat kemudian dan memberi bayi peluang untuk terus menyusui. Sekiranya bayi tidak berminat untuk menyusu, dia mungkin akan merengek untuk beberapa saat tetapi kemudian akan pergi bermain.

Sekiranya bayi menggigit, bukan idea yang baik untuk menjerit atau berteriak dengan sengaja sebagai kaedah untuk memberhentikan tindakannya – ada cara yang lebih baik untuk mengajar bayi untuk tidak menggigit. Tak mustahil untuk ibu menjerit kesakitan apabila terkejut atau bayi anda menggigit dengan kuat. Kadang-kadang berteriak mungkin menghentikan bayi daripada terus menggigit; namun, sebilangan bayi menganggapnya sangat lucu sehingga mereka terus menggigit untuk mendapatkan reaksi tersebut, dan ada juga bayi lain menjadi sangat takut sehingga mereka tidak mahu untuk menyusu lagi. Kemungkinan untuk kaedah ini menghentikan gigitan bayi tidak sepadan dengan masalah yang boleh ditimbulkannya.

Sekiranya bayi anda menggigit dan tidak mahu melepaskannya (kebanyakan mereka melepaskannya segera tanpa ibu melakukan apa-apa), terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan: Pertama, letakkan jari anda dengan cepat di antara gusi bayi sehingga anda dapat menariknya tanpa (lebih banyak) kecederaan. Sekiranya tidak berjaya, tarik bayi ke arah anda, berdekatan dengan payudara anda. Ini akan menjadikannya agak sukar untuk bernafas, jadi bayi secara automatik akan membuka mulut dan hidungnya untuk bernafas. Variasi lain yang digunakan oleh beberapa ibu adalah dengan mencubit perlahan hidung bayi untuk membuatnya membuka mulut dan melepaskan puting.

Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi ?

Cadangan daripada ibu-ibu yang lain

“Seorang bayi tidak boleh menghisap susu dan menggigit secara serentak. Apabila saya mula menyusu anak saya, saya akan memerhatikannya dengan penuh perhatian. Sebaik sahaja dia berhenti menghisap, saya menjarakkannya dari payudara dan bercakap dengannya secara lembut selama satu minit sebelum membiarkannya menyambung semula. “

“Bayi saya mempunyai dua sebab untuk menggigit: sama ada dia tidak lapar atau tidak berminat untuk menyusu – dia terganggu atau bosan. Saya menukar bahagian semasa menyusu atau menukar posisi dan kedudukan yang berbeza.”

“Cara yang terbaik bagi saya adalah sentiasa berjaga-jaga semasa sesi penyusuan – jangan membaca majalah atau menonton TV. Dengan pemerhatian yang teliti, saya dapat mengetahui bila anak saya mula kehilangan minat, dan saya boleh memisahkannya dari payudara.”

“Bayi saya mula menggigit ketika saya hamil dengan anak kedua (sebelum saya menyedari bahawa saya hamil). Saya tidak pasti mengapa – mungkin bekalan susu saya sudah berkurang kerana kehamilan.”

“Ketika saya menjerit kesakitan, ia sangat menakutkan anak perempuan saya (walaupun tidak melakukan mogok susu). Beberapa kali dia menggigitnya, saya hanya mengetap gigi dan dengan tenang berkata “jangan gigit – nanti Mama sakit!” Ketika anak lelaki saya cuba menggigit, saya rasa berkesannya sama dengan tidak mengatakan apa-apa (atau mungkin membuat komen yang tenang seperti “oh? Tidak mahu menyusu sekarang?”), Kemudian dengan tenang memisahkannya dari payudara.”

“Pastikan anda tidak menggunakan gel atau losyen gigi sebelum menyusu, kerana ia boleh kebaskan lidah bayi, begitu juga puting & areola anda, sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu.”

“Sekiranya anda rasa bayi anda mungkin mengalami sakit gigi, segera bertanyakan kepada doktor anda mengenai penggunaan ubat penghilang rasa sakit bayi (seperti Tylenol) 1/2 jam sebelum menyusui.”

Adakah saya perlu melepaskan susu apabila bayi tumbuh gigi ?

Tidak betul-betul menggigit, tetapi menggesel gigi atau lekukan

Menggesel gigi, penyusuan yang tidak selesa, atau lekukan pada tisu puting anda dari gigi bukanlah perkara biasa. Ianya boleh menjadi lebih teruk bagi kebanyakan ibu ketika gigi pertama bayi tumbuh, dan sebelum mereka berpeluang untuk mengurangkan gigitan dan gigi menjadi kurang tajam. Bayi juga mungkin akan mengubah cara penyusuan ketika mereka mendapat gigi baru, kerana penyusuan akan merasa berbeza dengan gigi baru mereka. Apabila masa berlalu, bayi akan belajar menyusu dengan lebih baik dengan gigi baru tanpa anda menyedarinya. Berikut adalah beberapa cadangan yang telah membantu ibu-ibu lain:

  • Berat bayi yang lebih besar juga boleh menyebabkan mulut dan gigi bayi “terseret” pada tisu payudara. Perhatikan bagaimana anda dapat meletakkan bayi anda supaya berat badannya disokong dengan baik. Gunakan bantal atau kerusi yang mempunyai sandaran lengan untuk menyokong berat bayi anda seboleh-bolehnya. Semasa dia menyusui di sebelah kiri, bawa bahagian bawah badannya sedikit lebih dekat dan sebaliknya. Jangan biarkan berat bandan dan tarikan gravity menarik puting anda ke bawah semasa sesi penyusuan. Cuba gerakkan badannya sedikit dengan cara yang berbeza (lebih tinggi, bawah, sisi ke sisi, dan lain-lain) sehingga tekanan pada payudara anda berkurang.
  • Lekapkan bayi dan letakkan kepalanya sehingga mendongak ke belakang sedikit untuk mengurangkan tekanan gigi atas kepada payudara anda. Contohnya, jika bayi menyusu dalam posisi buaian di sebelah kiri, tarik badannya ke kanan sedikit. Ini akan menaikkan dagu bayi, dengan kepalanya sedikit ke belakang, dan tekanan gigi atas bayi pada bahagian atas puting dapat di kurangkan. Jangan biarkan dagunya bersandar di dadanya.
  • Beberapa cara lain dapat dilakukan agar kepala bayi lebih condong ke belakang: minta anak anda untuk melihat anda semasa dia menyusui, atau pegang buku dengan tinggi untuk dibaca kepada anak anda dan minta dia melihat buku itu.
  • Apabila anda menyokong payudara anda dengan 2-4 jari di bawah dan ibu jari di atas, tekan dinding dada dengan jari telunjuk anda sebelum menawarkan susu kepada bayi anda. Ini akan menyebabkan puting dan areola menunjuk ke bawah supaya tidak menggesel dengan gigi atas bayi. Teknik ini sering disarankan untuk ibu yang mengalami kesakitan pada puting kerana putingnya menggesel ke atas bumbung mulut bayi.
  • Minta bayi anda untuk membuka LUAS dan tunjukkan cara kepadanya dengan mulut anda sendiri. Beritahu dia bahawa ianya menyakitkan anda dan minta dia mencuba lagi sehingga terasa lebih baik.
  • Penggunaan lanolin yang sesuai sebelum dan sesudah menyusu mungkin bermanfaat, begitu juga membilas puting anda dengan air sejuk setelah menyusui. Ketika bayi sedang tumbuh gigi mereka menghasilkan lebih banyak air liur yang boleh merengsakan tisu puting. Kadang-kadang zarah makanan yang tersisa di dalam mulut bayi yang sudah boleh makan makanan pejal juga boleh merengsakan tisu puting, jadi bilas mulut bayi atau memberi sedikit minuman kepada bayi dahulu sebelum menyusu.
  • Jika anda mengalami kesakitan pada bila-bila masa kembalilah kepada asas-asas pelekapan seperti yang anda lakukan pada awalnya.
  • Ada juga kemungkinan bahawa kesensitifan pada puting adalah akibat ovulasi atau haid yang akan datang. Ramai ibu dari kanak-kanak kecil mempuyai masalah dengan pelekapan dan gigi bayi pada waktu ini.

Sekiranya bayi anda menggigit dan menyebabkan kerosakan pada puting …

Ia tidak pernah berlaku pada kebanyakan ibu, tetapi kadang-kadang seorang ibu akan mendapat gigitan yang teruk dari bayi. Menyapu ais sejurus selepas kecederaan dan semasa penyusuan adalah sangat membantu. Ibuprofen (Advil, Motrin) atau acetaminophen (Tylenol) sesuai dengan penyusuan susu ibu dan boleh digunakan jika perlu.

Sumber :
www.kellymom.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here