iklnsdndjrjratwPETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia pada hari ini telah memohon maaf diatas ketidakprihatihan mereka dalam menyiarkan iklan berbaur sensitif yang telah menghina profesion jururawat yang terpampang dalam beberapa pesawat mereka.

Ketua Komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar berkata AirAsia telah pun menarik kembali iklan yang dikeluarkan oleh syarikat pengiklanan mereka, Tune Insurance.

“Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami terutamanya kepada mereka yang berkhidmat dalam profesion kejururawatan bahawa segala langkah telah diambil dalam menarik kembali iklan tersebut dari pesawat kami,” katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Astro Awani.

Tambah Aziz lagi, sebelum pengeluaran sesuatu iklan dilakukan, segala kandungan iklan tersebut akan diteliti terlebih dahulu oleh agensi pengiklanan mereka.

“Namun, dalam perkara ini, proses tersebut tidak dipatuhi dan kami benar-benar memohon maaf diatas kesilapan ini dan kami telah memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan demi pembaikan proses penilitian agar tidak lagi berlaku perkara seperti ini di masa hadapan,”.

AirAsia menjelaskan bahawa mereka menghormati profesion jururawat dan tidak pernah terniat untuk menyakiti atau menghina pekerjaan tersebut.

Permohonan maaf AirAsia tersebut dilakukan berikutan desakan Persatuan Perubatan Malaysia yang berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.

Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.”

Astro AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here