Mohd Nizam AnuarAl-fatihah Mohd Nizam Anuar. Jodoh kita xpanjang

….Kita jumpa pada malam cinta rasul. Sy toleh belakang. Nampak awak. Dlm hati kata” kalo jumpa lagi jodoh”. 3 hari lepas tu awak lalu belakang sy. ?. Xlama lepas tu kite berkawan. Saling berborak pasal agama. Berkongsi. Nasihat menasihati. ALLAH. Sungguh indah berkenalan ini.

Lama2 kita rapat. Kerana allah kita mula berkawan lebih rapat. Awak kata, Andai saya jodoh awak. Andai awak jodoh saya. Awal tahun dpn Kita nikah. Kita bincang pasal tarikh. Pasal rumah after nikah. Pasal anak. Awk nak kita didik anak kita cara islam. Dibesarkan dgn alquran. Anak diberi makan makanan sunnah. Awak larang saya makan benda merepek2.

Tiap kali kita borak. Mesti gelak je. Kalo saya salah ckp. Awak tegur dengan pendekatan agama.

Semalam kita borak. Awak nak sy masak gulai ketam lepas nikah. Awak ckp mak awak pon nak gulai ketam. Mak awak gelak je dgn taletah awak. Itulah suara terakhir awk.

14/7/2015, jam 2.30 saya whatsapp awak. Bg gambar org excident sbb masa sy baca paper ade berita tntg tu. saya kata hati2 bawak moto. Awk kate inshaallah. Allah ade. Awk tnye sy rindu awk ke x? Sy ckp x? Sy xheran. Sy ckp p sane sombongkan diri. Rupanya itu gurauan terakhir sy dkt awak.

3.30 saya dpt berita. Awak excident. Dan awk meninggal. ALLAH. Tipulah sy xsedih. Tp saya redha dgn smuanya. Dibulan y baik ni. Awak anak y soleh. Kuat pegangan agama.

Mungkin jodoh kita sampai disini. Apa y kita rancang xkesampaian. Sesungguhnya perancangan ALLAH itu y terbaik.

Awk kata nak dtg raya ni. Jumpa mak saya. Nak mintak izin. Tapi xde rezeki.

Kerana ALLAH saya terima awak sbg kawan saya. Kerana ALLAH juga saya lepaskan awak dlm hati ni. Sedih saya. Sedih lagi mak ahli keluarga awak.

Akan saya ingat pesan awak. Selalu baca alquran. Dgr ckp mak. Selalu ingat allah. Terima kasih Ya ALLAH kau pinjamkan seorang lelaki yang banyak menberi nasihat dan membimbing.

Semoga awak tenang disana mohd nizam. Terima kasih segalanya.

Sumber: Syikin Maulana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here