Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Saya telah pun menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti beberapa hari lepas. Ini beberapa catatan saya sekitar pendidikan kita sebagai seorang yang tidak mempunyai latar bidang pendidikan.

1. Sekolah menjadi ‘principal centered achievement’, bukan ‘student centered learning’. Guru-guru dipaksa menyiapkan laporan, kertas kerja, bahan-bahan program, mencipta modul-modul aneh untuk menjadikan sekolah mereka salah satu sekolah hebat atas paksaan pengetua.

Guru-guru yang gagal mencapainya atau mencadang sebaliknya dianggap sebagai guru yang gagal dan bermasalah.

2. Sekolah seperti hilang punca dan tujuan. Pelajar menjadi aksi (means) dan bukan lagi tujuan akhir (ends) pendidikan. Pelajar dipergunakan oleh pentadbir sekolah (maksudnya, bukan guru-guru secara umum, tetapi beberapa orang yang menjadi penentu dasar dan hala tuju sekolah) untuk mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan.

Tujuan akhir berubah kepada lonjakan saujana, sekolah berprestasi tinggi, sekolah kluster, sekolah hijau, pencapaian peringkat daerah, negeri, dsbnya. Pelajar dan juga pendidik dikerah untuk sesuatu yang bukan mereka mahu.

3. Sekolah mahukan murid datang ke sekolah dan cintakan sekolah. Lalu diwujudkan anugerah anugerah untuk pelajar yang kehadiran penuh misalnya. Logiknya, pelajar yang datang setiap hari bermakna dia cintakan sekolah. Pelajar ini akan dapat naik ke pentas dan ditayang, diambil gambarnya bagai sebuah boneka untuk ikutan pelajar lain.

Sedang isu kenapa pelajar tidak mahu datang ke sekolah tidak pula diutara dan diselesaikan. Pihak sekolah tidak cuba memberi apa yang pelajar minat dan mahu. Yang pelajar tahu, mereka akan didenda atau dirotan jika hadir kerana mereka ialah pelajar bermasalah dan lembab.

4. Di sinilah munculnya pelbagai langkah, program dan modul yang merepek untuk menyelesaikan masalah. Bagusnya bidang perubatan kerana ada kajian dan penyelidikan di makmal sebelum dicuba berdasarkan keadaan sebenar yang dipanggil sebagai Evidence Based Medicine (EBM). EBM pula akan diberi penilaian (review) sebelum diaplikasi dalam situasi tempatan untuk dilihat kesesuaiannya.

Sebaliknya dalam pendidikan, apa yang berlaku ialah ‘try and error’ dan pelajar menjadi ujikaji tikus putih para pentadbir sekolah. Mereka tidak tahu apa aktiviti yang terbaik kerana ianya tidak objektif. Guru dan kaunselor perlu memikirkan apakah program yang perlu dilakukan. Hasilnya, program seperti ‘Sentuhan Jiwa’ (yang sebenarnya hanyalah cubitan manja daripada rakan kepada rakan lain) sambil berharap kesan dan hasil yang hebat daripada program tersebut.

5. Ini paling menarik sekali. Walau saya mengajar kelas belakang dalam sebuah sekolah yang dianggap sebagai bermasalah. Saya tidak perlu risau, kerana di akhir hari saya akan menulis objektif tercapai atau ‘objective achieved’. Walau ada antara murid saya itu, saya rasa mempunyai learning disorder/disability. Walau apa yang dilakukan dalam kelas hanyalah sekadar bual kosong.

Facebook: Amirul Hamudin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here