Baru sahaja terjadi pada saya dan husband. Malam ramadan ke-10, On the way dari KL nak balik kampung husband kat Kelantan.Hentian Rehat Gua Musang

Disingkatkan cerita, kami berhenti di RnR Gua Musang yang baru untuk buang air, waktu itu lebih kurang 10pm. Memang betul-betul Allah lindungi kami sebab sebelum turun saya tanya pada husband nak berhenti solat tak? Dia jawab tak apelah kita solat sampai kat rumah nanti.

Jadi kami berdua turun ke toilet, selesai hajat dunia, saya balik semula ke kereta dan saya nampak husband tengah keluar dari kereta, dia pergi check bonet (husband sampai dulu kat kereta). Saya tanya kenapa? Dia jwb “takde ape” Nak jadi kisah, sebelah kereta kami itu ada satu proton saga lama warna kelabu/hijau metalic (not so sure sebab gelap).

Ada budak perempuan umur around 16-19, macam mengintai kami, saya tak syak apa-apa langsung waktu itu. Lepas itu satu part ni bila dia bukak pintu tengok kami pastu dia tutup balik pintu, saya ingat dia nak keluar tapi tak lepas sebab dia parking rapat sangat dengan kereta kami.

Jadi saya berlari-lari anak cepat-cepat masuk ke dalam kereta sebab nak bagi ruang pada bedak sebelah ni keluar. Masa saya berlari tu, dia cepat-cepat tutup pintu. Yang peliknya, dia tak keluar pun lepas tu!

Kejadian seram bila driver proton saga itu yang cerminnya tinted gelap, dia buka separuh pastu pandang saya, muka dia seram kot! Lama dia perhatikan saya. So dalam hati tak ada ingat apa-apa lagi, positif lagi.

Sampai lah bila kami nak keluar dari parking itu, dalam 100meter lepas itu, saya berpaling ke kiri nak tarik seatbelt, tengok tingkap belakang terbuka! Jadi cakap lah dengan husband “awak terbukak tingkap ni dari tadi ke?” dia tak cakap banyk terus berhenti dan keluar dari kereta dan check barang-barang. Alhamdullilah semua ada tapi tingkap yang terbukak itu ada kesan kena cungkil!

Terus lah husband bukak mulut yang dari tadi cakap “takde ape” tu bercerita, dia kata dia dah memang syak dengan kereta saga itu, sebab masa dia mula-mula sampai dekat kereta ada bunyi “bammm” yang sangat kuat macam ada orang ketuk, itu yang dia g check bonet.

Terus saya buat kesimpulan dari scene budak tu mengendap kami, buka tutup buka tutup pintu itu, maybe time itu dia sudah ready nak grab handbag saya yang ada dekat seat belakang.

Tapi mungkin sebab kami yang duduk dekat bonet ini yang macam dekat sangat dengan dia yang buat dia cuak nak buat kerja syaiton tu. Mungkin jugak dia sengaja ketuk belakang kereta, nak biar husband keluar dan masa itu dia boleh grab handbag kat belakang.

Masa ini Demi Allah saya sangat bersyukur sebab Allah izinkan saya tiba di waktu yang betul, berdiri di tempat yang betul, maybe jugak sebab kami berdua berdiri belakang bonet itu buat bedak itu berkira-berikra nak rembat barang dekat belakang.

Allahuakbar, bulan-bulan puasa ni, ada jugak nak buat keje haram ni.

Pls dear family and friends, tolong lah berhati-hati bila berhenti di mana-mana RnR ni, orang jahat, kerja jahat ini merata, meraka tak penah letih buat kerja haram.

RnR Gua Musang

Sumber – Nazrila & Faiz

1 COMMENT

  1. Ya Allah..takutnya bila dgr kes2 macam ni sbb akk bsa balik Kelantan awal pagi & singgah solat subuh tu bsanya sunyi..kalau musim perayaan org ramai tak la risau sgt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here