Cara memupuk minat belajar dalam diri anak-anak  |  Sebagai ibu bapa, kita mengharapkan anak-anak dapat menjalani semua aspek kehidupan dengan baik. Namun, kita mungkin memberikan anak kita bebanan dengan jangkaan-jangkaan yang tidak perlu. Jangkaan ini kadang kala menimbulkan keengganan untuk mereka belajar. Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan untuk mendorong anak anda belajar tanpa menimbulkan bantahan? Artikel ini menerangkan bagaimana memupuk minat anak anda untuk belajar.

Cara memupuk minat belajar dalam diri anak-anak

Kaedah terbaik memberi motivasi kepada anak-anak anda untuk belajar:

Di dunia yang kini setiap orang impikan kejayaan, kita sebagai ibu bapa juga menghadapi tekanan untuk mendorong anak-anak belajar dengan baik dan mendapat prestasi yang cemerlang dalam akademik. Kita akan bincangkan cara yang terbaik untuk mendorong anak-anak anda belajar:

Cara memupuk minat belajar dalam diri anak-anak

1. Duduk Bersama Mereka

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan sebagai ibu bapa untuk memberi motivasi kepada anak anda adalah duduk bersama mereka semasa mereka belajar. Namun begitu, elak daripada menggunakan telefon bimbit atau komputer riba anda. Sebaliknya, lakukan kerja pejabat anda yang tertangguh atau membaca buku.

2. Tekankan Pada Pembelajaran Bukan Pada Gred

Walaupun gred yang bagus penting untuk diketengahkan, tetapi jika anak anda bergelut untuk mendapatkan gred tersebut, tumpuannya untuk belajar pasti akan terganggu. Sentiasa bertanyakan aktiviti harian yang dilakukan dalam kelas dan apa yang telah dia belajar di sekolah.

3. Berpihak Kepada Anak Anda

Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk mendapatkan markah atau gred yang lebih baik. Bersikap baik dan lemah lembut dengannya dan cuba untuk fahami masalah dari perspektifnya. Cuba menimbulkan rasa tanggungjawab dalam dirinya terhadap pelajarannya dengan perkara-perkara positif kerana jika diterapkan sesuatu negatif, ia boleh membuat anak anda memberontak dan menentang anda.

4. Berbincang Tentang Pelajaran

Berbual dengan anak-anak mengenai setiap mata pelajaran yang dia belajar di sekolah setiap hari. Tanyakan tentang apa yang membuat dia lebih peka dalam kelas. Ambil tahu tentang mata pelajaran, kelas dan guru kegemarannya.

BACA JUGA : 15 cara menyiapkan anak anda untuk bersekolah

Cara memupuk minat belajar dalam diri anak-anak

5. Buat Jadual Belajar

Apa sahaja yang dilakukan secara sistematik selalu memberikan hasil positif begitu juga dengan belajar. Sediakan jadual dan patuh padanya. Belajar bukan dengan hanya menyiapkan kerja sekolah sahaja, sebaliknya anda harus meluangkan masa untuk ulang kaji tentang konsep dan pelajaran yang diajar di sekolah setiap hari.

6. Cipta suasana untuk belajar

Pastikan tiada gangguan seperti bunyi suara yang kuat, televisyen dan anak-beradik lain yang sedang bermain di kawasan berhampiran tempat anak anda belajar. Seorang kanak-kanak dapat memberikan tumpuan pada waktu yang singkat serta mudah terganggu dan akhirnya boleh hilang minat untuk belajar.

https://secondlineblog.org/wp-content/uploads/2017/11/parentteacherconf.jpg

7. Berkomunikasi Dengan Guru

Sekiranya anda menyedari markah anak anda tidak memuaskan dalam subjek tertentu atau ragu-ragu untuk mempelajari sesuatu subjek, anda boleh berhubung dengan guru berkenaan. Dengan ini, guru dan ibu bapa dapat membuat strategi bersama-sama untuk mengembangkan minat anak terhadap subjek tersebut dan membantu meningkatkan grednya.

8. Ikuti Gaya Pembelajaran Anak Anda

Adalah sangat penting untuk anda faham cara pembelajaran anak anda sama ada melalui pendengaran, visual atau kinestetik. Anda boleh mencipta jadual belajar berdasarkan kemampuan anak anda.

9. Buat Matlamat Belajar Bersama-sama

Menyediakan matlamat adalah idea yang baik untuk menetapkan matlamat yang boleh dicapai dan mampu dicapai melalui dedikasi dan kerja keras. Anda boleh membuat matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang agar anak anda tetap bermotivasi dan boleh mengesan tahan kemajuannya.

10. Dengar Pendapat Mereka

Penting untuk anda mendengar dan menghormati pendapat mereka walaupun kadang kala anda merasakannya tidak betul. Membiarkan anak anda menyuarakan pendapat tentang pelbagai subjek dapat membantu mereka membina kenyakinan dalam diri. Beritahu anak anda untuk memberi alasan yang sewajarnya berdasarkan hujah tersebut.

11. Bantu Mereka Belajar Dari Kegagalan

Kegagalan adalah sebahagian daripada kehidupan dan ianya bukan pengakhiran. Walaupun anak anda mendapat gred rendah, jangan memarahi mereka atau membandingkannya dengan rakan yang lain. Mereka mungkin sudah merasa rendah diri. Beri galakan atau empati kepada mereka dan bagitahu mereka tidak mengapa melakukan kesalahan tetapi pastikan belajar daripada kesilapan itu.

https://i.ytimg.com/vi/nxwI64VvSwo/hqdefault.jpg

12. Sentiasa Melibatkan Anak Anda

Satu idea yang baik untuk melibatkan anak anda membeli bahan pelajarannya seperti meja belajar, alat tulis, hiasan meja atau bahan-bahan yang berkaitan dengan belajar. Dengan cara ini, mereka rasa lebih terlibat dan boleh mencetuskan minat mereka untuk belajar.

13. Elakkan Membebel

Semua ibu bapa ingin melindungi dan melakukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hal ini sering membawa kepada bebelan kepada anak-anak tentang apa yang betul dan tidak betul. Elakkan melakukan perkara ini kerana kata-kata yang menyinggung hati mereka boleh menyebabkan anak-anak hilang minat. Beri arahan yang jelas dan padat kepada anak anda daripada memarahi, memanipulasi atau mengancamnya.

14. Iktiraf Semua Pencapaian

Sesekali, setiap orang suka akan pujian, begitu juga kanak-kanak. Adalah penting untuk anda iktiraf dan menghargai sekecil-kecil pencapaian anak anda. Perkara ini bukan sahaja memberikan kebahagiaan kepadanya malah akan meningkatkan motivasinya untuk membuat yang lebih baik.

https://p8cdn4static.sharpschool.com/userfiles/servers/server_645402/image/news/2018-19%20news%20release%20images/june%202019/students-reading-small.jpg

15. Tabiat Membaca

Tabiat membaca sangat penting untuk diterapkan dalam diri anak anda. Sering kali dilihat kanak-kanak yang suka membaca biasanya suka belajar juga. Anda boleh menjadi contoh dan mewujudkan persekitaran yang kondusif di rumah atau lebih baik dengan membuat jadual membaca.

16. Bersikap Tegas dan Berdisiplin

Disarankan untuk anda bersikap tegas dan berdisiplin dalam kaedah pengajaran anda. Sikap ini bukan bermakna anda menjadi manipulatif dan mendesak. Kuncinya adalah untuk mencapai keseimbangan yang sempurna untuk mewujudkan suasana belajar yang positif dan kondusif di rumah.

17. Elakkan Merasuah Anak Anda

Penghargaan dan ganjaran adalah aspek positif dalam menanam tabiat belajar dalam diri anak. Namun, anda harus mengelakkan merasuah anak anda. Ia mungkin dapat menyelesaikan masalah buat sementara waktu tetapi mungkin tidak akan menarik minat anak anda untuk belajar bersungguh-sungguh.

https://www.samwoolfe.com/wp-content/uploads/2019/09/storytelling-4203628_1280.jpg

18. Cuba Bercerita

Anda boleh mengembangkan minat anak anda untuk belajar dengan penceritaan yang membina. Anda boleh menceritakan kisah-kisah moral yang menekankan pentingnya pelajaran dan pendidikan dalam kehidupan.

19. Jadikan Waktu Belajar sebagai Waktu Menyeronokkan

Ibu bapa sering melakukan kesalahan dengan menghukum anak-anak mereka dan kemudian menyuruh mereka belajar. Anak-anak menganggap bahawa itu cara ibu bapa menghukum mereka. Anda boleh mewujudkan waktu belajar sebagai waktu yang menyeronokan dan menyuruh mereka menikmatinya. Luangkan masa untuk belajar bersama-sama daripada membiarkan anak anda belajar bersendirian di bilik.

20. Bantu Anak Anda

Bantu anak anda bila-bila masa yang dia perlukan atau sentiasa bersamanya semasa pembelajarannya. Jangan marah jika dia bertanyakan soalan berulang-ulang kali. Bersabar dan berlemah lembut dengan keraguan dan pertanyaan anak anda.

Jangan biarkan anak anda merasa tegang atau tertekan semasa belajar kerana perasaan ini boleh membuat dia tidak suka belajar sama sekali. Beri galakan dan tiupkan semangat dan keyakinan pada setiap peringkat sehingga dia mampu membuatnya sendiri.

Sumber :
www.parenting.firstcry.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here