Kulit wajah menipis akibat pemakaian kortikosteroid/steroid berpanjangan hingga menampakkan pembuluh darah/urat. Gambar diambil dari MedScape

Di negara kita terlalu banyak promosi jualan krim pemutih kulit/wajah baik di akhbar, jualan langsung di shopping complex mahupun di salon-salon kecantikkan.

Kulit orang Malaysia yang kebanyakkan sawo matang dan hitam manis membuatkan bahan kosmetik ini laris dan pelanggan mahukan yang mempunyai efek pemutih yang cepat.

Misai yang timbul pada wanita. Walau ditutup dengan foundation atau cream, ia tetap kelihatan. Anda mahu?
Misai yang timbul pada wanita. Walau ditutup dengan foundation atau cream, ia tetap kelihatan. Anda mahu?

Selalunya promosi mengatakan kulit akan menjadi putih dalam tempoh waktu singkat sehingga 3 hari. Maka banyak persoalan akan timbul.

Adakah benar promosi tersebut? Ia, memang benar. Bagaimana boleh jadi begitu cepat kesan memutih? Jawapan nya adalah kandungan “kortikosteroid” di dalam krim itu yang membolehkan kulit wajah menjadi cerah dalam waktu yang singkat.

Adakah “kortikosteroid” ini berbahaya? Kortikosteroid tidak merbahaya malah sering digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit.

Jadi, kortikosteroid didalam produk pemutih kulit itu selamat digunakan? Jawapannya tidak selamat. Kortikosteroid digunakan untuk merawat penyakit kulit tertentu sahaja dan penggunaan jangka panjang akan menimbulkan banyak kesan sampingan.

Kulit wajah menipis akibat pemakaian kortikosteroid/steroid berpanjangan hingga menampakkan pembuluh darah/urat. Gambar diambil dari MedScape
Kulit wajah menipis akibat pemakaian kortikosteroid/steroid berpanjangan hingga menampakkan pembuluh darah/urat. Gambar diambil dari MedScape

Produk krim pemutih wajah digunakan sehari-harian, malah ada yang 3 kali sehari. Jumlah kortikosteroid didalam produk ini juga tinggi supaya kesan memutihkan wajah menjadi semakin cepat.

Keadaan ini dipanggil overdose kortikosteroid. Penggunaan produk ini sememangnya memberi kesan pemutihan yang cepat namun begitu terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul terutama di wajah.

Kalau di tangan mungkin kita tidak terlalu kisah tetapi wajah ni objek paling berharga terutama wanita. Maka saya akan bahaskan apa sahaja kesan sampingan produk pemutih yang paling sering terjadi seperti berikut;

  1. Kulit menjadi semakin tipis. Anda boleh melihat pembuluh darah (urat) berwarna merah atau sedikit biru keungguan dengan mudah dari kulit wajah terutama di sekitar pipi-telinga. Berbanding sebelum ini, pembuluh darah tersebut susah dilihat.
  2. Tidak tahan kepada terik matahari. Wajah merasakan perit. Ini diakibatkan kulit wajah semakin menipis dan melanin kulit wajah semakin berkurang menyebabkan sinaran UV matahari tidak mampu ditapis.
  3. Timbul misai. Ini antara kesan sampingan yang paling sering, mudah dan ditakuti. Misai yang timbul mungkin tidak seperti lelaki tetapi rambut-rambut halus mula timbul dan mudah dilihat. Selain rambut halus, bahagian atas bibir mula memberi kesan kehijauan seperti bekas misai setelah bercukur.

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan hal di atas? Berhati-hatilah ketika membeli produk memutihkan wajah. Jangan mudah terpedaya dengan promosi produk yang memberi kesan pemutihan cepat. Teliti baik-baik kandungan produk tersebut dan google satu-satu kandungan nya adakah ia kortikosteroid/steroid atau bukan. Beli lah produk kecantikkan yang natural.

Bagi wanita di luar, berhati-hati lah. Timbul misai itu lah hal yang paling sering terjadi. Anda mahu? Selamat mencantikkan diri dengan selamat!

p/s: Hal ini dibahaskan oleh guru saya, dermatologist di pusat kecantikkan Depok. Dia menasihati wanita-wanita di luar agar berhati-hati. Sebab tu saya perasan ramai perempuan di Jakarta putih melepak, cantik. Tapi bila tengok dekat-dekat, ada bekas misai. hehehe…. ataupun lihat sini Krim Muka benar-benar asli dan tidak membahaya –> http://bit.ly/1p2ukJZ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here