Baitus SolehahRasa hiba, duka dan sayu menyelubungi Baitus Solehah. Selepas laporan polis dilakukan . Demi ketaatan kepada ibu bapa, demi maruah keluarga dan demi aib dan dosa silam, maka dalam keadaan penuh kedukaan, dia berjauhan dengan anaknya.

Berjauhan di dunia bukan bererti terputus hubungan. Mereka sebenarnya tetap bersatu di dalam hati. Mana mungkin seorang ibu dapat redha dengan perpisahan ini.

Sayu membaca catatan yang ditinggalkan untuk saya. Penghargaan yang menghimpun rasa kesungguhan untuk berubah menjadi insan solehah. 6 bulan dia menjalani pentarbiyah di Madrasah Baitus Solehah.

[3:50pm, 18/07/2015] : Assalamualaikum ummi.

Terimakasih atas segalanya. Terimakasih sbb sudi terima saya duduk di Baitus Solehah. Menjaga kebajikan saya sepanjang saya berada jagaan ummi. Menjaga makan minum.

Halalkan segalanya ye ummi. Terimakasih bersusah payah berpenat lelah menguruskan kemasukan dan keluarkan saya dari hospital. Terimakasih ummi menjaga aib saya sepanjang saya di bawah jagaan ummi.

Terimakasih mendidik saya mengenal Allah. Terimakasih masih menerima saya walaupun saya pernah buat perkara yang dilarang ummi. Terimakasih atas setiap teguran.

Sampaikan terimakasih saya buat ayah. Terimakasih sbb pernah tegur benda salah. Terimakasih atas bersusah payah ayah pergi ke pasar membeli lauk buat pelatih di baitus solehah.

Sampaikan terimakasih saya buat abg Iman. Terimakasih atas tazkirah2 pagi yg dia sampaikan walaupun sy selalu tertidor, tapi sedikit sebanyak tazkirahnya menginsafkan saya.

Sampaikan terimakasih sy buat Abg Besar. Kerana telah mengajar , membetulkan setiap bacaan , tajwid , panjang pendek dalam bacaan Al Quran saya. Drpd sy dulu jahil membaca Al-Quran. Sekarang Alhamdulilha walaupun masih merangkak.

Sampaikan terimakasih saya buat Abg Afdal kerana telah terapkan ilmu Fardhu Ain dalam hidup saya. Ilmu yang sangat berharga. Terimakasih.

Sampaikan terimakasih saya buat anak2 ummi yang lain. Kerana mereka pernah masakan makanan buat semua.

Sampaikan terimakasih saya buat bibik. Sentiasa beri tunjuk ajar. Menjaga setiap pelatih Baitus Solehah.

Terimakasih kepada semua pelatih Baitus Solehah menerima kehadiran saya pada mula masuk hingga saya melangkah keluar dari Baitus Solehah. Terimakasih memberi tunjuk ajar.

Terimakasih atas setiap teguran. Terimakasih atas segala perkongsian ilmu.
Ribuan terimakasih. Tak lekang mulut ni menyebut terimakasih, kerana terimakasih kecik nilainya berbanding jasa dan pergorbanan dari semua.

Moga Allah memberkati , melindungi , melimpahkan rezeki yang melimpah ruah, menerima setiap taubat pelatih Baitus Solehah.

Ummi,
Doakan saya menjadi insan yang kuat menghadapi cabaran dlm hidup saya. Doakan saya menjadi anak yang soleh buat kedua ibubapa saya. Doakan saya menjadi orang yang berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat.

– Baitus Solehah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here