Mohd Nor Izzat Mohd Johari

Mohd Nor Izzat Mohd Johari
Mohd Nor Izzat Mohd Johari

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

“Saya diarah bertukar ke sebuah sekolah di luar Jerantut, di daerah lain,” katanya.

Namun katanya, pihak JPN tidak pula menyatakan sebab utama pertukaran sekolah berlaku.

Namun, Izzat melahirkan rasa kecewa apabila hari ini terbukti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggunakan kuasa diluar batasan mereka dalam usaha mematahkan semangat guru untuk mendidik anak bangsa dengan acuan yang betul.

“Saya tonggak utama bagi usaha memansuhkan PBS setelah mendapati sistem ini sangat merugikan masa dan tenaga.

“Walaupun pihak KPM hendak kenakan tindakan biarlah pada saya seorang jangan pada guru-guru lain, anggaplah ini yang terakhir pihak kementerian buat sesuka hati mereka,” katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau merayu kepada semua guru agar jangan takut dan jangan patah semangat kerana mereka berada di pihak yang benar.

“Saya mohon guru-guru sama-sama menyatakan kesepakatan kita demi masa depan anak murid kita. Himpunan 222 akan tetap diteruskan esok,” katanya.

Sebelum ini Izzat telan mendapat surat peringatan pertama daripada Pejabat Pendidikan Daerah berikutan, Himpunan 222 yang akan diadakan esok di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here