Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya

KUALA LUMPUR: Pelakon Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya
Ozlynn mempertahankan tindakan Johan mencium bibirnya

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

“Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

“Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, dia berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Artis Bercium Atas Pentas
Johan mencium bibir isterinya selepas dia diumumkan sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular.

artis bercium

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu.

“Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

“Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman,” katanya.

Tambah Ozlyn, dia turut menonton kembali rakaman ABPBH 2014 dan mendapati isu berkenaan diperbesarkan kerana visual memperlihatkan mereka bercium cuma disiarkan selama dua saat.

“Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

“Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun,” katanya.

Pada ABPBH 2014 itu, Johan diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Dalam perkembangan lain, Ozlyn berkata, dia gembira kerana drama lakonannya iaitu Apa Guna Berjanji arahan Datin Paduka Suhaimi Baba tercalon dalam Anugerah Tribute P.Ramlee pada 19 April ini.

“Drama itu adalah yang pertama saya berpeluang berlakon dibawah arahan Suhaimi dan ia pengalam cukup berharga,” katanya.

4 COMMENTS

  1. iya memang btul mreka halal di sisi agama. soalnya dan isunya jangan lah dibuat depan khalayak ramai. cium dahi atau pipi dah ckup kan..mreka yg x ada ikatan sah pun klu dah terakam oleh tv akan jadi isu jgk..

  2. There are times where missing like this can be done discreetly.Its not about that u are a married couple.Its alot more of the our traditional and cultural roots that has bothered those who are watching this.Aware that most viewers watching the show are majority malay muslims.You have got to respect that and accomodate to ur fellow country ppl.Apologising is better than poiting direction directly to others around u.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here