Pergaduhan Di Low YatBANDAR TUN RAZAK, 12 Julai: Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mahu semua pihak terutamanya anak muda di Kuala Lumpur, tidak memainkan sentimen perkauman dalam kejadian pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata sebagai ibu negara, Kuala Lumpur merupakan ‘jendela’ kepada segala penyebaran maklumat tidak kira sama ada sahih atau tidak sesuatu perkara itu.

Mohd Razlan meminta semua pihak bersabar sementara menunggu siasatan terperinci daripada pihak polis dan menyelesaikan masalah itu. Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/12/pergaduhan-di-low-yat-jangan-mainkan-semangat-melayu/#ixzz3fgxUSPUC
Mohd Razlan meminta semua pihak bersabar sementara menunggu siasatan terperinci daripada pihak polis dan menyelesaikan masalah itu.

“Apa sahaja maklumat yang disebarkan di dalam negara kita ini bermula daripada Wilayah Persekutuan. Jadi kita kena jaga disiplin. Saya merayu kepada generasi muda fikirkan perkara ini,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran ‘Jom Balik Kampung’ di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pergaduhan pada malam Sabtu di mana sekumpulan tujuh lelaki dikatakan mengamuk di Plaza Low Yat selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dikatakan dibelasah oleh kumpulan tersebut selain peralatan dan barangan di dalam kedai turut dirosakkan.

Page Boycott Low Yat Telah Diwujudkan 

Razlan meminta semua pihak bersabar sementara menunggu siasatan terperinci daripada pihak polis dan menyelesaikan masalah itu.

“Dalam suasana negara ini, yang DAP main ‘celaka-celaka’ kan kita ini, kadang-kadang orang Melayu ini sabar sahaja. Bila kita sabar, bila sudah sampai ke ‘dinding’ kita tidak tahan.

“Saya minta semua bersabar, jangan mainkan spekulasi-spekulasi untuk membuak-buakkan semangat Melayu kita ini. Kita tunggu hasil siasatan kemudian baru kita tahu kes ini bagaimana,” katanya.

Mengulas lanjut insiden itu, Razlan mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membuat penguatkuasaan secara serius dan berterusan.

Beliau mencadangkan supaya penguatkuasa KPDNKK diletakkan di Plaza Low Yat bagi memantau penjualan barangan tiruan di tempat tersebut.

“Saya hendak bagi teguran kepada KPDNKK, kita jangan jadikan penguatkuasaan satu perkara yang remeh-temeh dan akhirnya membuatkan rakyat di bawak ini tidak tahan.

“Saya tidak tahu siapa yang salah tetapi kita tidak mahu pergaduhan seperti itu terjadi.

“Kita hendak penguatkuasaan ini dibuat, KPDNKK turun padang, melihat kepada telefon-telefon palsu. Bukan susah sangat, kita letak pegawai KPDNKK di situ, kemudian kita lihat sama ada mereka msih berani menjual barang-barang tiruan ini,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here