OTTAWA ganjaOTTAWA –  Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) melaporkan, kanak-kanak di Kanada muncul sebagai golongan paling ramai mengambil ganja.

Mengikut laporan, Kanada berada di tangga pertama mendahului 29 negara-negara maju mencatatkan pengambilan dadah jenis ganja yang digunakan melalui kaedah merokok.

Tinjauan menunjukkan, sebanyak 28 peratus kanak-kanak berumur antara 11 dan 15 tahun pernah dilaporkan mengambil ganja sekali setahun pada tahun lalu.

Penyelidikan Unicef juga mendapati, negara mempunyai undang-undang lebih ketat mencatatkan kadar lebih tinggi sekali gus mendorong kanak-kanak untuk cuba mengambilnya.

Namun secara keseluruhan, Kanada menduduki tempat ke-17 dalam senarai dunia ‘kanak-kanak tidak bermasalah’ berbanding Amerika Syarikat yang menduduki tangga ke-26 selepas Lithuania, Latvia dan Romania yang mempunyai persekitaran kanak-kanak paling teruk untuk membesar.

Kajian Unicef ini turut memberi tumpuan kepada lima dimensi berbeza iaitu tahap kesejahteraan, pendidikan, kesihatan, keselamatan, tingkah laku dan keadaan  rumah serta faktor persekitaran.

Masalah kekurangan pendidikan, kos penjagaan kesihatan yang tinggi dan kehamilan kalangan remaja merupakan punca dan menyumbang kepada peningkatan masalah ini.

Malah menurut petikan MailOnline, AS yang muncul sebagai negara ketujuh terkaya di dunia, juga turut dipengaruhi masalah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here