Usia Di Hari Tua

KESUNYIAN MENGISI HUJUNG USIA

Bila saya bercerita disurau dg kawan yg telah bersara,bahawa isteri saya yg juga pesara, memandu ke Arau Perlis,140 km utk berjumpa anak yg masih bersekolah hanya untuk memenuhi permintaan anak nak makan ayam masak serai dan cucok kodok jagung,kawan saya itu berkata,” Seronoklah hang masih ada anak yg bersekolah lepas bersara.Aku ni ada anak dua orang,masa muda dulu banyak ditinggal pada pengasuh kerana sibuk kerja,bila bersara,anak dah kahwin dan pindah.Tinggal kami berdua.Terasa cepat sangat masa berlalu”.

Mereka yg melangkah pertengahan umur akan merasai satu kekesalan dan kehilangan iaitu anak anak yg tidak lagi tinggal bersama,nikmat berkeluarga telah hilang. Semasa anak anak kecil,ibubapa sibuk bekerja, pergi pagi balik senja,tak sempat bermanja,merasai kebahgiaan hidup berkerluarga.Bila berhenti kerja , anak semua telah remaja dan dewasa,bahkan telah berkahwin.Nikmat hidup berkeluarga masa anak baru membesar,bertatih,mula bercakap,berbagai keletah,berulangalik ke sekolah,mencipta kejayaan,dsbnya telah hilang.Akan terasa rugi waktu itu kita sibuk dg pekerjaan.Para ibu khususnya,nilai menjadi ibu jangan ditukar dg mudahnya dg pekerjaan..Menjadi ibu sepenuh masa itu tetaplah lebih baik,tetapi semua orang ada alasannya,pilihlah yg terbaik.

Pesan saya,jangan lepaskan nikmat hidup dg anak waktu kecil kerana bila mereka dah besar,Allah menarik sebahagiannya.Anak tak peduli sangat mak bapa,tak rasa tak perlu sangat diambil tahu,tidak perlu kemanjaan.Ada ketika kita merasa kenapa anak aku cepat sangat membesar,tak sempat…….waktu tak menunggu kita,jika berlalu tak mungkin kembali..Akan terasa rugi para ibu yg meninggalkan anak kecil pada pengasuh atau bibik kerana bekerja,kerana suatu hari bila dah bersara kita akan terasa terlepas nikmat berkeluarga, kemanjaan bersama anak,terasa bagai masa mahu diputar kembali.

Adalah baik anak ramai.Sapa yg berbimbang anak ramai,dia menafikan kekuasaan Allah,menafikan firman tuhan,’Setiap mulut yg Aku jdkan,Aku jdkan rezeki baginya’..Ibu lebih banyak peluang kesyurga kerana melahirkan,bapa lebih banyak peluang mendidik,menambah umat beriman.Dipenghujung hidup anda, masih ada anak kecil utk bermanja,menghantar kesekolah,membuat itu ini bagi mengisi hari hari tua.

Jangan takut jd miskin kerana anak ramai.Soal kelahiran patutnya urusan Allah,bukan urusan kita,jangan masuk campur dg berbagai alasan utk merancang.Jika Allah memberi kesunyian hidup dihari tua kerana anak seorang dua shj, baru padan muka,nak hidup mewah masa muda dan tak ramai anak,akhirnya kesunyian dipenghujung usia.Nak seronok travel sana sini kerana tak bimbang dg anak,nak seronok bersosial,nak jaga body,tak mau jd tua cepat,jika anak banyak,maka habuannya dihujung usia,ketika orang lain masih ada anak bersekolah,berbahagia berkunjung ke rumah anak anak,kita melapok dikedai kopi,atau depan tv atau kerabat bukit,hutan paya,sungai dan laut untuk menghabis sisa hidup.

Saya tahu ada pembaca akan membeliak mata dan mungkin mencebik mulut, tanda tak setuju.Oooops!.Berlapang dadalah, fikir bukan utk sehari dua,setahun dua,tetapi utk 40 tahun akan datang.Menghambat dunia jangan sampai abaikan nikmat berkeluarga.Alasan biar susah hari muda untuk bahagia hari tua,tidak tepat kerana apa guna hari tua dg duit yg banyak tetapi tinggal berdua suami isteri shj,”aku tengok hang,hang tengok aku”,kesunyian kerana anak telah berpindah.Dimasa itu pasti ada yg merindui waktu anak masih kecil yg telah berlalu dan diabaikan sebahagiannya kerana mengejar hidup.

Masa anak masih kecil itu satu nikmat hidup berkeluarga yg bila berlalu,tidak akan kembali.Mereka yg punya anak yg ramai,Allah panjangkan nikmat berkeluarga ini hingga ke hujung usia,sedangkan orang lain menangisi masa bahagia dulu yg telah berlalu,dan kini kesunyian mengisi hidup mereka.Maafkan saya,jika anda tidak setuju.Wallahu a’lam.
Abdghaniharon.

Sumber:  ABD GHANI HARON

2 COMMENTS

  1. dear writer..if you don’t have good things to say then don’t say anything and shut up..if you don’t have better things to write..then don’t write anything..

  2. tak semestinya.
    kalau anak tu mengenang jasa ibu bapa dia takkan sampai hati nak tinggalkan ibu bapa mereka.

    nak menulis tu biarlah neutral.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here