safe_imageMula-mula sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menyiarkan kisah saya sebelum ini. Saya begitu tertekan, seperti sudah tidak ada jalan penyelesaian dalam rumah tangga saya. Saya sudah cuba untuk berdamai tetapi suami tidak mengendahkannya. Malahan sehingga kini kami tidur berasingan bilik. Kami juga tidak bercakap antara satu dengan yang lain. Saya sangat sedih.

Apabila saya menyediakan air dan makanan untuknya, dia tidak akan minum dan makan. Malah, suami akan menyediakan air yang lain untuknya. Kadang-kadang saya rasa sangat kecewa. Sekarang saya sudah tidak menyediakan air untuknya lagi. Dulu, ketika dia cuti, dia akan membasuh baju kami anak-beranak. Namun, kini dia hanya membasuh bajunya sahaja. Baju saya dan anak-anak dibiarkan di situ. Walaupun begitu, dia tetap melayan anak-anak seperti biasa. Cuma dengan saya sahaja tidak diendahkan. Saya sangat tertekan.

Jika diikutkan, sebelum ini suami pernah berlaku curang dengan seorang perempuan. Waktu itu saya baru bersalin anak yang pertama. Bayangkan ketika usia bayi baru sahaja 4 bulan, dia sudah mempunyai perempuan lain. Setiap kali selepas solat, saya berdoa minta petunjuk jika dia curang dengan saya. Allah makbulkan doa saya. Saya terjumpa mesej suami dengan wanita itu. Suami menyatakan bahawa dia menyayangi perempuan yang merupakan pelajar praktikal di tempatnya. Saya membawa diri selama seminggu ke rumah mak. Dia langsung tidak meminta maaf dan menyatakan dia hanya bergurau dengan perempuan itu. Ketika itu saya masih boleh bersabar.

Kini, saya sudah hilang sabar. Umpama diri saya ini diperbodohkan sahaja. Jika saya tidak mempunyai anak, sudah lama saya meminta cerai. Saya hanya bersabar demi anak-anak. Saya tidak pernah meluahkan perasaan saya kepada sesiapa. Saya tidak mahu keluarga risaukan saya terutama mak saya kerana saya baru kehilangan ayah tercinta. Bantulah saya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here