Menurut ASWAJA, amalan tarekat adalah mengikhlaskan diri masing-masing untuk memberi komitment mereka terhadap amalan tarekat yang dijalankan seperti menjaga permakanan dan jumlah berzikir dalam seharian semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) berpendapat bahawa, amalan tarekat yang berbangkit bukanlah suatu perkara yang baru sebaliknya isu tersebut dimanipulasikan oleh segelintir ustaz Wahabi di negara ini demi kepentingan organisasi tertentu.

Menurut ASWAJA, amalan tarekat adalah mengikhlaskan diri masing-masing untuk memberi komitment mereka terhadap amalan tarekat yang dijalankan seperti menjaga permakanan dan jumlah berzikir dalam seharian semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T. - Foto hiasan
Menurut ASWAJA, amalan tarekat adalah mengikhlaskan diri masing-masing untuk memberi komitment mereka terhadap amalan tarekat yang dijalankan seperti menjaga permakanan dan jumlah berzikir dalam seharian semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T. – Foto hiasan

Presidennya, Zamihan Mat Zin Alghari berkata, mana ada tarekat yang ‘mengarut’ kerana dalam landasan disiplin ilmu Islam, tarekat adalah latihan spiritual kepada ilmu tasawuf.

“Isu tarekat, itu cerita lama tetapi ia berbangkit semula selepas Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid mengeluarkan kenyataan sebagai garis panduan bahawa Selangor telah bertindak secara proaktif bagi membanteras amalan tarekat yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar dengan menerima setiap aduan yang kemudiannya disiasat oleh bahagian penyelidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kenyataan itu bukanlah berasaskan kepada amalan tarekat yang benar kerana ia kini telah dimanipulasikan oleh ustaz wahabi Malaysia yang nyata anti kepada amalan tarekat,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Menurutnya, golongan ustaz wahabi di negara ini cuba memanipulasikan isu tersebut demi kepentingan organisasi tertentu sedangkan mereka yang mengamalkan amalan tersebut hanya cuba mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

“Pengamal ilmu tasawuf cuba mencapai keredaan Allah dengan mengamalkan ilmu tarekat yang merupakan latihan spiritual sekaligus mendisiplinkan diri sendiri.

“Adalah perlu difahami bahawa amalan ini ada kitab tersendiri, ada panduan, ada guru, ada syarat dan ada amalan zikirnya. Ibadah itu pun dikawal oleh seorang ketua atau ustaz yang ada kreadibiliti, alim dan warak. Ustaz itu juga bertindak bagai seorang jurulatih dalam sesebuah pasukan bola sepak,” katanya.

Zamihan yang juga merupakan pengkaji dan pengamal tarekat Khalidiyah berkata, dalam amalan tarekat adanya ketua, anak buah dan guru umpama sebuah pasukan bola sepak dan setiap daripadanya mengikhlaskan diri masing-masing untuk memberi komitment mereka terhadap amalan tarekat yang dijalankan seperti menjaga permakanan dan jumlah berzikir dalam seharian semata-mata mencari keredaan Allah S.W.T.

“Orang kita tidak faham mengenai disiplin tarekat tetapi mereka hendak mengulas mengenainya. Sebab itu, pelbagai media Malaysia melaporkan isu itu setelah mendapat maklumat dari ustaz wahabi yang anti-tarekat.

“Golongan wahabi ini menolak amalan tarekat dan kita tidak boleh ambil pandangan seperti itu.

“Ada tarekat yang betul dan saya akui ada yang salah. Seperti pasukan bola sepak, ada pasukan yang hebat dan ada yang lemah. Oleh itu, kita perlulah menilai sesuatu isu itu dengan adil bukannya kerana jemaah tertentu sahaja.

“Kalau pandang amalan tarekat sebelah mata sahaja, sampai bila isu ini hendak diselesaikan kerana pihak autoriti agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu sedar akan wujudnya ilmu dan amalan ini.

“Kalau boleh wujudlah pakar dalam bidang ini seperti pakar dalam bidang syariah, muamalat dan lain-lain.

“Jangan benarkan mereka yang tidak ada ilmu atau kepakaran dalam bidang tarekat mengeluarkan kenyataan sambil lewa atau demi kepentingan sendiri kerana ilmu spiritual ini melatih pengamalnya berdisiplin contohnya dalam meningkatkan jumlah zikir seharian, wirid, qiamullail, berpuasa, jaga pemakanan, pakaian, jaga selawat dan lain-lain,” katanya.

Jawatankuasa Pengawalan Akidah terlebih dahulu akan meneliti setiap hasil siasatan sebelum satu kertas kerja lengkap akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Sekiranya amalan tarekat itu didapati menyimpang daripada ajaran Islam, ia akan diwartakan sebagai haram dan setakat ini Selangor sudah mewartakan enam kumpulan tarekat antaranya Tarekat Al-Hasaniah, Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol, Tarekat Islam Muhamad S.A.W Habibullah Al-Hashimi, Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Naqsyabandiah Kadirun Yahya serta Tarekat Mufarridiah Ajaran Syeikh Makmun Yahya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here