“Mak, tolong mak”

Meminta tolong kepada emak boleh. Tetapi secara mutlak, yang berkuasa memberi pertolongan hanyalah Allah.

Meminta tolong kepada Nabi boleh. Tetapi yang memberi pertolongan secara mutlak hanyalah Allah.

“Mak, tolong mak”

Minta tolong dari mak, bukanlah syirik. Meminta tolong dari Nabi, bukanlah syirik.

Fatwa Al-Madad Mufti Perlis

Mak boleh menolong semampu kemampuan sebagai seorang emak. Nabi boleh menolong hatta memberi syafaat dan pertolongan sesuai dgn darjat/kelebihan baginda sebagai seorang Nabi. Semuanya tetap dengan izin Allah.

Seorang yg masih bernyawa tetap tidak boleh beri pertolongan secara mutlak, ia sama seperti org yg sudah mati. Seorang yang sudah mati tetap tak boleh beri pertolongan secara mutlak, ia sama sahaja seperti orang hidup.

Pertolongan mutlak hanya dari Allah.

Orang yang beranggapan boleh minta tolong hanya kpd yang masih hidup sahaja, ini bermakna ia meyakini bahawa ‘nyawa’ itu ‘berkuasa’. Bila ada nyawa, boleh tolong. Bila tak ada nyawa (mati) dah tak boleh tolong.

Padahal, ada nyawa atau tiada nyawa, tetap tidak berkuasa mutlak.

“Mak, tolong mak”

Orang yang meminta tolong kepada emak yang masih hidup dan meminta tolong kpd Nabi yang telah wafat, mereka memahami bahawa ‘nyawa tak mempunyai kuasa’.

Sebagaimana orang yang hidup tiada kuasa mutlak memberi pertolongan, begitu juga orang yang telah meninggal dunia tiada kuasa mutlak memberi pertolongan.

Jadi, meminta pertolongan kepada yang masih hidup atau yang telah mati, selagi mana dalam kerangka kebolehtolongan, ia harus sahaja. Kerana iktikadnya sama. Yang bernyawa tetap tiada kuasa mutlak, yang telah mati pun sama. Ini lurus. Inilah akidah yang telus.

Kerana keyakinannya sama. Hanya Allah berkuasa mutlak. Yang bernyawa tiada kuasa mutlak. Yang dah mati juga tiada kuasa mutlak.

“Mak, mak tolonglah ya”

Orang yang meminta tolong dari emaknya, dia bukan berdoa atau menyembah emaknya. Orang yang meminta tolong dari Nabi, dia bukan berdoa kepada Nabi atau menyembah Nabi.

“Mak, tolonglah maak”

Orang yang meminta tolong dari emaknya, dia tahu doa emaknya mustajab dgn izin Allah, dia tahu emaknya ada kemampuan duit/masa/idea untuk menolongnya. Orang yang meminta tolong dari Nabi, dia sangat tahu bahawa Nabi hidup di dalam kuburnya (hadis), solat di dalamnya (hadis), menjawab selawat dan salamnya (hadis), boleh memberi syafaat kepadanya, boleh mendoakannya (hadis Bilal bin Harith).

“Maaaak, toloooong!”

Orang yang sering sebut emak ketika meminta tolong, selalu dekat jiwanya dengan emaknya. Orang yang selalu jiwa nuraninya dekat dengan baginda, selalu sahaja ingin sekali mendapat pertolongan setiap masa dari baginda.

Semua yang meminta tolong dari emak, tahu hanya Allah memberi pertolongan secara mutlak. Semua yang meminta tolong dari Nabi, tahu hanya Allah memberi pertolongan secara mutlak.

“Tolonglah maak”

Jangan mudah mengkafirkan atau mensyirikkan orang yang meminta tolong emaknya. Apalagi mengkafirkan atau mensyirikkan orang yang meminta tolong Nabinya penghulu rahmat seluruh alam.

Orang yang meminta tolong emaknya, bukanlah menyembah emaknya. Orang yang meminta tolong Nabinya, bukanlah menyembah Nabinya.

“Maaaaaak!”

Orang yang panggil/minta tolong emaknya, bukanlah mempertuhankan dan berdoa kepada emaknya. Orang yang panggil/meminta tolong Nabi, bukanlah mempertuhankan dan berdoa kepada Nabi.

Mereka tidak mensyirikkan Allah.

Ada orang minta tolong emaknya. Sahabat Nabi, Bilal bin Harith pula meminta tolong Nabinya DOAkan supaya hujan turun ketika setelah wafatnya kerana Allah yang berkuasa mutlak menurunkan hujan.

“Tolonglah mak! Mak!”

Adalah tidak adil menghukumkan orang yang meminta tolong emak sebagai menyembah emaknya. Adalah tidak adil menghukumkan orang yang meminta tolong Nabi sebagai menyembah Nabi.

“Mak! Tolonglah!”

Yang minta tolong emak, usah dikafir-syirikkan. Yang minta tolong Nabi, usah dikafir-syirikkan.

Ada orang sayang emaknya. Ada orang lebih sayangkan Nabinya berbanding emaknya sendiri.

Sudah pasti Nabi jauh lebih utama.

Meminta tolong emak itu elok-elok sahaja. Meminta tolong Nabi juga dalam kerangka bagus-bagus sahaja.

“Mak, tolong mak”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here