Bukan sakit mata. Pergi jumpa doktor tanya sakit tak. Tak sakit. Mata ada tahi tak? Tak ada. Mata gatal-gatal tak? Tak ada. Doktor bagi ubat je. Tak berkesan ubat doktor. Mata still merah macam hantu raya.
Pergi jumpa ustazah, Allahu, badan aku jin keluar masuk. Badan aku lemah. Mata merah sebab jin keluar masuk dalam badan. Ustazah cakap jin sudah sebati dalam diri.
Solat tak pernah cukup. Wudhuk tak pernah ambil betul-betul. Pakaian dulu sexy2. Tak pernah tutup aurat dengan sempurna. Betul tak? Maaf saya terpaksa cakap macam ni. Sebab tu jin suka dengan awak.
Aku tunduk diam. Malu depan ustazah. Allah memang dulu aku jahil. Ustazah cakap, diri aku kosong. Zikir dan Allah tak pernah ingat. Aku jauh tersesat sampaikan jin suka aku.
Ustazah pesan, balik rumah mandi dgn air ni. Lepas tu ambil wudhuk betul-betul. Pastikan air rata. Kemudian solat. Jangan pernah sesekali tinggal solat. Mulut hati kena sentiasa berzikir ingat Allah. Jaga aurat betul-betul. Insyallah dengan izin Allah mata awak akan elok balik. Jin akan kepanasan tinggal dalam diri awk.
Balik je dari rumah ustazah. Terus mandi. Ambil wudhuk betul-betul. Solat. Demi Allah mata terus normal balik. Dah tak merah. Padahal dah seminggu duk merah.
Benda ni aku tak pernah percaya tapi dah jadi dekat diri sendiri memang takut. Malam-malam sebelum tido wajib pasang ruqyah baru dapat tido.
Allahu dulu aku ingat aku insomnia. Rupanya gangguan jin je. Bila pasang ruqyah je aku akan terus tertidur.
Sekarang masih lagi berubat. Aku akan usaha juga untuk cukupkan solat 5 waktu. Mulut sentiasa berzikir. Aurat aku pastikan tutup semuanya. Takut bila fikir balik.
Susah sebab jin sudah sebati dalam diri. Dia dah suka aku. Semoga aku cepat sembuh. Ni lah cerita disebalik kenapa aku tiba-tiba berubah.
Dari aku yang jahil kepada aku yang sekarang. Alhamdulillah. Semua yang jadi bersebab. Allah sayang aku. Sebab tu aku diuji. Supaya aku sentiasa ingat Dia.
-Adell-
Sumber: Nurul Adeline Daud