KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Tapah awal pagi ini.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.

 

 

Karpal dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.

Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.

Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.

Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Hormatilah jenazah orang yang telah meninggal dunia sekalipun si mati adalah seorang yahudi. Seperti yang telah dipertunjukkan oleh Baginda 1,000 tahun yang lampau.

Mendiang tidak solat seperti kita, tidak berpuasa dan tidak beribadah seperti orang Islam yang lain. Jadi, mendiang menolak hudud adalah perkara yang tidak pelik kerana mendiang bukanlah orang Islam. Solat, puasa dan ibadah ini hanya untuk orang Islam. Begitu juga dengan hudud.

Katalah elok-elok dan kita harapkan keluarga mendiang tabah dengan berita yang mengejutkan ini. Kita yang masih hidup ini jangan tambahkan lagi dosa dengan mengatakan yang buruk kepada mendiang. Stop it already. Dosa manusia dengan manusia sukar untuk dimaafkan.

Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalubaginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda:“Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia jugajiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here