zakatperlisPada 30 Oktober 2013 saya telah ke Pejabat Zakat, Sungai Petani, Kedah untuk menanyakan tentang permohonan bantuan zakat OKU bagi anak saya yang telah saya panjangkan permohonan tersebut pada bulan Julai 2013. Malangnya, sehingga kini tiada tindakan susulan daripada pihak tersebut.

Malah, dengan bangganya pegawai zakat tersebut mengatakan permohonan bulan April 2013 pun belum diproses lagi. Apabila ditanya sebabnya, ia mengatakan bahawa pegawai di situ berkursus, bercuti dan cuti bersalin.

Sebelumnya, pihak pejabat zakat mengatakan bahawa pegawai yang bertugas untuk menyemak permohonan sedang cuti bersalin. Tetapi, pegawai tersebut mula bercuti bersalin pada sehari sebelum kedatangan saya ke pejabat zakat tersebut, iaitu 29 Oktober 2013.

Lalu saya mempersoalkan apakah yang dilakukan oleh pegawai tersebut dengan pegawai-pegawai yang lain tiga bulan sebelumnya, iaitu pada masa saya menghantar permohonan tersebut.

Untuk pengetahuan, borang zakat tersebut hanya sehelai jumlahnya, tidaklah berhelai-helai yang memerlukan masa yang sangat lama untuk disemak. Mereka tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang saya tujukan.

Sebagai penyelesaian, mereke meminta nombor telefon saya untuk dihubungi sekiranya permohonan tersebut sudah disemak.

Kerenah-kerenah sebeginilah yang membuatkan orang-orang Islam berputus asa untuk memohon bantuan daripada pejabat zakat lalu meminta bantuan daripada pihak gereja.

Ketidakcekapan melaksanakan tugas dan kurang amanah dalam bekerjaya membuatkan orang awam mula kehilangan kepercayaan terhadap institusi kerajaan. Sebut sahaja berurusan dengan jabatan kerajaan, mulalah pelbagai pengalaman buruk yang akan diceritakan.

By: AB KADIR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here