Nak bertanya sangat, meh datang ngaji, siapkan soalan-soalan yang nak ditanya kerana kalau nak layan semua orang dalam fb yang bertanya, jawabnya tak payah tidur, tak payah makan, tak payah buat kerja lain dan tanya pada diri awak sendiri, apakah boleh awak layan semua peminat2 awak????

Apa istimewanya awak untuk Ustaz2 hanya memberi fokus kepada pertanyaan yg nak ditanya, apakah disebabkan awak artis, ada rupa, ada nama dan glamour maka merasa diri sudah hebat sehingga nak minta orang layan!!!! Nak tanya soalan tentang kemusykilan agama, datang ngaji kerana firman Allah menyebut,”Bertanyalah kepada ahli zikir yakni (ahlinya yang benar2 faham tentang ilmu agama) jika kamu tidak mengetahui”-An-Nahl 43.

Sekarang kami nak bertanya,”Siapa guru agama kamu, dari mana ilmunya dia ambil, apakah dengan membaca terjemahan Al-Quran dan Hadis sudah terus jadi ‘alim mengalahkan para Ulama-Ulama terdahulu?” Siapa Ulama rujukan kamu? Bukankah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda,”Ulama Itu Pewaris Nabi”.

Kesepakatan Ulama mengmbil hukum daripada Al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qias tetapi kamu cukup dengan dua sumber sahaja, Al-Quran dan Hadis, apakah sudah cukup bagi kamu sedangkan setiap hukum-hakam diinstibathkan oleh para Ulama, apakah kamu sudah mencapai tahap seorang Mujtahid???Secara dasarnya,tafsiran al-Quran menurut kehendak nafsu,atau berasaskan pandangan peribadi semata-mata adalah haram.

Hal ini adalah berdasarkan Hadis Nabi yang diriwayatkan Imam Tirmizi,an Nasai dan Abu Daud yang bermaksud,”Sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata ataupun berdasarkan sesuatu yang tidak difahaminya,sila ambil tempatnya dalam neraka.”

– Mohd Hanif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here