Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi | Epilepsi adalah gangguan pada saraf yang disebabkan oleh sawan yang berlaku dengan kerap. Sawan adalah keadaan dimana berlakunya aktiviti yang meransang otak secara tiba-tiba.

Epilepsi boleh memberi kesan kepada bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tidak ada ubat yang dapat merawat punca yang menyebabkan epilepsy, ubatan tradisional hanya dapat mengawal sawan.

Penyakit ini disebabkan oleh mutasi pada DNA, yang membawa kepada tindak balas sistem saraf yang tidak berfungsi secara normal.

Epilepsi memberi kesan kepada perkembangan untuk bertutur, belajar dan kemahiran koordinat.

Penyelidikan mendapati CBD dapat membantu untuk mengurangkan kekerapan berlakunya sawan, khususnya di kalangan kanak-kanak dan seterusnya membantu pesakit untuk hidup dalam kehidupan yang kurang terjejas.

Sebelum terus masuk kepada manfaat minyak CBD dalam merawat epilepsy, marilah mengenali secara ringkas mengenai minyak itu sendiri.

Epilepsy and natural treatments: Can they help?

Apakah itu minyak CBD?

Cannabidiol (CBD) adalah hasil daripada pokok Cannabis Sativa, yang lebih dikenali sebagai ganja.

Walaupun komponen THC yang berada di dalam ganja adalah memabukkan, CBD tidak menghasilkan apa-apa kesan kepada tubuh badan seperti rasa khayal.

CBD telah menjadi terkenal dalam satu jangka masa yang singkat disebabkan oleh ciri-cirinya yang antioksida, anti radang dan anti kanser.

Minyak ini boleh dimakan sebagai makanan tambahan. Minyak CBD boleh mengawal aktiviti otak dalam cara yang dapat mengurangkan epilepsi yang teruk.

Nota: Minyak Hemp dan Minyak CBD adalah tidak sama. Sentiasa memeriksa bahan-bahan produk tersebut sebelum membeli.

BACA JUGA : Fakta menarik minyak CBD terhadap penyakit Hepatitis C

7 Benefits and Uses of CBD Oil (Plus Side Effects)

Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi

Makanan tambahan Minyak CBD telah disahkan untuk merawat Sindrom Dravet dan Sindrom Lennox-Gastaut.

CBD berfungsi dengan mengurangkan ransangan berlebihan pada pesakit, yang mana membolehkan sawan dapat hilang secara perlahan-lahan. Minyak CBD telah menunjukkan kejayaan klinikal untuk mengurangkan sawan di kalangan pesakit-pesakit epilepsi yang mempunyai ketahanan ubat sejak kecil.

Ciri-ciri anti keresahan, antioksida dan anti radang pada minyak CBD dapat digunakan untuk menambah baik kualiti hidup untuk pesakit-pesakit epilepsi.

1. Mengurangkan sawan pada Sindrom Dravet

Sejak 2016, minyak CBD telah mendapat sambutan hebat dalm industi farmakologi selepas percubaan klinikal menunjukkan rawatan CBD mampu menggantikan sepenuhnya keperluan untuk ubat konvensional anti epilepsy.

Sebelum 2016, kebanyakan percubaan klinikal CBD-epilepsi hanya mempunyai 15 orang peserta jadi, bukti kukuh tidak dapat diperoleh.

Sindrom Dravet adalah sejenis penyakit epilepsi yang memberi kesan kepada bayi yang berumur 1-2 tahun di mana, sawan yang berkaitan dengan demam berlaku.

Satu percubaan klinikal pada 2017 disiarkan dalam New England Journal of Medicine telah mengkaji kesan-kesan minyak CBD melawan sindrom Dravet yang mempunyai ketahanan ubat.

Kekerapan berlakunya sawan menurun dari 13/bulan hingga 6/bulan di kalangan pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan CBD.

Ia adalah penting mengambil kira bahawa ramai pesakit yang menggunakan CBD menderita daripada kesan sampingan seperti: muntah, cirit-birit, demam dan keletihan.

Beberapa percubaan klinikal telah menyimpulkan bahawa CBD adalah selamat untuk digunakan bersama-sama dengan ubatan konvensional untuk rawatan sindrom Dravet. Walaubagaimanapun, keputusannya agak kabur jika minyak CBD boleh menambah baik kesan ubatan lain.

Treating Dravet Syndrome | Everyday Health

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD DIBENARKAN UNTUK MENGURANGKAN SAWAN PADA PESAKIT SINDROM DRAVET. TERDAPAT JUGA BEBERAPA KESAN SAMPINGAN YANG DAPAT DILIHAT.

2. Mengurangkan sawan dalam Sindrom Lennox-Gastaut

Punca disebalik semua penyakit epilepsi adalah sama: Mutasi DNA membawa kepada aktiviti ransangan saraf yang keterlaluan. Jenis epilepsi ini memberi kesan kepada kanak-kanak yang berumur dia antara 3 hingga 5 tahun.

Minyak CBD dikenali sebagai salah satu fitokimia untuk meningkatkan aktiviti perencatan neuron.

Ini dapat membenarkan aktiviti ransangan yang keterlaluan dihalang dan tahap ransangan kembali normal.

Minyak CBD memberikan kesan yang lebih baik daripada ubat anti epilepsi konvensional.

Satu percubaan klinikal melibatkan 171 orang peserta menemui bahawa makanan tambahan CBD dapat mengurangkan kekerapan untuk sawan hampir 50% setiap bulan.

Oleh itu, walaupun selepas melihat kesan sampingannya, FDA di US membenarkan makanan tambahan minyak CBD- Epidiolex pada Jun 2018 untuk merawat sindrom Dravet dan Lennox-Gastaut.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MAKANAN TAMBAHAN MINYAK CBD, EPIDIOLEX, TELAH DIBENARKAN UNTUK MERAWAT PESAKIT SINDROM DRAVET DAN SINDROM LENNOX-GASTAUT, KEKERAPAN UNTUK SAWAN BOLEH BERKURANG SEHINGGA 50%.

3. Dapat mengurangkan sawan dalam semua jenis Epilepsi

Sawan berlaku disebabkan oleh aktiviti ransangan otak yang keterlaluan, yang mana menyebabkan seseorang untuk tidak sedar pada sesuatu ketika. Gegaran yang kuat pada tubuh badan tidak selalunya dilihat semasa sawan.

Minyak CBD dapat mengatasi ransangan dengan mengaktifkan transmisi isyarat perencatan. Penyelidikan ujikaji mendapati bahawa minyak CBD bertindak pada neuron perencatan terbesar pada otak.

Isyarat yang dikeluarkan memadamkan kesan neuron ransangan dan menghalang sawan daripada berlaku.

Minyak CBD dilambangkan sebagai ejen perlindungan saraf yang kuat.

Ia boleh mengawal pengeluaran ion-ion kalsium dalam sel-sel neuron supaya permulaan ransangan tidak boleh berlaku dan oleh itu isyarat ransangan tidak akan dikeluarkan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD MENGATASI AKTIVITI OTAK YANG TIDAK NORMAL PADA PESAKIT EPILEPSI DAN OLEH ITU DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN BERLAKUKANYA SAWAN.

4. Dapat mengurangkan sawan pada Pesakit Epilepsi yang mempunyai ketahanan ubat

Bukti untuk kelakuan anti epilepsy dari minyak CBD sudah mula wujud sejak sebelum tahun 1980. Lebih banyak kajian terkini yang hanya focus kepada penggunaan minyak CBD untuk mengurangkan sawan dalam kalangan kanak-kanak.

Malah yang lebih penting, menurut statistic terkini, 1 dari 3 pesakit epilepsy adalah kebal terhadap ubat konvensional. Saintis dan doctor adalah sangat memerlukan rawatan novel.

Dalam keadaan seperti ini, minyak CBD menonjol apabila ia berjaya menghasilkan keyaan klinikal yang berterusan dan keupayaan untuk mewujudkan kekebalan terhadap CBD adalah rendah. Kekejangan di kalangan kanak-kanak yang mempunyai kekebalan terhadap ubat adalah salah satu epilepsy yang paling sukar untuk dirawat.

Ia memberi kesan kepada bayi dan kanak-kanak yang berumur dia antara 0 hingga 8 tahun. Percubaan klinikal yang paling terbaru menjumpai bahawa minyak CBD dapat menghilangkan kekejangan dalam 15% pesakit dalam masa 2 minggu dan tiada kesan sampingan yang serius dapat dilihat.

Satu percubaan klinikal yang lain pada tahun 2018 di kalangan kanak-kanak epilepsi mendapati bahawa minyak CBD dapat mengurangkan separuh kekerapan berlakunya sawan dalam sekurang-kurangnya 40% pesakit.

Tambahan pula, daripada 108 pesakit, 10% adalah bebas sawan sepenunya.

Percubaan klinikal yang lain pada tahun yang sama mendapati minyak CBD dapat mengurangkan kekerapan berlakunya sawan sebanyak 75-99% pada 14 daripada 46 pesakit.

Rawatan CBD sekali lagi berjaya menghilangkan sepenuhnya sawan pada 2 orang peserta.

Beberapa percubaan klinikal mendapati bahawa semakin muda pesakit tersebut semasa mereka menerima rawatan CBD, semakin tinggi peluang untuk mereka sembuh sepenuhnya.

Kajian pada tikus mendapati penggunaan bersama minyak CBD dengan ubat epilepsi biasa dapat menambah baik kekerapan berlakunya sawan.

Tidak terdapat interaksi ubat yang beracun/toksik atau kesan sampingan yang dapat dilihat.

Selain itu, satu percubaan klinikal menunjukkan bahawa tidak terdapat banyak perbezaan pada keputusan apabila hanya minyak CBD yang digunakan atau apabila ia digunakan bersama dengan Clobazam (ubat anti epilepsi dan anti keresahan)

CBD boleh menjadi pilihan untuk rawatan yang sesuai kerana ia dapat menghasilkan kesan yang hebat apabila digunakan dan ia boleh mengatasi epilepsi yang mempunyai kekebalan ubat.

Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? PERCUBAAN-PERCUBAAN KLINIKAL MEMBUKTIKAN BAHAWA RAWATAN MINYAK CBD SAHAJA ADALAH BERKESAN UNTUK MENGURANGKAN KEKERAPAN SAWAN DALAM EPILEPSI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI KEKEBALAN UBAT DAN DALAM KES-KES LAIN, IA JUGA MAMPU MENYEMBUHKAN SEPENUHNYA PESAKIT YANG MENGHIDAP SAWAN.

5. Dapat Menambahbaik Kualiti Hidup

Epilepsi mempunya kesan yang drastik kepada kuali hidup seseorang individu dengan merosakkan kemahiran kognitif dan kemahiran sosial.

Kemerosotan kesihatan otak dan perkembangan keseluruhan boleh membawa kepada kematian awal.

Selain daripada dapat mengurangkan kekerapan sawan, minyak CBD juga dapat memberikan manfaat kesihatan kedua.

Satu kajian klinikal mengkaji epilepsi pada kanak-kanak mendapati rawatan CBD dapat menambahbaik mood, kelakuan, Bahasa dan sifat berjaga-jaga dalam kalangan peserta.

Minyak CBD boleh berpotensi meningkatkan kesedaran dan kualiti tidur dan juga dapat memastikan peredaran mood yang lebih baik.

Sama ada ini adalah manfaat secara terus dari minyak CBD atau kesan daripada pengurangan berlakunya sawan adalah masih belum diketahui lagi.

Kejayaan yang lebih besar dicapai pada 2016 apabila 85% dan 67& daripada jumlah peserta menunjukkan kemajuan dalam setiap kognisi dan kelakuan.

Sawan yang berterusan dapat merosakkan hubungan saraf di dalam otak, yang boleh membawa kepada kerosakan daya ingatan.

Satu kajian pada 2017 mendapati minyak CBD dapat mengurangkan kekerapan sawan pada tikus dan menambahbaik formasi daya ingatan untuk tempoh masa yang lama.

Minyak CBD mempunyai kesan yang dapat bertahan lama dalam badan manusia. Ini mengurangkan bilangan makanan tambahan CBD yan perlu diambil pada satu-satu masa setiap hari dan oleh itu, rutin normal akan kurang terganggu.

Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD DAPAT MENAMBAHBAIK KEMAHIRAN SOSIAL, PEMBELAJARAN, KOGNITIF DAN BAHASA DALAM KALANGAN PESAKIT EPILEPSI. TERDAPAT BEBERAPA BUKTI KLINIKAL UNTUK PERKARA INI TETAPI, KAJIAN LEBIH DIPERLUKAN UNTUK KEPASTIAN YANG SEPENUHNYA.

6. Dapat mengurangkan keresahan

Pesakit epilepsi biasanya juga menderita dengan keresahan pada tahap yang tinggi kerana, mereka menunggu berlakunya sawan dengan rasa takut.

Satu percubaan klinikal pada 2019 dikeluarkan oleh The Permanente Journal mendapati makanan tambahan minyak CBD dapat mengurangkan keresahan dalam 80% peserta dalam masa satu bulan.

Minyak CBD boleh mengatasi keresahan dengan mengaktifkan saraf-saraf tertentu dalam kalangan pesakit epilepsi dan oleh itu, membantu mengurangkan berlakunya sawan.

Dengan berbuat demikian, ia akan membawa kehidupan pesakit dengan lebih dekat ke arah normal bahkan normal sepenuhkan.

Minyak CBD telah diterima sebagai fitokimia anti keresahan. Walaubagaimanapun, lebih banyak percubaan klinikal perlu dilakukan untuk melihat dengan lebih mendalam tentang ciri-ciri anti keresahan dalam konteks epilepsi ini.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? PESAKIT-PESAKIT EPILEPSI BIASANYA MENUNJUKKAN GEJALA KERESAHAN APABILA MEREKA TERTEKAN TENTANG BILAKAH SAWAN AKAN BERLAKU SETERUSNYA. CIRI-CIRI ANTI KERESAHAN PADA MINYAK CBD DAPAT MENGURANGKAN TEKANAN DAN MEMBERIKAN KELEGAAN. LEBIH BANYAK PERCUBAAN KLINIKAL DIPERLUKAN UNTUK MENGESAHKAN PERKARA INI.

7. Dapat Melegakan Kesakitan

Minyak CBD adalah ejen antioksida yang lebih kuat daripada vitamin C dan vitamin E. Jika dimanfaatkan dengan sebaiknya, minyak ini dapat memberikan manfaat kesihatan yang meluas.

Otak tidak dapat secara berterusan memperbaharui dan menggantikan sel-sel mati, sepertimana kulit dan darah. Minyak CBD boleh memberikan perlindungan daripada radikal dan spesis oksigen yang reaktif, yang mana mempercepatkan lagi kerosakan otak.

Sifat minyak CBD yang anti radang membolehkan individu tersebut berasa kurang sakit.

Minyak ini boleh menyekat tindak balas pro radang yang meningkatkan rasa sakit dan membebaskan otak dari tekanan imun.

Punca dari kesakitan tersebut tidak dirawat oleh minyak CBD tetapi, dengan bertindak ke atas sistem saraf, CBD dapat memebrikan kelegaan dari kesakitan berskala tinggi.

Mekanisma tepat untuk bagaimana ciri-ciri antioksida dan anti radang dari minyak CBD membantu mengurangkan aktiviti sawan adalah masih belum difahami. Penyelidikan yang lebih dalam akan dilakukan dalam bidang ini.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? TINDAKBALAS ANTIOKSIDA DAN ANTI RADANG DARI MINYAK CBD MEMAINKAN PERANAN DALAM MENGURANGKAN SAWAN DAN KEROSAKAN OTAK DALAM KALANGAN PESAKIT EPILEPSI. PERKARA INI MASIH DALAM KAJIAN BERTERUSAN.

Dos

Pokok Hemp tumbuh bahagian utara contohnya di Kanada berkemungkinan mempunyai kandungan CBD yang lebih hebat.

Percubaan klinikal yang sanagn terkenal mendapati bahawa dos minyak CBD yang bersamaan dengan 20mg/kg berat badan/hari adalah mencukupi untuk mengurangkan sawan pada pesakit sindrom Dravet dan pesakit sindrom Lennox-Gastaut.

FDA di USA meluluskan dos Epidiolex sebanyak 50 mg/kg.

CBD adalah tidak toksik kepada manusia, percubaan klinikal mengkaji minyak CBD untuk rawatan epilepsi kanak-kanak yang mempunyai kekebalan ubat mendapati 20-40 mg/kg/hari adalah mencukupi untuk mengurangkan kekerapan sawan.

Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi

Kesimpulan

Selepas kejayaan klinikal yang besar pada 2016, makanan tambahan minyak CBD yang pertama untuk rawatan Sindrom Dravet dan Sindrom Lennox-Gastaut telah diluluskan pada 2018.

Minyak CBD adalah satu fitokimia yang tidak menjejaskan mental seperti tindakan ubat anti epilepsi konvensional.

Ia boleh mengurangkan kekerapan sawan dengan menghadkan ransangan yang keterlaluan secara berkala dan sebaliknya meningkatkan pengeluaran perencatan elektrikal.

Minyak CBD boleh dibuktikan berkesan dalam mengurangkan aktiviti sawan dalam kalangan kanak-kanak yang mempunya kekebalan ubat terhadap epilepsi.

Banyak percubaan-percubaan klinikal menunjukkan bahawa minyak CBD boleh menghilangkan sawan sepenuhnya pada sesetengah pesakit dengan dos hanya 20-40 mg/kg/hari.

Dengan mengurangkan sawan, CBD dapat meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit-pesakit dan juga menambahbaik keupayaan sosial, kognitif dan pertuturan mereka.

Jika dimanfaatkan sebaiknya, ciri-ciri anti keresahan pada minyak CBD boleh mengurangkan tekanan dan ketakutan yang timbul apabila mereka tidak mengetahui bilakah sawan seterusnya akan berlaku.

Tindakan antioksida dan anti radang pada minyak CBD memainkan peranan dalam mengurangkan sawan dan merawat kerosakan otak.

Minyak ini mengandungi kurang kesan ransangan-mental, tidak seperti elemen kimia terkenal yang lain yang terdapat dalam ganja.

Masa untuk minyak CBD baru sahaja bermula dan dengan percubaan klinikal pada masa hadapan yang mengkaji tentang kesannya pada jenis-jenis epilepsi yang lain, ubat minyak CBD boleh berkembang di pasaran.

Sumber :
www.cbdnhemp.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here