Manfaat Minyak CBD untuk radang sendi (Artritis) berdasarkan kajian |  Artritis adalah keadaan di mana seseorang individu mengalami keradangan pada satu atau lebih sendi. Ini akan membawa kepada beberapa gejala seperti: bengkak, sakit, kekakuan, kemerahan pada sendi dan pergerakan yang terganggu.

Rawatan untuk artritis sekarang membantu mengurangkan keradangan pada sendi. Terapi fizikal dan senaman dilakukan untuk menambahbaik kekuatan otot.

Pembedahan juga adalah satu pilihan, tetapi tidak semua kes adalah sesuai untuk jenis rawatan ini.

Tidak ada perbezaan umur, jantina dan bangsa untuk menghidap artritis.

Diet adalah salah satu punca berlakunya artritis dan ini adalah penting untuk mengurangkan lemak yang tidak sihat dan pengambilan kolesterol untuk mengurangkan gejala tersebut.

Sebelum terus lebih mendalam tentang manfaat minyak CBD untuk menangani artritis, mari ketahui dengan lebih meluas tentang minyak itu sendiri.

BACA JUGA : Manfaat Minyak CBD untuk Epilepsi

CBD oil revolution: Introducing what it is and why the hype?

Apakah itu minyak CBD?

Cannabidiol (CBD) adalah hasil daripada pokok Cannabis Sativa, yang lebih dikenali sebagai hemp dan ganja.

Walaupun komponen THC yang berada di dalam ganja adalah memabukkan, CBD tidak menghasilkan apa-apa kesan kepada tubuh badan seperti rasa khayal.

CBD telah menjadi terkenal dalam satu jangka masa yang singkat disebabkan oleh ciri-cirinya yang antioksida, anti radang dan anti kanser.

Minyak ini boleh dimakan sebagai makanan tambahan. Minyak CBD boleh mengawal aktiviti otak dalam cara yang dapat mengurangkan epilepsi yang teruk.

Nota: Minyak Hemp dan Minyak CBD adalah tidak sama. Sentiasa memeriksa bahan-bahan produk tersebut sebelum membeli.

Manfaat Minyak CBD untuk Artritis

Minyak CBD dapat membantu mengurangkan keradangan pada sendi untuk pesakit artritis. Dengan mengurangkan keradangan, ia akan secara automatic memberikan kelegaan kesakitan.

Ganja perubatan biasanya digunakan di kalangan pesakit artritis untuk mengurangkan kesakitan. Minyak CBD akan berhasil dengan lebih baik kerana, ia tidak menyebabkan kesan sampingan yang dapat dilihat pada ganja perubatan.

Sebelum minyak CBD boleh diluluskan sebagai pilhan rawatan untuk artritis, percubaan klinikal manusia yang dipercayai perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan dan keselamatan rawatan ini.

1. Dapat mengurangkan keradangan pada sendi

Minyak CBD telah dibuktikan mempunyai ciri-ciri anti radang, yang mana bukan sahaja dapat membantu pesakit artritis tetapi juga untuk pesakit yang sedang melawan kanser, multiple sclerosis dan penyakit kulit.

Artritis berpunca daripada keradangan pada sendi. Perubatan masa kini yang digunakan untuk merawat artritis membantu mengurangkan keradangan.

Saintis berharap minyak CBD dapat meniru kesan-kesan dari ubat konvensional tetapi dengan kesan sampingan yang lebih berkurangan.

Keradangan disebabkan oleh pembebasan bahan kimia yang dikenali sebagai cytokines. Dengan adanya faktor genetic dan persekitaran yang mencetuskannya, otak akan menghantar isyarat kepada bahagian tertentu dalam tubuh badan dan mengarahkan mereka untuk membebaskan cytokines.

Sebagai contoh, dalam multiple sclerosis, sistem imun menyerang sel-sel sihat dalam badan itu sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel-sel sokongan pada sistem saraf.

Ini menyebabkan kehilangan kawalan otot apabila laluan saraf ke otot daripada otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

Begitu juga, dalam rheumatoid arthriti, sistem imun menyerang sendi dan menyebabkan keradangan pada sendi.

CBD mungkin tidak dapat memberhentikan sistem imun itu daripada menyerang sendi tetapi, tindakan anti radang padanya boleh memberhentikan penyakit ini daripada menjadi lebih teruk dari masa ke semasa.

Kajian kultur sel mendapati bahawa CBD dapat menyekat penghasilan pro radang iaitu cytokines.

Tambahan pula, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa pengambilan CBD secara topikal dapat mengurangkan keradangan pada tikus yang mengalami artritis. Tidak terdapat kesan sampingan yang dilaporkan.

Salah satu penemuan yang paling penting dalam kajian itu adalah dos yang tinggi diperlukan untuk mengurangkan keradangan.

Tikus diberikan sama ada 0.6, 3.1, 6.2 atau 62.3 mg/hari. Hanya 6.2 dan 62.3 mg/hari sahaja berjaya mengurangkan keradangan secara jelas pada tikus dan memberikan kelegaan kesakitan.

Kesakitan dikira pada skala yang mana dari 0-10. Markah kesakitan pada tikus yang dirawat dengan 6.2 dan 62.3 mg/hari ialah pada purata 4 hingga 1.5 dalam masa 4 hari rawatan.

Minyak CBD mempunyai potensi yang hebat untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan dalam kalangan pesakit artritis apabila ia menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan mempunyai sisi keselamatan yang baik.

Tidak ada percubaan klinikal yang mengkaji keberkesanan dan keselamatan minyak CBD pada manusia yang mengalami artritis. Ini akan menjadi satu bidang penyelidikan yang berterusan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD MEMBERIKAN TINDAKAN ANTI RADANG YANG KUAT, YANG MANA BOLEH DIBUKTIKAN DENGAN SANGAT MEMBANTU DALAM MENGURANGKAN KERADANGAN PADA SENDI DI KALANGAN PESAKIT ARTRITIS. PERCUBAAN KLINIKAL DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN KEBERKESANAN DAN KESELAMATAN MINYAK CBD PADA MANUSIA.

Rheumatoid arthritis (RA): Symptoms, causes, and complications

2. Dapat memberikan kelegaan kesakitan

Pesakit Artritis mengalami sakit musculoskeletal dan sakit neuropathic. Ini menyebabkan ketegangan otot, sakit kepala dan rasa menyengat/terbakar yang berterusan dalam tubuh badan.

Kesakitan artritis untuk jangka panjang akan menyebabkan kerosakan saraf yang teruk dan gejala artritis yang lebih parah lagi.

Sel-sel yang terletak di sekeliling radang sendi menghantar isyarat kesakitan kepada otak melalui deria saraf. Otak memproses isyarat ini dan mengarahkan tubuh badan untuk berasa sakit.

Jadi, jika anda meletakkan jari anda pada sesuatu yang panas, otak anda memberitahu jari anda untuk berhenti dari menyentuh objek panas tersebut dengan membuatkan anda berasa sakit.

Maklumat ini diagihkan kepada jari dan bahagian tubuh badan yang lain melalui saraf. Beberapa saraf akan menjadi sebahagian daripada sistem isyarat endocannabinoid.

Saintis telah menjumpai deria untuk sistem endocannabinoid yang dibahagikan dengan padat pada bahagian otak yang bertanggungjawab membuatkan anda berasa sakit.

Mereka menyimpulkan bahawa sistem endocannabinoid itu memainkan peranan penting dalam pengurusan kesakitan.

CBD boleh terikat dengan deria/reseptor sistem endocannabinoid dan mempengaruhi tindakan sistem tersebut dalam cara yang dapat memberikan kelegaan kesakitan.

Dalam Bahasa yang lebih mudah, CBD mempunyai potensi untuk mengawal persepsi kesakitan. Ini kerana kesakitan adalah tindakbalas keradangan.

Semasa keradangan, terdapat pergerakan daripada isyarat senyap kepada yang lebih besar dan penyebaran isyarat kesakitan yang cepat.

Semasa demam atau selesema biasa, bahagian dalam tubuh badan (tonsil, tekak dan sebagainya) mengalami keradangan.

Jelas, seseorang individu tidak dapat melihat keradangan dengan jelas. Otak mencipta rasa kesakitan supaya kita tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam tubuh badan kita.

Minyak CBD telah banyak kali dibuktikan sebagai satu ejen anti radang yang kuat.

Dengan menyekat tindak balas pro radang, CBD boleh mengurangkan keradangan dan seterusnya mengawal gejala kesakitan.

CBD boleh memberikan kesan kelegaan dan menenangkan kesakitan.

Minyak CBD belum lagi diuji dalam percubaan klinikal untuk kelegaan kesakitan. Tetapi, sifatnya yang anti radang dan ketahanan yang tinggi menjadikannya sebagai satu calon untuk melegakan kesakitan. Ini akan menjadi satu bidang penyelidikan yang berterusan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? DENGAN MENGURANGKAN KERADANGAN, MINYAK CBD DAPAT MEMBANTU MELEGAKAN KESAKITAN. BAHAN KIMIA TERSEBUT BERINTERAKSI DENGAN SISTEM ISYARAT TUBUH BADAN YANG DIKENALI MENGURUSKAN DAN MENGAWAL RASA SAKIT. PERCUBAAN PADA MANUSIA DIPERLUKAN UNTUK MEMASTIKAN KEBERKESANAN MINYAK CBD UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN.

3. Tidak akan menyebabkan ketagihan

CBD boleh diperoleh daripada pokok hemp atau pokok ganja. Perbezaan di antara dua pokok ini adalah ganja mengandungi cannabinoid tambahan yang dikenali sebagai THC.

THC adalah punca mengapa ganja menyebabkan kesan khayal dan memabukkan hingga memberi kesan sampingan kepada hati.

Hemp tidak mempunyai THC dan oleh itu, pada masa kini, hemp mengatasi ganja dalam kegunaan rawatan. CBD yang dihasilkan daripada hemp adalah sah di seluruh dunia manakala undang-undang untuk yang dihasilkan daripada ganja berbeza di setiap negara.

THC juga bertanggungjawab menyebabkan ketagihan dalam kalangan pengguna ganja. Institut Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah berkata, ‘CBD adalah dadah yang selamat dengan tiada kesan ketagihan’.

Tambahan pula, ubat tahan sakit konvensional jika digunakan untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan ketagihan. Tubuh badan tidak dapat memahami bagaimana untuk bertindak tanpa ubat tahan sakit kerana, tubuh badan sudah terbiasa dengannya.

Gangguan pada ubat tahan sakit yang diambil secara tidak berterusan boleh membawa kepada gejala yang lebih serius.

Satu daripada lima orang dewasa didapati menghidap sejenis artritis. Penyakit ini mempunyai impak yang besar pada kualiti hidup dan akan bertambah teruk mengikut usia.

Dalam keadaan yang genting ini, rawatan novel alternatif seperti minyak CBD ini adalah sangat menarik. Ia mempunyai potensi yang hebat tanpa risiko ketagihan.

Walaubagaimanapun, hanya kajian pada masa hadapan dan percubaan klinikal dapat membenarkan minyak CBD untuk diterima sebagai satu jalan rawatan untuk artritis.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD ADALAH SANGAT TIDAK BERKEMUNGKINAN UNTUK MENYEBABKAN KETAGIHAN SEPERTIMANA YANG DAPAT DILIHAT PADA GANJA DAN UBAT TAHAN SAKIT TRADISIONAL.

Marijuana (cannabis): Facts, effects, and hazards

4. Dapat membantu melawan ejen punca keradangan

CBD adalah antioksida yang lebih baik daripada Vitamin C dan Vitamin E. Minyak ini mengandungi ciri-ciri antioksida, yang mana dapat digunakan untuk melawan kesan-kesan keradangan yang sudah berlanjutan.

Di bawah keadaan tekanan imun/keradangan, sel-sel di dalam badan adalah lebih terdedah kepada kerosakan dan kematian.

Tubuh badan secara semulajadi melepaskan radikal-radikal dan spesis oksigen aktif. Apabila berlaku keradangan, pembebasan spesis-spesis ini semakin cepat.

CBD dapat memberikan perlindungan daripada radikal-radikal dan spesis oksigen aktif ini, yang mana akan mempercepatkan kerosakan sel-sel.

Minyak ini juga dapat memberikan perlindungan saraf kepada saraf-saraf yang berada di sekitar radang sendi. Kesan antioksida pada CBD mengurangkan toksik yang disebabkan oleh tindak balas pro radang.

Adakah Produk Minyak CBD Diluluskan untuk Merawat Artritis?

Produk minyak CBD sudah boleh didapati dengan meluas di seluruh dunia terutamanya di negara-negara membangun, seperti: USA, UK, Eropah dan China

Memandangkan CBD berasal dari pokok yang sama dengan ganja, iaitu satu dadah rekreasi yang sangat dilarang, anda mungkin tertanya-tanya mengenai kelulusan di sebalik minyak CBD ini.

Yakin lah bahawa minyak CBD dari hemp ini adalah sah di semua negara.

Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa terdapat perbezaan di antara dadah yang sah dan kelulusannya sebagai rawatan untuk satu penyakit tertentu.

Makanan tambahan CBD, Epidiolex, adalah rawatan yang diluluskan untuk epilepsi kanak-kanak: sindrom Dravet dan sindrom Lenoox-Gastaut.

Kedua-dua jenis minyak CBD iaitu secara topikal dan makan adalah tidak diluluskan untuk rawatan artritis. Ya, sesetengah pesakit artritis yang telah mencuba minyak CBD gembira dengan hasilnya.

Tetapi, kajian saintifik untuk manfaat minyak CBD pada artritis adalah terhad kerana tidak terdapat sebarang percubaan klinikal dalam bidang ini.

Percubaan klinikal yang menyeluruh pada masa hadapan untuk rawatan CBD pada pesakit artritis dapat menjadi laluan untuk minyak CBD menjadi satu rawatan yang diluluskan.

Percubaan klinikal besar-besaran pada 2017 untuk CBD digunakan pada epilepsi membenarkan Epidiolex untuk menjadi ubat yang dibenarkan pada 2018.

Sehingga minyak CBD tidak diluluskan untuk rawatan artritis, pesakit tidak harus menggantikan rawatan berterusan mereka dengan minyak CBD.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? MINYAK CBD ADALAH RAWATAN YANG TIDAK DILULUSKAN UNTUK ARTRITIS. JIKA ANDA INGIN MENGGUNAKANNYA BERSAMA-SAMA UBAT ARTRITIS BIASA ANDA, BERJUMPALAH DOKTOR ANDA DAHULU.

Manfaat Minyak CBD untuk Pesakit radang sendi (Artritis) berdasarkan kajian

Adakah CBD Lebih Selamat Daripada Ganja Perubatan?

Ganja yang digunakan oleh orang ramai untuk menjadi khayal dikenali sebagai kanabis rekreasi.

Doktor boleh memberikan kanabis/ganja kepada pesakit jika mereka merasakan ia dapat membantu melegakan gejala utnuk sesuatu penyakit. Ini dikenali sebagai ganja perubatan.

Satu kaji selidik dilakukan di UK mendapati ganja perubatan paling banyak digunakan oleh pesakit artritis dan multiple sclerosis.

Dalam kaji selidik 2000 orang lagi, kesakitan kronik dilaporkan sebagai sebab yang paling utama untuk menggunakan ganja perubatan.

Kesakitan kronik berlaku apabila isyarat kesakitan yang berterusan merosakkan saraf. Pesakit artritis akan mengalami kelegaan kesakitan yang berkesan tetapi, malangnya akan mengalami kesan sampingan yang serius.

Kajian saintifik mendapati bahawa penggunaan ganja perubatan secara berkala dapat membawa kepada ketagihan dan meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit psychotic.

Kesan sampingan ganja perubatan termasuk: kurang selera makan, keletihan, perubahan mood dan halusinasi.

Pengenalan kepada hemp dan CBD yang dihasilkan dari hemp adalah satu perubahan yang baik untuk industri ganja. CBD didapati dapat menjadi ejen anti kesakitan yang sama kekuatannya dengan THC.

Syarikat-syarikat farmasi sekarang dapat menyediakan bahan-bahan kimia yang dihasilkan dari ganja tanpa risiko kesan sampingan yang serius.

Sebagai contoh, CBD tidak mengubah deria masa, ruang dan diri dan memberi kesan kepada kawalan motor sepertimana yang dilakukan oleh ganja.

Tambahan pula, CBD menawarkan neuroprotection kepada saraf supaya gejala untuk kesakitan kronik dapat dilegakan dengan jayanya.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN? GANJA PERUBATAN BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MENGURANGKAN KESAKITAN. MINYAK CBD BOLEH BERTINDAK EFEKTIF SEPERTIMANA UBAT TAHAN SAKIT BERTINDAK DAN IA TIDAK AKAN MENYEBABKAN KESAN SAMPINGAN YANG SERIUS SEPERTI YANG DILIHAT PADA GANJA PERUBATAN.

Manfaat Minyak CBD untuk Pesakit radang sendi (Artritis) berdasarkan kajian

Dos

Pokok hemp tumbuh di latitud utara contohnya, Kanada besar kemungkinan mempunyai kandungan CBD yang banyak.

CBD adalah tidak toksik kepada manusia walaupun dosnya sehingga 50 mg/kg. Kami menasihatkan anda untuk mula dengan dos yang rendah (5-10 mg/kg) dan kemudian perlahan-lahan tingkatkan dosnya jika anda mengalami hasil yang positif.

Rumusan

Artritis adalah keadaan di mana sendi seseorang mengalami keradangan disebabkan oleh faktor genetik atau persekitaran.

Minyak CBD dapat membantu mengurangkan gejala artritis termasuklah kesakitan yang terlampau melalui ciri-ciri anti radangnya.

Tidak terdapat risiko ketagihan pada minyak CBD.

Manfaat Minyak CBD untuk Pesakit radang sendi (Artritis) berdasarkan kajian

Ganja perubatan biasanya digunakan di kalangan pesakit artritis untuk mengurangkan rasa sakit. Minyak CBD boleh dibuktikan untuk menjadi satu pilihan yang lebih baik kerana ia tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Minyak CBD membuktikan ciri-ciri anti radang dan antioksida yang mana dapat membantu melegakan kesakitan pada pesakit artritis. Hanya percubaan klinikal pada masa hadapan dapat membenarkan minyak CBD menjadi satu rawatan yang diluluskan kerana, dos, keberkesanan dan kesan sampingannya akan dipastikan.

Secara amnya, saintis dan doktor tidak menghalang cadangan untuk menggunakan minyak CBD untuk melegakan kesakitan pada pesakit artritis.

Minyak ini tidak boleh menggantikan ubatan konvensional artritis tetapi, ia boleh menjadi satu tambahan yang kuat.

Sumber :
www.cbdnhemp.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here