Kisah bagaimana seorang pelancong dari Jepun yang menceritakan kembali ketika berada di bandaraya Kuala Lumpur dan agak terkejut melihat menu di sebuah iklan gerai burger dan beliau tertarik untuk mencubanya.

Beliau menceritakan, ketika bersiar-siar di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, beliau menjumpai sebuah gerai burger. Beliau terbang ke Malaysia khusus untuk pengalaman eksotik dan kerana lapar beliau terpaksa makan hamburger walaupun membosankan.

Pelancung Jepun Beli Burger Benjo

Beliau tertarik pada menu papan iklan yang membuatkan matanya terpaku. Perkataan yang menarik perhatiannya ialah “Benjo” lalu bertanya kepada peniaga tentang perkataan tersebut. “Ya, Benjo,” jawab peniaga tersebut.

Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk mencubanya, “Buat satu benjo,” pesan beliau. Beliau menceritakan kembali bagaimana “benjo” dibuat dengan telur dimasukkan ke dalam acuan, ditambah kubis dan sos pedas diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah tetapi lazat, itu adalah benjo saya, jelas beliau.

Senarai Harga Burger

Di akhir kisahnya, beliau mengatakan “Anda perlu berhati-hati apabila mengembara di Malaysia. Jika anda secara tidak sengaja bertanyakan seseorang tentang “benjo” (dalam bahasa Jepun bermaksud tandas) untuk menggunakan bilik air, mungkin anda terpaksa menunggu dan kemudian diberikan anda sandwich dilapisi telur hangat.

Melalui carian di sebuah laman kamus, kanjijapanese.com, sememangnya Benjo diterjemah sebagai ‘toilet’.

Benjo In  Japanese

Nampaknya ‘menikmati’ Benjo di Malaysia atau di Jepun mempunyai kenikmatan tersendiri cuma caranya yang berbeza!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here