USAHAWAN kosmetik, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu.

Rakan baik Faziani, Natasha Maria Akhmad berkata, kejadian berlaku membabitkan sebuah lori dan kereta yang dinaiki pengasas produk kesihatan dan kecantikan Dnars itu.

“Kemalangan berlaku semasa Faziani dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi memberikan sumbangan. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Natasha yang mengenali Faziani lebih 12 tahun dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi Sabtu waktu Malaysia.

“Suami Faziani dibawa ke Hospital Pattani dan urusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia sedang dijalankan,” katanya dengan nada sebak.

Faziani yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan juga merupakan penaja utama Anugerah Pilihan Online (APO) yang dianjurkan mStar pada 2016.

Berita tersebut turut disahkan oleh anak Allahyarham Faziani, Iqbar Hakim menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada tengah hari Sabtu.

“Saya baru saja selepas kehilangan bonda kesayangan saya disebabkan kemalangan.

“Kepada semua, sedekahkan Al-Fatihah kepada mami, Faziani Rohban Ahmad, semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Tlong sedekah al fatihah Faziani Binti Rohban Ahmad

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Sumber :www.mstar.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here