Boycott Low YatBANGI, Selasa – Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sehingga tercetusnya rusuhan pada malam Ahad lalu masih menjadi perbualan hangat dan topik utama di media sosial.

Rata-rata pengguna laman sosial meluahkan ketidakpuasan hati dengan perkhidmatan yang diberikan peniaga di plaza itu sejak sekian lama. Bahkan bukan sahaja di Low Yat, tetapi juga di tempat lain seperti Kompleks Pertama, Kota Raya dan lain-lain.

Susulan itu hasil aduan dan luahan orang ramai secara bertubi-tubi selepas insiden itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam telah merampas pelbagai telefon pintar dan aksesori tiruan jenama Samsung, IPhone, Lenovo, Oppo serta Nokia bernilai RM500,000 di Kompleks Pertama.

Pengarah KPDNKK, Muez Abd Aziz berkata semua produk berkenaan dipercayai tiruan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti pembekal kepada peniaga di pusat berkenaan.

Bagaimanapun hasil tinjauan Ismaweb mendapati pengguna laman sosial masih tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan penipuan yang berlaku di Low Yat. Mereka menggesa KPDNKK membuat serbuan dan siasatan pula di Low Yat.

Menceritakan pengalamannya menurut Adi Samad, beliau bersama isterinya pernah ditipu peniaga di Plaza Low Yat.

“Beli dua biji handphone setelah berkali-kali tanya tentang keaslian handphone tersebut.

“Berkali-kali juga si penjual kata original. Dah beli tergerak untuk semak dengan kedai lain. Didapati ianya tidak ori. Terus naik balik ke kedai di mana handphone tersebut dibeli. Minta balik duit. Dekat sejam juga bertekak baru dapat,” ceritanya.

Muhammad Taufik Ali Hashim pula berkata, beliau ditipu oleh peniaga di tingkat 2 plaza itu.

“Saya kena tipu dekat tingkat 2.Tunjuk handphone ori, bayar RM 2 ribu lebih. Buka depan dia kotak handphone. Tengok clone, minta duit balik dia tak bagi. Ugut polis dorang dah beli. Saya pergi tribunal tiada respon. Akhirnya bawa polis teman selesai kes,” ujarnya.

Begitu juga Sahrizal Zainal menceritakan pengalamannya.

“Saya pernah kena tipu. Bila minta tukar baru buat muka ketat. Kemudian berbulan-bulan tunggu untuk baiki. Beli barang baru tetapi terpaksa tunggu berrbulan. Buat malu la. Kasi tutup je la,” katanya.

Susulan itu, pengguna-pengguna laman sosial mula melancarkan kempen memboikot Plaza Low Yat berikutan kes menipu barangan gadjet yang sering berlaku tetapi tiada penguatkuasaan diadakan.

Mereka mendesak agar Plaza Low Yat ditutup.

Mohd Taib Mohd Said berkata, ada yang beritahu Low Yat menipu orang Melayu sahaja. Semua sekali mereka tipu. Cuma Melayu tidak faham apa peniaga cakap dan sebab itu paling kerap kena tipu.

“Jadi jom boikot Low Yatt kerana penipuan bukan kerana sebab lain,” katanya.

6 COMMENTS

  1. Bagi bangsa cina duit adalah tuhan.Sbb tu mereka akan buat apa saja utk dpt duit.Peniaga cina biasa nya ada 3 akaun perniagaan,satu yg ori utk dia simpan,satu yg nampak mcm rugi utk income tax n yg nampak untung byk utk bank.Sbb tu bank mudah beri kemudahan pd mereka.Tipu ada lah budaya mereka.Cuma cina Kelantan berbeza sikit.Saya tahu ni dri kawan cina Kelantan yg beritahu.Mereka akan beli semua pihak tertentu termasuk ahli politik.

  2. lu olang malayu manyak tipu maa… jangan main-main sama kami cina maa… kami ada rancangan rahsia… kami cina talak jahat punya olang…

    bagi olang malayu… muslihat itu tuhan bagi olang malayu… malayu itu saja-saja buka celita ini untuk bagi sama itu olang cina hilang sama ong…

    kami cina sentiasa baik sama itu semua bangsa maa…

    • Saya ubah pikiran saya, sebenarnya cina ni hebat belaka… saya sebagai orang melayu, bagi saya, saya sokong cina 1000%. Setuju dengan komen chong lim keong… kami melayu sedia jadi sahabat karib kamu, wahai orang cina… Sebenarnya juga duit itu bukan tuhan bagi cina, tetapi duit itu adalah keuntungan bagi orang cina…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here