ultramalayaSubahan selar gelagat kumpulan Ultras Malaya yang cemari perlawanan Malaysia, Filipina

Kuala Lumpur: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal menyelar tindakan kumpulan Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan negara menentang Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Sambil marah dan kecewa dengan insiden yang memalukan imej bola sepak negara itu, Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya menyifatkan perbuatan yang dilakukan kumpulan penyokong berkenaan sebagai samseng dan tidak bertamadun.

“Ini bukan penyokong tapi samseng. Jika mereka benar-benar penyokong sejati, mereka tidak akan berbuat demikian (bakar suar dan baling bom asap), mengeluarkan kata-kata lucah dan memaki hamun,” katanya selepas perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Lancar serangan

Perlawanan pertama Harimau Malaya di bawah bimbingan pengendali sementara, Datuk Ong Kim Swee tercemar pada minit ke-30 apabila kumpulan Ultras Malaya yang merancang mengadakan protes terhadap 30 tahun kepimpinan Presiden FAM bertindak di luar jangkaan dengan membakar suar dan membaling bom asap.

Akibatnya, perlawanan itu terhenti lapan minit dan ia jelas mengganggu rentak anak buah Kim Swee selepas aksi disambung semula kerana sebelum itu mereka melancarkan serangan bertali arus menyerang kubu The Azkals.

ultramalaya1ultramalaya2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here