Percutian halal kini antara trend pelancongan paling pesat di dunia

Bagaimana percutian halal menjadi salah satu trend pelancongan yang paling berkembang pesat di dunia ?

Kami meneroka bagaimana industri pelancongan dan percutian halal yang memenuhi keperluan beberapa pelancong Islam dengan menawarkan lebih banyak pilihan yang ada.

PERCUTIAN HALAL. Seorang wanita berbaring di atas katil dengan kusyen yang berwarna-warni. Satu gambaran lautan yang sempurna di hadapannya dibingkaikan oleh satu cabana persendirian dan kaki langit yang bersinar diselubungi warna oren. Tajuk Instagram berbunyi: “Hanya sedang meneroka semua pemandangan. Tidak sabar untuk kembali ke Maldives dalam masa dua minggu. “

Ini adalah salah satu paparan yang telah disunting di dalam Instagram feed yang diisi dengan ratusan paparan lain dari Percutian halal. Tetapi di dalam akaun Instagram yang mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut ini, anda boleh yakin bahawa anda tidak akan menemui sebarang gambar swafoto yang berpakaian bikini di pantai. Ini kerana @sukainarajabali adalah pengembara halal dan sebahagian daripada salah satu pelancong yang paling popular di dunia.

Menurut satu kajian oleh Mastercard dan Crescent Rating, sebuah syarikat penyelidikan yang memantau perjalanan mesra halal mendapati bahawa sejak 2016, bilangan pelancong Islam di seluruh dunia meningkat hampir 30%. Perbelanjaan oleh pelancong Islam dijangka mencapai USD 220 bilion menjelang tahun hadapan. Ia adalah demografi bagi yang berpendidikan tinggi, berpangkat dan muda ; purata umur global penduduk di negara-negara Islam adalah 22 tahun.

Oleh itu, mungkin tidak mengejutkan apabila pelancongan halal menjadi sektor yang berkembang pesat di seluruh dunia dan di arus media sosial.

Percutian Halal, Dunia yang berubah

Percutian halal kini antara trend pelancongan paling pesat di dunia

Bagi Nabeel Shariff, pengasas Serendipity Travel – salah satu agensi pelancongan halal yang pertama di UK, demografi pelancongan Muslim telah beralih dengan sangat hebat. “Kembali pada tahun 2009, apabila kami memutuskan untuk memulakan projek kami menjadi satu pelancongan yang mesra halal, kami tidak menjangkakan ia akan menjadi maju, viral dan berdaya saing” katanya.

Apabila ia telah berkembang, “label ‘terceruk’ yang sering dikaitkan dengan percutian halal semakin berakhir”, kata Shariff. Walaupun ia mungkin tidak lagi terceruk, ia sudah pasti berbeza.

Ya, sesetengah pelancong Islam tegas untuk mencari tempat yang bebas alkohol, kolam renang wanita sahaja dan pilihan perjalanan dengan waktu rehat yang sesuai untuk 5 waktu solat harian sebagai percutian halal. Tetapi itu bukan untuk semua orang. “Saya tidak percaya bahawa terdapat hanya satu pilihan yang sesuai untuk semua orang apabila ia melibatkan pelancongan halal,” kata Shariff. “Kebanyakan pelancong Islam berkongsi nilai-nilai yang sama apabila ia melibatkan penggunaan mereka, tetapi walaupun terdapat pendapat yang berbeza, beberapa pelancong selesa dengan jaminan secara lisan dan pelancong yang lain pula berminat untuk melihat sijil untuk setiap perkhidmatan halal.

Setelah membantu merapatkan jurang antara pelancong Islam dan destinasi pelancongan selama lebih dari 9 tahun, inisiatif terbaru Shariff adalah ingin melangkah dengan lebih jauh. Rihaala.com, adalah platform tempahan atas talian yang pertama yang didedikasikan untuk pelancong Islam, membantu para pengguna menyesuaikan satu perjalanan yang berfungsi untuk mereka melancong ke luar negara.

Pilih hotel yang ada kolam renang peribadi

“Rihaala mempunyai semua ciri umum untuk platform tempahan atas talian, seperti perbandingan harga dan sokongan pelanggan, tetapi kami juga memberi peluang kepada pelancong untuk menempah penerbangan, hotel, pemindahan dan lawatan yang khusus supaya menjadi mesra halal,” katanya. “Orang ramai boleh menggunakan laman ini untuk memilih hotel yang mempunyai kolam renang peribadi misalnya, atau mereka boleh menggunakannya untuk mencari inspirasi.”

Dalam memainkan peranan utama, Rihaala menggalakkan perkongsian melalui rakan sebaya. “Blog Rihaala dan perbincangan masyarakat membantu pengembara untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang mungkin tidak dapat mereka temui dengan mudah di tempat lain, seperti: ‘Bolehkah saya memakai burkini di hotel ini?” Kata Shariff. Terdapat juga inspirasi-inspirasi yang dihasilkan sepenuhnya oleh pengguna. “Menggunakan beberapa alatan moden terkini, kami dapat membuat koleksi dari platform sosial Instagram, Facebook dan Twitter.

Ia dapat memperbaharui platform ini dengan kandungan baru setiap hari, mempamerkan pengalaman perjalanan rakan-rakan pelanggan kami dan dari beberapa penyokong halal yang popular.”

Hanya dengan satu tatapan pada paparan ini, ia menunjukkan kepelbagaian pelancong Islam hari ini di percutian halal.

Percutian halal kini antara trend pelancongan paling pesat di dunia

Ruang untuk semua orang

Ini adalah sesuatu yang Sukaina Rajabali dapati terdapat kekurangan pada Instagram dan akhirnya menyebabkan beliau melancarkan @shetravelsmodestly, satu akaun “repost” di Instagram. “Saya dapat melihat banyak akaun “repost” yang cantik, tetapi tidak ada yang menunjukkan wanita cantik yang berpakaian sopan. Semuanya menunjukkan kulit ketika berada di pantai – dan saya ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda masih boleh melancong, tetapi anda boleh berbuat demikian dengan sopan,” kata orang berpengaruh yang tinggal di Dubai itu.

Peningkatan pelancong wanita secara solo adalah perubahan ketara dalam demografi pelancongan halal, dan Rajabali sangat berminat untuk berhubung dengan wanita-wanita ini, yang tidak semestinya mencari perkara yang sama seperti pelancong Muslim tradisional.

“Wanita telah menjadi lebih berpendidikan, mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan mempunyai lebih banyak kewangan. Dan saya ingin mendorong mereka untuk melancong sama ada dengan melakukan parasailing di Mauritius, menyelam di Maldives, berenang dengan penyu di Zanzibar, mendaki di Petra atau berenang di arktik di Finland,” katanya. “Hanya kerana anda menutup aurat, ia tidak sepatutnya menghalang anda dari melancong. Anda masih boleh berpegang teguh pada kesopanan, budaya dan agama anda dan meneroka dunia – anda boleh mengambil risiko tanpa risau.”

Percutian halal kini antara trend pelancongan paling pesat di dunia

Setelah pelancongan halal mula bergerak dari dilihat semata-mata sebagai satu sektor yang didorong oleh agama, Rajabali telah melihat peralihan di pasaran. “Saya perasan sedikit perubahan yang membantu menjadikan pelancong Islam berasa selesa dan memenuhi keperluan mereka. Saya baru-baru ini tiba di sebuah hotel di sebuah pulau tropika dan walaupun di sana, saya ada sejadah di bilik hotel saya,” katanya.

Gandakan pengembaraan

Bagi pasangan British Joao dan Aaliyah Domingos, pelancongan dengan cara yang dapat mengekalkan iman mereka adalah tumpuan utama. Selepas meninggalkan London untuk ke Hong Kong sejurus selepas mereka berkahwin, pasangan itu kini dikenali dengan menggunakan akaun @dos_domingos dan membuat vlogs interaktif di YouTube memaparkan pelancongan dunia mereka. Di samping komponen yang mereka anggap sebagai asas untuk pelancongan halal, seperti “solat tepat pada masanya, makan makanan halal dan terlibat dalam aktiviti mesra-Islam”, pasangan itu berkongsi semangat untuk pengembaraan.

Saluran mereka dipenuhi dengan video mereka semasa melancong iaitu dari berbasikal di Vietnam untuk mendapatkan halal dim sum di Hong Kong atau melawat sebuah taman tema di Kuala Lumpur. Video-video mereka juga memberikan tips khusus kepada orang ramai terutamanya Muslim untuk mengembara, seperti tempat mencari makanan jalanan halal atau bagaimana meneruskan terokai dunia sambil berpuasa pada bulan Ramadan.

Sebagai pasangan muda yang berbeza bangsa, pasangan itu membantu untuk memecah stereotaip pelancong Islam kebudayaan yang sudah ketinggalan zaman. “Menjadi perbezaan antara kaum membolehkan kita menarik perhatian penonton dengan lebih luas dan ia menggalakkan kesatuan, meraikan perbezaan dan menunjukkan perpaduan dan keharmonian antara manusia. Jadi, Saluran kami juga membolehkan kami mempromosikan reka bentuk gaya hidup pengikut kami daripada tanggapan tentang mengejar impian dan hidup dengan cara tersendiri. “

Melancong dengan cara anda sendiri adalah sesuatu yang semakin penting bagi para pelancong Islam yang memilih sebagai percutian halal mereka. Ramai dari generasi muda ingin melancong secara berterusan atau juga mencari pengalaman baru, sementara yang lain berminat untuk berpegang dengan pelancongan yang mesra agama.

Perubahan positif dari Media Sosial

Rajabali berkata media sosial telah membantu menjana perubahan ini. “Populasi pelancong secara umum, termasuk umat Islam, kini telah mengalami pengalaman yang bermakna, melakukan sesuatu yang luar biasa, sesuatu yang menonjol, mengumpul kenangan berbanding mengumpul harta benda. Gambar-gambar pelancongan di Instagram membuka mata kita iaitu semakin ramai manusia menggunakan media sosial untuk memberi ilham destinasi atau sebagainya”.

Jadi setiap negara, hotel dan resort akan mengambil perhatian tentang apa yang diperlukan oleh pelancong Islam dan akan mendapat manfaat daripada salah satu kumpulan demografi yang memiliki perbelanjaan terbesar dalam pelancongan ini. “Anda lihat lebih banyak pelancong Islam yang melawat tempat yang viral di Instagram seperti pulau Yunani Santorini, sebagai contoh,” kata Rajabali.

Shariff menyatakan bahawa destinasi di Lautan Hindi dan Asia Tenggara terus menerajui carta untuk pelancong Islam menempah percutian mereka melalui Serendipity Travel, dan beliau juga bersetuju bahawa negara-negara yang lain sedang bergerak menjadi tumpuan pelancong.

“Afrika Selatan mempunyai infrastruktur dan peluang untuk menawarkan pelancong Islam kemudahan yang mereka perlukan, serta menjadi satu destinasi yang mantap. Satu lagi destinasi yang boleh menawarkan pelancong Islam pengalaman yang luar biasa ialah India. Negara yang luas mempunyai banyak daya tarikan dan beberapa tempat yang hebat untuk diterokai.”

Sejauh mana perjalanan mesra halal adalah sesuatu yang harus diputuskan oleh semua pelancong muslim itu sendiri. Bagi Shariff, semua ini adalah tentang pengalaman dan memberi pilihan kepada tetamu. “Manfaat halal atau tawaran mesra Islam hanyalah maklumat yang kami sediakan untuk orang ramai supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat dan kembali mencintai pelancongan.

Sumber :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here