Salam semua…

Selamat menyambut satu Rejab hari ini… tak lama lagi datang Ramadan dan Syawal pula…. tak sabar rasanya nak melalui keindahan bulan Rejab, Ramadan, dan Syawal yg sgt indah ini…

Menu saya kali ni… ikan salmon panggang bersama dgn sayur asparagus…. ni menu diet… sesuai utk org yg nak kuruskan badan macam saya…

Ikan salmon ni sgt lemak dan agak hanyir… so bila makan ikan ini wajib ada lemon…. bila makan kena perah lemon ni sampai ikan ada rasa masam2 sikit… barulah boleh masuk kedalam anak tekak..

Lagi satu tips jgn bakar ikan terlalu lama…. bakar sebentar aja… bila makan, ikan masih berjus dan isinya akan soft je bila digigit… kalau bakar terlalu lama akan mengeringkan jusnya dan akan menyebabkan isi ikan menjadi keras nanti…

Kalau org2 barat grill  ikan salmon ni  suka bubuh herba seperti taragon, rosemary dll….tapi saya hanya guna bahan simple2 spt halia, bawang putih n lada hitam shj…

8726985046_72dbb9402b_b

Jom tengok resepinya…

Grilled Salmon With Asparagus
( utk 4 org makan )
4 keping salmon
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1/2 inci halia – ditumbuk
sedikit lada hitam – ditumbuk
sedikit garam
minyak zaitun utk menggoreng/grill
1 biji lemon

Cara penyediaan

1. Bersihkan ikan kemudian perap beberapa minit bersama bawang putih, halia, ladahitam dan sedikit garam.
2. Panaskan kuali pembakar @ kuali non stick, kemudian masukkan sedikit minyak zaitun.
3. Panggang ikan salmon diatas kuali tersebut beberapa minit… balikkan ikan tersebut.. bila isi ikan sudah bertukar warna yg lebih cerah bolehlah diangkat…

Utk Asparagus

1 paket asparagus
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
minyak zaitun
satu mangkuk air dicampur dgn sedikit ais

Cara penyediaaannya

1. Asparagus dipatahkan bahagian yg keras. Ambil bahagian yg lembut sahaja.
2. Panaskan periuk yg berisi air hingga mendidih..
3. Celur seketika ( dalam 2-3 minit shj ) asparagus dalam air panas… kemudian angkat asparagus dan segera masukkan ke dalam mangkuk yg berisi air sejuk bercampur ais…
4. Selepas itu toskan asparagus tersebut dam masukkan kedalam bekas.
5. Masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan serbuk lada sula/ serbuk lada hitam..
6. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan bersama ikan salmon dam hirisan lemon.

senang aja kan… bolehlah cuba….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here