Screen shot 2014-03-13 at 9.02.14 AMSebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut”, yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut.

Tiga imej satelit, yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri negara China, telah muncul bagi menunjukkan serpihan bangkai yang berada di laut pada hari Ahad – sehari selepas pesawat yang membawa 239 orang hilang.

Imej ini, pertama kali dikeluarkan oleh CCTV Amerika, menunjukkan satu objek di lautan dikesan oleh satelit China pada hari Ahad.

Satelit itu menemukan tiga tompok yang berlainan saiz, yang terbesar bersaiz 24m kali 22m.

Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan.

Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang.

Seorang bekas pegawai keselamatan Penerbangan Amerika berkata imej-imej berkenaan merupakan satu petunjuk kuat yang pertama yang ditemui selaras dengan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Peter Goelz , bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, memberitahu CNN: “Ini (imej) adalah satu bukti kukuh yang kita ada setakat ini di mana ia beada di laluan penerbangan yang betul.

Screen shot 2014-03-13 at 9.03.13 AMScreen shot 2014-03-13 at 9.03.54 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here