perangai-nenek-moyang-orang-melayu

Walaupun tak ramai bilangannya, namun masih ada lagi saki-baki orang Melayu yang dihinggapi penyakit ‘ sawan takut’. Semenjak zaman Kerajaan Melayu Melaka, jiwa hamba yang dimilki oleh orang Melayu itu sentiasa dihinggapi ‘sawan takut’. Dalam zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu, orang Melayu takut kepada pengikut sultan. Takut anak dara mereka diambil oleh sultan dijadikan sebagai isteri ( ramai juga yang suka menjadi bapa mertua Sultan). Takut kepada hulubalang Sultan yang suka merompak hasil pertanian mereka. Takut kalau-kalau anak dara dirogol oleh hulubalang sultan. Macam-macam takut yang dihidapi oleh orang Melayu sampailah ke Pru 13. Orang Melayu masih takut. T….A…..K…..U….T.  Ta  Alif  Ka Wau Ta…….

Tak habis-habis dek takut. Pelik betul aku mengenangkan nasib orang Melayu ni. Apabila aku menceritakan keadaan orang Melayu maknanya aku menceritakan hal aku juga ler. Aku ialah orang Melayu. Orang Melayu tulin. Orang Melayu totok dari kampung. Tapi bezanya aku agak aku dah berubah. Kalau tak seratus peratus pun, sikit sikit ada perubahan. Dah tak penakut seperti segelintir orang Melayu hari ini….…….

Apabila negeri Melayu dijajah oleh British, maka orang Melayu takut kepada British pula. ‘Sawan takut’ terus merasuk orang Melayu. Hanya segelinitir orang Melayu yang berani kehadapan menentang British. Malangnya bagi penentang British ini, British pandai pula menggunakan Sultan untuk menghapuskan orang Melayu yang menentang British itu. Lihat apa yang telah terjadi kepada Tuk Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu. Sekiranya pihak istana tidak campurtangan, maka pasti pihak British tidak dapat menumpaskan pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu. Orang Kelantan dan Terengganu amat hormat dan takut kepada Sultan. Dan disebabkan dirasuk oleh ‘sawan takut’ itu jugalah maka British dapat memerintah Terengganu dan Kelantan. Negeri-negeri Melayu lain pun begitu juga.

Selepas Merdeka, pemerintah Melaya Merdeka menggunakan ‘sawan takut’ juga untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong UMNO-PERIKATAN dan menolak parti pembangkang. Orang Melayu ditakutkan sekiranya Persekutuan Tanah Melayu  jatuh ke tangan parti lain maka besar kemungkinannya negara PTM akan kembali seperti zaman pendudukan Jepun. Orang Melayu amat takut kepada keadaan ‘seperti zaman Jepun’

Sememangnya zaman Jepun merupakan zaman derita dan sengasara dibawah pemerintahan tentera Jepun. Untuk mendapat makanan dan pakaian adalah terlalu susah. Pada masa itulah ramai penduduk Malaya yang mati kelaparan. Orang Melayu amat takut kembali kepada zaman berkenaan.

Tetapi yang menghairankan ialah mengapa orang Melayu pada tahun 50an dan 60an tidak pula terfikir bahawa mereka pasti tidak akan kembali ke zaman sedemikian berdasarkan keadaan yang wujud pada masa itu. Tidak mungkin lagi Jepun akan kembali menjajah PTM. Dan sekiranya pemerintahan PTM berpindah tangan kepada parti lain selain daripada PERIKATAN,besar kemungkinannya PTM tidak akan menderita seperti zaman pemerintahan Jepun. PTM telah merdeka dan telah banyak perubahan yang berlaku. Mengapa orang Melayu masih tidak mahu berfikir sedemikian. Orang Melayu terus menerus dirasuk oleh ‘sawan takut’

Setelah puas menakutkan orang Melayu dengan ‘keadaan zaman pemerintahan Jepun’ orang Melayu ditakutkan pula dengan keadaan zaman Komunis. Orang Melayu ‘dirasuk sawan takut’ lagi. Takut kembali kepada zaman dimana pengganas Komunis hampir-hampir memerintah di Malaya. Apabila kerajaan PERIKATAN memerlukan sokongan orang Melayu, terutama apabia menghadapi pilihan raya, maka kerajaan akan menggunakan isu ‘pemerintahan komunis 14 hari’ untuk  menakutkan orang Melayu. Orang Melayu ‘dirasuk dengan sawan takut’ lagi. Ditakutkan dengan ‘pemerintahan Komunis selama 14 hari’

Memang betul orang Melayu tersiksa semasa Komunis memerintah  selama 14 hari di Tanah Melayu ia itu semasa ada kekosongan pemerintahan selepas kekalahan Jepun dan menunggu ‘ketibaan’ semula British untuk memerintah semula Tanah Melayu. Komunis mengambil kesempatan untuk memerinath Tanah Melayu dengan kejam. Pada ketika inilah ramai orang Melayu telah dibunuh dan disiksa dengan kejam. Peristiwa inilah diulang-ulang untuk menakutkan orang Melayu. Lantas orang Melayu akan terus menerus mengikut ‘arahan’ pemerintah. Tidak berani langsung untuk menentang pemerintah yang ada walaupun dihalalkan menerusi pilihan raya.

Selepas 13 Mei 1969, setiap kali pilihanraya diadakan maka isu pergaduhan itu dijadikan isu untuk menakutkan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu, Cina dan India. ‘Undi dengan bijak supaya tidak berlaku peristiwa 13 Mei lagi’.  Itulah antara ‘slogan-slogan’ yang digunakan oleh BN_UMNO untuk terus menerus memerintah negara ini. Orang Melayu dan bukan Melayu juga terus menerus ‘dirasuk sawan takut’ sehinggalah sekarang.

Dalam PRU 13 ini pun isu peristiwa perbalahan kaum 13 Mei masih digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina. Kaum Cina yang sentiasa saja memikirkan tentang perniagaannya akan memberikan perhatian yang cukup serious apabila sampai waktu dan ketika untuk membuang undi nanti. Mereka sentiasa memikirkan apa akan terjadi sekiranya berlaku lagi peristiwa 13 Mei. Rakyat Malaysia kadang-kadang menjadi biul, bangang dan sudah tentunya menjadi bodoh tidak ketahuan apabila disebut 13 Mei.

Rakyat Malaysia sudah kehilangan arah dan tidak boleh berfikir secara rasional apabila disebut Peristiwa 13 Mei. Dan pihak kerajaan BN-UMNO pula akan terus memainkan isu berkenaan dan berharap akan dapat menakutkan rakyat supaya dapat mereka terus mengekalkan pemerintahan dalam PRU 13 nanti.

Orang Melayu pula terus menerus ‘dirasuk oleh sawan takut’. Bilangannya tentulah tidak ramai. Namun begitu masih ada lagi saki bakinya yang bersikap demikian .  Yang masih berada ‘ dibawah tempurung’. Sudah puas dijelaskan bahawa keadaan negara sudah amat berubah dan seharusnya rakyat Malaysia menganjakkan paradigma berfikir mereka. Namun begitu masih lagi mereka memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka fikirkan.

Rakyat berkeadaan demikian kerana sentiasa ‘dirasuk’ oleh ‘hantu-hantu’ yang berkeliaran. Tetapi soalnya sampai bila baru rakyat Malaysia boleh berfikir dengan rasional dan tidak terpengaruh dengan andaian yang karut marut. Sampai bila?

Aku tak hairan sangat kalau masih ada orang Melayu di kampung yang berfikiran demikian. Yang aku hairan dan aku pelik ialah masih ada golongan intelek yang masih menyoal aku soalan-soalan yang aku anggap paling bodoh dan tidak masuk akal. Mereka menyoal apakah akan terjadi pada orang Melayu sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia nanti?.

Malas aku menjawabnya. Jawablah sendiri…….

Abuhassanadam

3 Mei 2013

1 COMMENT

  1. Setakat ini sahaja kemampuan parti 'pembangkang' sudah kehabisan modal cerita?kenapa terasa diri tak mampu lagi dapat sokongan kerana semua dah nmpak yg pr nothing, 56tahun bersama BN kami penyokong BN dan rakyat yang lain rasa sangat beruntung aman dan damai keperluan cukup rezeki murah..pr penipu perfitnah putar alam..banyak mengunakan kata-kata yg kesat..#tolakpr

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here