orgtua

Tanggungjawab anak-anak adalah menjaga kebajikan ibu bapa dan menjaga ibu bapa selagi mereka masih hidup.

Untuk mendapat berkat kehidupan di dunia maka redha ibu bapa sangat diperlukan. Anak-anak yang membuatkan ibu bapanya berkecil hati maka ia sudah dikira derhaka.

Berdosa hukumnya sekiranya seorang anak itu menghantar kedua ibu bapanya ke rumah orang tua kerana seolah-olah tidak pernah mengahargai setiap pengorban ibu dan ayah selama ini yang membesarkannya dan melayan setiap kerenah anak-anak.

Ibu bapa sanggup mengikat perut demi melihat anak-anak kenyang dan lena ketika tidur. Tanpa ibu bapa tiadalah kita di atas muka bumi ini. Walau apapun keadaan ibu dan ayah mereka tetap ayah dan ibu dunia dan akhirat.

Fikirkanlah apabila kita berhadapan dengan anak-anak sendiri yang menghantar kita ke rumah orang tua-tua suatu hari nanti.

Kesimpulannya, setelah melihat video ini sanggupkah anda menghantar ibu bapa anda ke rumah orang tua-tua?

Wallahua’lam

{Please SHARE & LIKE agar semua anak-anak mendapat manfaat daripada video dan tazkirah ini}

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here