Kronologi kejadian:

Ayah saya drive pergi kerja macam biasa, tiba-tiba mamat ni hon dari belakang sambil tunjuk kat tayar. Ayah saya berhenti tapi tak keluar kereta.

Mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dari tadi tapi ayah saya tak berhenti. Dia kata tayar berasap. Dia suruh ayah saya pusing stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar.

India Ini Di Federal Highway

Lepas buat macam itu, ayah saya keluar kereta, tengok minyak brek bocor. Then ayah saya kata nak pergi kerja dulu nanti baru baiki cos dah lambat.

Tapi lepas start kereta balik, brek tak boleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lagi brek. Then mamat ini offer kata nak tolong. dia kata ‘nak tolong saja’. tanya charge berapa pun dia cakap ‘nak tolong saje’. then after dia buat something, konon-konon tukar parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit.

Katanya RM1420. Ayah saya terkejut dan tanya macam and cakap tak ada duit banyak tu. dia kata bagi sahaja berapa dulu. Ayah saya bagi RM350 and mintak resit. Mak saya nak ambil gambar untuk bukti bayar dan nak resit untuk bukti, dia marah-marah.

Adik saya ambil gambar pun dia marah-marah, dia rampas duit, dia tak bagi resit dan dia hentak kereta ayah saya dengan helmet. dia marah-marah ugut siap cakap dia tahu mana nak carik ayah saya lagi.

India Federal Highway

Dia terus ajak kawan-kawan dia pergi dan ajak mak ayah saya pergi balai polis. Dia pecut dulu, konon-konon nak pergi balai dulu. sampai balai, bayang dia memang tak ada. Polis cakap memang tak ada dia datang. Parents saya buat report polis.

Ayah saya sudah 60 years old, and adik saya yang pergi dengan emak tadi perempuan. Memang diorang tak berani nak lawan sangat sebab tengoklah badan mamat tu saja.

Then dia bawak kawan orang laki lagi. Apa-apa jadi mungkin lebih dari 350 hilang. Memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat, duit tu mungkin bukan rezeki kami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain tak kena. Mamat ini aim orang-orang tua, perempuan, dan orang-orang yang lemah dan macam baik-baik. Dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, dan berseorangan kot dia berani nak pijak.

Hati-hati semua.  Jangan stop kalau ade orang-orang buat macam ini. Mamat ni dah banyak kali tipu orang sampai polis balai PJ pon tak perlu dah nak ambil gambar dia yang adik saya capture. Please semua, sebarkan! Thanks.

Tarikh : 16 April 2015
Masa : 10.00 am
Lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dalam gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke LRT asia jaya)

Sumber: Jannah Afi

3 COMMENTS

    • Bismilahirrahmanirrahim,
      Ni nak share gaklah abg saya pon terkena kat area KLIA masa tu time Chinese New Year..Sama modus operani dia..Tayar kuar asap, minyak brek meleleh keluar..padahal kete Exora dia baru je beli kot rasanya baru 1st service..Dia silap x kol awal2 sbb panic kot. Dia cuma kol mintak tolong transferkan duit sbb xcukup dalam account. Bukan sekali yea..Dua kali dalam tempoh setengah jam.Mulanya xnak tolong srh dia pergi check pomen dulu tup2 mamat India ni dah buka tayar bagai..tapi sebab abang kite kan..Haishh kesian sungguh kena tipu bulat3 cenggini.

      Apa2 pon tlg semua ambik iktibar n pengajaran sebab dia ni x kena tangkap lagi kot pasal sampai skrg masih dok buat keje macamni.

      Dulu dah viral skali tup2 kluar balik citer ni..

      Salam..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here