ustaz-kazim

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca blog mediasiber ,sehari dua ini kita digemparkan dengan berita yang salah seorang Ustaz yang popular dan aktif berceramah agama iaitu  Ustaz Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim yang dikatakan mahu bersara dari berceramah kerana kecewa difitnah selain diugut bunuh.

Ramai yang terkejut tak lain ada yang kecewa dengan keputusan yang di buat Ustaz Kazim tersebut. Ramai yang tertanya-tanya kenapa tindakan itu di ambil. (Berhenti dari berceramah). Susulan itu satu surat terbuka seorang anak muda buat Ustaz Mohammad Kazim Elias ditulis.

Surat terbuka buat Ustaz Mohammad Kazim Elias

Assalamualaikum;

Ujian dan Dugaan itu “Tanda Allah Sayang”. Saya turut bersimpati dengan ujian yang menimpa Ustaz, sebagai orang yang lebih berilmu dari saya dan saya akui banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat daripada ceramah dan kuliah yang Ustaz sampaikan.

Cuma saya agak kecewa dengan beberapa ‘statement’ berat sebelah yang di keluarkan oleh Ustaz berkaitan dengan perjuangan parti-parti politik, yang sebelum ini Ustaz sendiri mengakui “saya tidak belah mana-mana” tapi pengakuan itu terbatal dengan ucapan menghentam hebat perjuangan menegakkan hukum Allah yang di bawa oleh Pas. Dan menjadi ‘backup’ buat sang perjuang bangsa.

Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, jika tulisan saya ini dan sebelum ini ada menguris hati Ustaz. Keputusan Ustaz ingin berhenti sebarkan Agama kerana di ‘fitnah’, (seperti terlapor di akhbar) ianya menjadi tanda tanya masyarakat. Kerana masyarakat di fahamkan tentang hukum alam. “Berjuang di jalan Allah itu bukan mudah, ianya pasti diuji dan perjalananya jauh dan susah”.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Bagi saya, keputusan untuk berhenti dari ceramah ini pasti akan mendatang fitnah yang lebih besar. Atau Ustaz ingin terjun terus ke dunia politik, itu waAllahualam…tunggu dan lihat. Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan Ustaz ialah berkaitan dengan satu hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa.

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga di uji dengan fitnah yang melampau, di uji dengan perancangan membunuh Baginda, tetapi dakwah tetap di teruskan dan tidak sedikit pun ujian itu melemahkan Baginda bahkan ujian itu menguatkan kerana Baginda Rasulullah yakin berada di pihak yang Benar. Moga surat dari saya yang masih mentah dalam ilmu Agama ini dapat sedikit sebanyak di muhasabah buat kita bersama. Akhir kalam, sama kita hayati Qalam Allah..

Ingatlah kamu! (Kamu semua) adalah orang yang diseru untuk menafkahkan pada jalan Allah. Maka antara kamu ada yang bakhil, dan sesiapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), sedangkan kamu adalah fakir. Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia (Allah) akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan menyerupai kamu. [Muhammad : 38]

“Teruskan berjuang jika kamu benar”


Ikhlas dari :
Mohd Yusof Hadhari

3 COMMENTS

  1. Assalamualaikum….

    Pertama sekali jika kita merenung apa yang di ungkap oleh ustaz kazim ini ialah berhenti berceramah…. tetapi terus berdakwah. Apa guna buat statement ini. Ini seumpama menunjukan bahawa beliau bukanlah seorang yang ikhlas untuk menyampai ilmu Allah. Saya tak mahu mengatakan di keranakan sesuatu beliau berhenti berceramah.

    Apakah beliau sendiri sedar bahawa aura beliau berceramah semakin pudar? Beliau patut sedar bahawa golongan yang meramaikan majlis ilmunya adalah dikalangan ahli PAS yang sentiasa dahagakan ilmu. Tiba-tiba ada kala tertentu di membuat rumusan sendiri tanpa berfikir panjang menghentam kaedah dan cara yang di bawa oleh PAS dalam menerang dan menyesuaikan diri dalam suasana politik(bukan menghalalkan cara).

    Beliau harus sedar PAS terpaksa berjuang dalam keadaan serba kekurangan dan mengkaji kaedah terbaik mendapatkan kuasa untuk mendaulatkan ISLAM, beliau boleh mengatakan/mengherdik seumpama

    PAS meninggalkan dasar Islam yang ditunjanginya.

    Apakah beliau tidak sedar atau buat2 tidak sedar, atas sikap pemerintah hari ini(BN) terhadap pembangkang…….

    Saya kira jika sikapnya berterusan begini, nilai ilmu yang ada padanya dipandang sepi oleh pejuang2 Islam khususnya orang yang bersimpati dengan PAS.

    Kita perlu menggambil iktibar kepada apa yang telah berlaku kepada beberapa PONDOK dahulu, dimana pengasasnya bersama-sama menjunjung PARTI PAS ini mendapatkan anak murid menadah kitab dengan banyak sekali tetapi apabila keadaan berubah dimana mereka mengeluarkan kenyataan menyokong UMNO?BN maka PONDOK itu akan sunyi sepi. Mengapa ini terjadi? Saya rasa ini berpunca dari keberkatan ilmu itu sendiri. Apabila kosongnya PONDOK itu adakah orang islam(penyokong UMNO) akan mengisi kekosongan itu, jawapannya TIDAK SESEKALI. Sebab apa?????? Jawapannya mudah UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA menolak islam buat selama-lamanya.

    Dalam negara yg mengaku negara Islam, Pemimpin dan keluarganya jauh dari ajaran islam. Mereka2 ini memperkotak katikkan islam.. dimana pendirian ustaz kazim ini.. apakah dok mengaku BN memperjuangkan islam lg??????

    Wahai ustaz kazim, nanti anda jgn terkejut…anda akan jd seumpama Mashitah kedah yg di hormati dahulu… sekarang di mana dia… Tudung semakin singkat menampakkan ….. mana dia ajaran islam yang sebenar2 didokong oleh para pengikut islam yang sebenar. Apakah ilmu dia di hormati. Apakah Allah memberkati perjuanganya… Berpuluh2 lg agamawan dihormati dahulu sepi atau disepikan.

    Kita jgn menjadikan ugutan, tohmahan sebagai dalil untuk berhenti berceramah(salah satu kaedah dakwah). Jika kita mengatakan polis ada mengapa kita takut… report saja.. siapa pelakunya… Kot kita cakap saja untuk mencari publisiti… Kalau betul report..polis ada anjing dan pelbagai alat pengesan untuk menangkap si pelaku jahat(seperti di dakwa), apa takut..

    • nampaknya ada juga org yang tak paham ape yg cuba disampaikan oleh ustaz kazim ni. Bro aku ni bukan pencacai umno n aku bukan kata UMNO tu memperjuangkan islam. Tapi apa yang ustaz ni kata secara umum apa yg PAS dah buat. Jika PAS memperjuangkan islam, berjuanglah cara islam. Bro jika sesuatu hidangan tu baik, tetapi cara menghidangnya tak bagus, maka tak bagus juga jadinya.

      Berbanding dengan bro yg hanya pandai bercakap, berapa ramai yg ustaz ni islamkan? Berapa ramai anak yatim n tahfiz yg beliau uruskan? Ini bukan perjuangan islam? Adakah nak berjuang islam perlu masuk politik?

      Urusan menjadikan negara kita untuk mengamalkan hukum islam adalah tanggungjawab pemerintah. Bukannya tertanggung pada bahu kita. Sekiranya pemerintah tak mahu melakukannya, pemeritahlah yg menanggung.

      Sekiranya hukum hudud boleh dilakukan sekiranya PAS yg memerintah, maka tunggulah pilihanraya akan datang. Dengan berkat doa, dan izin tuhan insyaallah kita boleh menang n pemerintah PAS boleh melaksanakan hudud.

      Tak perlulah nak menghina org yg tak menyokong. Masing2 ada pendirian, n jika kita hendak orang suka n hormat kita, kita perlu suka n hormat orang. Begitulah kalo nak brjuang. Jika kita menyukakan org, maka ramailah yg menyokong, kalo kita buat org menyampah, maka ramailah yg menyampah. Berjuanglah dengan caranya.

      Punca ustaz ni banyak menghentam PAS adalah kerana, Pejuang PAS banyak melakukan perkara yg bukan2 sama seperti pihak yg satu lagi. N bila ustaz ni tegur, mula lah tuduh ustaz ni sokong UMNO. Padahal, diri sendiri salah n tak boleh ditegur.

      N mungkin org yg berfikiran, berpendidikan dan terbuka kepada semua, masih ok. Tapi jika bro pergi ke kampung2, mane2 surau yg taksub politik, boleh tahu sikap yg tak boleh ditegur ni. N jika ada ahli PAS yg silap buat statement, takde sorang pun ahli pas yg menegur..

  2. Usaha Ustaz Kazim memartabatkan Islam dengan cara membuka pusat Tahfiz, membela anak2 yatim , mengislamkan ramai orang dan sebagainya sangatlah terpuji dan mulia. Akan tetapi kita harus ingat bahawa "Panas setahun akan dihapuskan oleh hujan sehari". Sebagai manusia biasa ustaz Kazim tidak sunyi dari membuat kesilapan. Hanya kesilapan yang dilakukan oleh ustaz Kazim itu rasanya tidak wajar dan seolah2 sengaja mencampakkan dirinya ke lembah fitnah yang mengundang kemarahan bagi sesetengah pihak. Ustaz Kazim sepatutnya lebih berhati2 dan cermat dalam mengeluarkan kata2 yang boleh menimbulkan salah faham bagi banyak pihak. Ekoran ceramah beliau dalam video tersebut ramai yang telah memandang negatif terhadap ustaz Kazim dan tidak pelik jika populariti beliau semakin menjunam. Secara peribadi saya yang merupakan salah seorang peminat ustaz Kazim turut berasa terpukul dengan apa yang telah beliau lontarkan itu. Perasaan hambar terhadap Ustaz Kazim tidak dapat disorokkan lagi sepertimana perasaan saya terhadap seorang ustazah idola saya tidak lama dahulu yang kini berada sebarisan dengan mereka yang memandang enteng terhadap hudud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here