PETALING JAYA 10 Nov. – Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dia direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

PENGAWAL keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Subang Jaya bulan lalu dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi mendapatkan tahanan reman, hari ini.

spambnk1 spambnk2

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here