Gambar Hiasan

Saya kongsikan sedikit kisah macamana remaja berumur 14, 15, 16 dan 17 tahun tu boleh hamil untuk ibu bapa peka dan prihatin dengan kelakuan anak-anak.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Mula-mula bermesej ditelefon saja. Berindu sayang. Samada satu sekolah atau lain sekolah. Samada dengan rakan sebaya atau beza umur.

Ada juga kes, remaja perempuan umur 16 tahun, remaja lelaki umur 15 tahun, nampak macam adik angkat dengan kakak angkat.

Bermula dengan sms ditelefon, kepada wechat, dan chatting yang sewaktu dengannya, jika menggunakan smartphone.

Sapa belikan smartphone? Smartphone kan mahal harganya, dari mana anak tadi mampu memiliki smartphone jika bukan mak ayah atau kakak atau abang yang hadiahkan?

Dengan smartphone, dah boleh terima clip video lucah yang meransang dan mencuba untuk dipraktikkan.

Bukan sekadar teori lagi. Maka bila ada peluang, mereka akan mencuba.

Sekali mencuba, akan mencuba lagi, buat lagi dan akhirnya ketagih. Ibarat orang baru kahwin la…

Remaja mana ada banyak duit nak buat projek kat hotel, maka mereka akan buat kat mana-mana saja yang sempat.

Dalam suatu temubual, remaja tu cerita, selain kat rumah lelaki dan rumahnya (ini dilakukan ketika mak ayah tidak ada di rumah dan waktu siang) mereka memang sentiasa ambik peluang dan kesempatan, mereka juga lakukan kat dalam semak atau tepi laluan yang orang tidak lalu. Ampar aja kertas, dah boleh belayar.

Memang waktu siang, samada pagi atau petang. Alasan balik lambat sebab ada koko kat sekolah. Ada kelas tambahan kononnya.

Mak ayah tak syak apa-apa sebab memang pakai baju koko, nampak letih tak bermaya, ada rumput melekat pun kot memang penat berlari di padang.

Remaja jenis ini nampak baik, tidak sosial, tidak suka keluar jalan-jalan waktu malam. Dengar cakap mak ayah tetapi pandai berbohong.

Waktu malam mereka habiskan dengan berchatting dan melayari clip video lucah yang dihantar pasangan. Esok mula plan lagi dimana nak buat. Sentiasa mencari peluang saja.

Sebab itu ada kes, kakaknya yang baru berkahwin belum mengandung, tetapi dia yang tak berkahwin mengandung dulu. Ni yang haru…

Jadi mak ayah, selain usaha ikhtiar menjadi seorang yang prihatin, sentiasa berwaspada dengan kelakuan anak-anak, jaga hubungan dengan Allah, minta perlindungan dengan Allah, semoga Allah memelihara dan melindungi anak-anak kita dari terjebak tanpa kita duga dan sedari.

Maksud jaga hubungan dengan Allah ialah sentiasa mentaati Allah, pelihara solat, pelihara puasa, akhlak dan jaga aurat. Payah kita nak pelihara anak, jika kita tak jaga hubungan dengan Allah.

Analogi, macamana nak tegur anak pakai seluar ketat berbaju t lengan pendek jika kita pun pakai macam tu juga. Bila anak mengandung, kita berduka, marah…tetapi kita tak jaga akhlak anak, tak jaga aurat anak.

Ada satu perbualan antara seorang bapa dengan anaknya tentang telefon. Anaknya baru beli telefon canggih yang mahal .

Daughter bought a brand new I phone six. She got a screen protector along and beautiful phone cover as well. She showed her new phone to her dad and the conversation is as follows..

Dad: this is a nice phone. How much did you pay for it?

Daughter: it’s 700 dollars for the phone, 20 dollars for the phone cover, 5 dollars for the screen protector.

Dad: oh why did you get the screen protector and the phone cover, you could have saved 25 dollars.

Daughter: dad! I’ve spent 700 dollars on my phone whats the point if I don’t spend 25 dollars for its safety? And more over this cover makes my phone look beautiful.

Dad: is it not an insult to the apple company that it did not make the phone safe enough?

Daughter: no dad! They in fact recommend us to get the screen protector and the phone cover for its safety. And I dint want it to get damaged.

Dad: does it reduce the beauty of the phone?

Daughter: no it doesn’t. It makes my phone look more beautiful.

Dad looked at his daughter and smiled lovingly. And said, my daughter you know I love you, you paid 700 dollars for a phone and you spent 25 dollars for its safety.

I’ve paid my life on you and what is the point If you do not cover yourself with hijab for your own safety. This phone will not be questioned on aakhirath but my daughter you and me will be questioned.

– Baitus Solehah

1 COMMENT

  1. Kepada admin:

    Kenapa saya tengok kat kebanyakan website malaysia, terutama website melayu, ibu bapa selalu sangat dipersalahkan kerana tak jaga anak betul2? Apa punya pemikiran ni? Anak la yang patut dipersalahkan sebab ibu bapa yang lahirkan anak2. Kalau kita didik anak2 kita betul2 jadi baik tapi anak jahat jugak, apa boleh buat.

    Dalam al-quran ada sebut kita kena taat kepada kedua ibu bapa:

    Dan (ingatlah wahai Muhammad ketika kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya itu.

    (Surah Al-Baqarah, ayat 83)

    Cuba tengok kisah dua anak nabi adam as iaitu habil (abel) dan qabil (cain), habil nak kahwin kakak qabil yang lebih cantik, tapi qabil tak setuju dan ingin mengahwininya dengan sendirinya. Lepas tu, Allah cadangkan korban dari Habil dan Qabil kepada Allah. Allah hanya menerima korban Habil kerana keikhlasannya, manakala Qabil tidak diterima.

    Selepas mendapati korban Qabil tidak diterima, Qabil dengan marah, cemburu dan angkuh, mengugut Habil dengan ugutan bunuh. Habil berkata, korban itu hanya diterima dari orang yang beriman. Jika Qabil membunuh Habil, Habil tidak akan berbalas balik dengan bunuh kerana takut dengan azab Allah.

    Tetapi peringatan Habil tidak diendahkan oleh Qabil, dan selepas itu, Qabil telah membunuh adiknya sendiri. Selepas pembunuhan tersebut, Qabil berasa sangat menyesal dengan perbuatannya itu kerana tidak mampu menanam jasad adiknya itu sehingga Allah hantarkan burung gagak mengajar Qabil bagaimana hendak menanam jasad adiknya itu.

    P/s: So moralnya, wahai admin, adakah nabi adam as dan hawa dipersalahkan akibat kejahatan anaknya sendiri iaitu Qabil?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here