Berita terkini isu penjualan telur ayam palsu di Pasaraya Borong NSK tersebar. Menerusi laman sosial pada 15 September 2014, seorang pengguna telah mengadu bahawa telur yang dibelinya dari pasaraya NSK agak begitu berlainan daripada telur yang biasa dibelinya.

Antara ciri-ciri telur ayam tersebut adalah warna yang agak suram dan tekstur kuning telur yang kental seperti bola ping pong.

Rakaman video mengenai telur palsu yang dibeli dari pasaraya NSK kini tersebar secara meluas menerusi laman sosial. Terdahulu, Malaysia juga pernah digemparkan dengan kes penyeludupan telur palsu di Pulau Pinang pada bulan April tahun 2011 yang lalu. Pada kes tersebut, telur palsu yang dijual dipasaran terbuka itu dipercayai diimport dari negara China.

telur-palsu

Rakaman Video Telur Ayam Palsu Di Pasaraya NSK Tersebar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here