Trip ke Turki : Terokai keunikannya dalam tempoh 7 hari | Turki merupakan destinasi yang popular mesra muslim dengan sejarahnya yang kaya, budaya eksotik dan banyaknya kebab sebagai makanan masyarakat di sini. Negara “bicontinental” yang penuh dengan pengaruh dari barat dan timur ini merupakan destinasi perjalanan yang ideal untuk umat Islam sebagaimana majoriti penduduk di sini mengamalkan cara hidup Islam. Ini juga menjadikannya mudah bagi pelancong Islam untuk mencari makanan halal yang lain dan tidaklah terlalu stigma dengan menu kebab sahaja. Sekalipun kebab merupakan menu asal dari Turki, anda tidak semestinya tidak boleh tinggalkan tempat ini tanpa mencuba menu lokal yang lain seperti Köfte dan Baklava. Sementara anda di sana, nikmatilah teh tradisional turki dengan teh epal yang menyegarkan.

Plan trip ini sangat bagus untuk pelancong muslim yang berminat dalam menerokai negara Turki. Dari kesibukan bandar Istanbul dan Pamukkale yang “bersalji” sehinggalah ke cerobong yang menarik dari Cappadocia, nikmatilah pengalaman penuh menakjubkan ketika anda berada di Turki.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari

Hari Pertama – Istanbul, “Selamat datang ke Asia dan Eropah”

Istanbul merupakan bandar yang paling popular di Turki. Bandar ini bukan sahaja menghubungkan Eropah dan Asia, tetapi ia adalah ibu kepada beberapa tarikan paling terkenal di Turki. Daya tarikan bandar ini sentiasa menarik pengunjung dari seluruh dunia yang menganggumi pemandangan era Uthmaniah dimana menyaksikan sisa-sisa empayar yang dahulunya berkuasa disebalik pemandangan indah di Bosphorus. Dengan masakan yang menggiurkan sudah tentu ia menjadi satu bonus tarikan di sini iaitu kelazatan makanan Mediterranian).

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari

Dari wilayah Hagia Sophia ke Masjid Biru, pandanglah mata anda pada senibina Islam yang tersebar luas ini. (Masjid Biru mudah dilihat kerana ia adalah satu-satunya masjid yang mempunyai 6 menara!). Kemudian, menyelusurilah ke lorong Grand Bazar untuk membeli cenderahati kenang-kenangan sebagai tanda anda pernah melawat ke sana.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari
Kreedit Gambar : Halbag

Hari Kedua – Ankara, Ibu negara Turki

Untuk melalui trip pemandangan yang indah, naikilah tren Istanbul yang berkelajuan tinggi untuk ke Ankara. Apabila anda tiba di sini, anda akan menerokai sejarah Zaman Purba Anatolia. Anda juga boleh ke Anitkabir iaitu dimana tersemadinya makan Kamal Atarturk yang merupakan Presiden pertama era Turki moden. Arca binaan Augustus dan Rome juga merupakan salah satu barang sejarah yang bernilai yang anda tidak boleh ketinggalan ketika berada di dalam sejarah lama Turki ini.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari
Kredit Gambar : quirkyjazz

Jika anda mempunyai penghargaan yang mendalam terhadap keunikan senibina era Uthmaniah, Istana Ankara merupakan tempat yang anda perlu jejaki. Ambillah peluang ini untuk “kembali ke zaman silam” ketika anda melawat Muzium Tamadun Anatolian yang terletak di sebelah selatan istana.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari
Kredit Gambar : Omer Unlu

Jika anda mempunyai masa yang terluang, kenapa tidak membeli belah beberapa “Angora Wool” (Bulu biri-biri Angora) sepanjang jalan Cikrikcilar Yoskuku (Lorong Weavers). Anda juga mungkin menemui beberapa barangan antic dan kraftangan yang menarik untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

Tip : Sebagai persediaan untuk perjalanan ke Cappadocia, bersiaplah untuk perjalanan penuh jika anda memilih laluan paling murah tetapi memakan masa yang lama. Perjalanan bas semalaman akan mengambil masa antara 10 hingga 12 jam perjalanan. Penerbangan dalam negeri akan menjadi pilihan yang lebih baik supaya anda cukup rehat kerana ia hanyalah selama 90 minit sahaja untuk sampai ke destinasi.

hot air balloon cappadocia turkey

Hari Ketiga – Cappadocia, naik ke puncak atau kekal pada jarak yang rendah

Tip : Jangan lupa untuk set jadual belon udara panas anda pada hari pertama anda tiba di sini kerana keadaan cuaca setiap hari tidak menentu. Kami sangat menggalakkan anda untuk menempah pengangkutan peribadi juga untuk jimatkan masa pergerakan anda ke tempat lain sekitarnya.

Jika di sini, tiada masa untuk anda tidur apabila dunia Cappadocia menanti anda. Mereka yang membayar awal perlulah menaiki belon udara panas ini untuk melihat pemandangan yang sangat indah di sekeliling anda. Dari bahagian atas, anda akan menyaksikan “Cerobong pari” yang terkenal di Göreme dan Pasabag (Lembah Biara).

Walaupun terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu, pembentukan batu-batu yang terukir megah di sini mengekalkan keajaiban Cappadocia mampu memikat hati pelancong dari seluruh dunia. Apabila matahari terbenam, anda boleh saksikan cerobong pari yang ada di sana akan berubah warna yang sangat menakjubkan.

https://hotairballooningsincappadocia.com/wp-content/uploads/2018/06/Fairy-Chimneys-960x636.jpg

Kaymakli Underground City turkey
Kredit Gambar : Damian Entwistle

Jika anda takut ketinggian, apa kata anda selusuri bandar bawah tanah yang terbesar di rantau ini iaitu Bandar Kaymakli. Bandar ini merupakan tempat berates saluran terowong gunung berapi yang digunakan pada zaman dahulu untuk melindungi diri daripada penceroboh. Menjejak kaki ke sini dengan lorong-lorong yang sempit sangatlah menarik untuk anda terokai tapak warisan UNESCO yang berada di Turki ini.

Fakta Menarik : Penduduk di rantau ini masih menggunakan pelbagai bahagian terowong sebagai ruang bawang tanah, kawasan simpanan dan kandang yang mana mereka akses kawasan ini di halaman tempat tinggal mereka sendiri.

Sarihan Caravanserai turkey
Kredit Gambar : Mer

Tamatkan percutian anda dengan persembahan khas masyarakat Turki iaitu Sarihan Caravanserai. “The Whirling Dervish” adalah sebahagian budaya kerohanian penting bagi masyarakat di sana yang hanya dianggotai dan dilakukan oleh orang-orang agama. Ketika mereka ini melakukan tarian tersebut, seronok jika anda menikmati minuman tradisional Uthmani sementara melawati malam hari.

goreme open air museum turkey
Kredit Gambar : Carmine Savarese

Hari Keempat – Göreme, Sightseeing dan Spas Galore

Mulaikan hari keempat dengan lawatan ke Göreme, sebauh bandar yang terletak di rantau Cappadocia di Turki. Anda hanya perlu melalui ke Muzium Terbuka Göreme di mana anda akan tertarik dengan dikelilingi oeh seni bina arkitek yang unik.

Uçhisar Castle turkey
Kredit Gambar : Qudsiya

Kemudian, anda boleh menuju ke barat daya dimana menempatkan istana Uçhisar sekitar 5 kilometer dari Göreme. Istana Uçhisar adalah puncak tertinggi di Cappadocia yang memberikan anda panorama terbaik Gunung Erciyes. Sekiranya anda sukakan sukan lasak dan inginkan cabaran ketika melancong, pergilah ke Pasabag atau Lembah Biarawan (Monks Valley) untuk terokai cerobong peri dengan lebih dekat.

hammam turkish bath
Kredit Gambar : Steigenberger Hotels and Resorts

Sediakan destinasi seterusnya untuk anda rasai pengalaman ke spa Turki yang asli. Hamman adalah tempat mandi atau spa yang mampu hilangkan tekanan dari kesibukan trip. Di sini anda juga boleh memilih untuk servis urut muka atau mengurut badan.

Hari Kelima – Perjalanan kembali ke masa lalu di Selçuk atau Ephesus

Cara paling ekonomi untuk ke sini boleh juga dengan menaiki bas dari Nevşehir, Cappadocia kemudian ke Selçuk berhampiran Izmir. Perjalanan ini mengambil masa 13 jam tapi sehingga kini masih lagi menjadi pilihan yang ideal untuk pelancong muslim kerana mesra bajet.

Sebagai alternatif, anda boleh menaiki bas ke Konya yang mengambil masa 4 jam dan di sana tambah 1 hari untuk anda terokai Konya ; di sini popular dengan tempat ziarah para sufi. Dari Konya, anda boleh dapatkan tren waktu malam untuk ke Selçuk yang akan mengambil masa 12 jam. Cara terpantas sudah tentu dengan jalan udara dan hanya sampai 1 jam sahaja !

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari

Tenang dan santai-santai hari ini dengan menerokai tapak warisan dunia UNESCO di Efesus sebagai salah satu tapak runtuhan kerajaan Rom di dunia. Wilayah Selçuk memberikan anda sebuah bandar yang kecil yang mmebuat anda rasa selamat untuk kunjunginya. Efesus, dipenuhi bersama rumah teres dibina pada abad ke-10 sebagai pusat perdangangan di zaman dahulu. Anda juga akan berpeluang untuk melihat sendiri perpustakaan Rom Celsus dan Teater Besar yang ada di sana.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari
Kredit Gambar : Ali Weheda

Semasa anda perlahan-lahan melalui Kuil Artemis, Masjid Isabey dan Maryem Ana Evi, hayatilah sejenak pemandangan kehidupan Yunani / Rom pada masa lalu. Masjid Isabey adalah tempat yang terbaik untuk menyaksikan senibina Anatolian Beylik sambil menghargai salah satu dari 7 tempat menakjubkan di dunia. Walaupun kuil Artemis dibina semula beberapa kali sebelum kemusnahan terakhir, anda dapat melihat mayat terakhir di Muzium Arkeologi Ephesus.

Trip ke Turki : Terokai Istanbul dalam tempoh 7 hari

Hari Keenam – Istana “kapas” di Pamukkale

Jom naiki tren selama 3 jam untuk ke Pamukkale menikmati kecantikan salji Turki. Ini adalah “Istana Kapas” berhampiran Hierapolis. Ia merupakan spa mandi bandar Rom pada zaman dahulu yang kaya dengan sejarah “Roman Amphitheatre” dan masih dipelihara dengan baik. Apa yang ikoniknya di sini ialah airnya mengalir ke bawah teres seramik putih ! Jangan tinggalkan tempat ini tanpa berendam di Kolam Antik (juga dikenali sebagai Kolam Cleopatra). Kolam panas “geothermal” ini mengalir seperti spa moden yang ada pada hari ini.

Hierapolis Archaeology Museum turkey

Bagi yang meminati sejarah, pergilah melawat ke Muzium Arkeologi Hierapolis. Tempat di mana kawasan mandi penduduk Rom bertukar menjadi sebuah muzium dan di sini juga boleh ditemukan barang dari tempat lain seperti Laodicea. Anda juga boleh mencari pelbagai artifak lain daripada “sarcophagi” sehinggalah ke barang perhiasan yang lain.

Terdapat tapak-tapak bersejarah yang lain anda boleh kunjungi seperti Teater Purba Hierapolis, Kuil Apollo, Plutonium dan Kuil Nymphaeum. Pada hari terakhir anda di sini, jangan lupa untuk dpatkan penerbangan selama 1 jam dari lapanagan terbang Izmir ke Istanbul.

topkapi palace istanbul turkey

Hari Ketujuh – Istanbul, Hari Terakhir

Sekiranya anda mempunyai masa tambahan sebelum pulang ke negara halaman, apa kata anda habiskan masa petang melalui Istana Muzium Topkapi ? Muzimum ini mempunyai banyak artifak sejarah dan peniggalan termasuk Sultan Mehmed II iaitu mastermind disebalik istana yang tersergam indah ini.

Oh ye, anda juga boleh menaiki bot di sepanjang Bosphorus, selat yang membahagikan Eropah dan Asia. Mungkin cara ini juga anda dapat menggamit keindahan di sini buat kali yang terakhir.

Akhirnya, kami telahpun menyenarai pendek jadual perjalanan yang perlu anda rancangkan. Sekarang, hanya pilih tarikh berlepas dan tandakan rakan-rakan anda yang lain untuk tempah tiket yang sama ke Turki ! Pastikan anda berada dalam mood penuh semangat untuk menerokai keindahan bumi Turki nanti selepas membaca artikel kami ini !

Sumber :
www.halalzilla.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here