mati-akibat-ubat-kuat
Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Ubat ‘bodoh’ itu hanya kuat sekejap, selebihnya merosakkan kehidupan saya,” kata mangsa ubat kuat lelaki dikenali sebagai Alif, 35, yang kini terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan jantung dan buah pinggang. Menurut Alif, dia mencuba beberapa jenis ubat kuat yang diperkenalkan rakannya kerana mahu menikmati kepuasan maksimum ketika bersama isterinya.

Katanya, pada mulanya ubat terbabit memberi kesan diingininya, namun lama kelamaan kesan sampingan ubat kuat yang tidak disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu memakan dirinya.

Setahun saya menggunakan ubat kuat seperti pil dan minuman pracampuran, ia memang memberi kesan terbaik. Namun, hanya selama itu saya dapat menikmatinya.

Kini saya tidak lagi mengambil ubat terbabit kerana disahkan menghidap masalah jantung dan rosak buah pinggang akibat pengambilannya.

Saya benar-benar menyesal, namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur. Dulu saya tidak hiraukan nasihat orang terdekat, kini baru saya tahu kesannya.

Ia benar-benar menghancurkan kehidupan saya. Kini dengan pelbagai penyakit, saya tidak dapat memuaskan isteri, apatah lagi diri sendiri,” katanya.

Antara ubat haram digunakan Alif ialah dua produk yang dihasilkan di kilang haram berkenaan.

Alif berkata, sebelum disahkan menghidap masalah jantung serta rosak buah pinggang, dia berasa sesak di dada dan sukar bernafas.

Selepas diperiksa, doktor mengesahkan saya menghidap penyakit terbabit namun tidak tahu apa puncanya.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut, doktor menjelaskan organ dalaman saya rosak akibat pengambilan racun berlebihan.

Saya terkejut dengan perkara itu dan akhirnya, baru saya dapat tahu racun terbabit banyak ditemui di dalam ubat kuat haram yang saya ambil.

Saya harap tiada lelaki lain turut menjadi mangsa. Jika ada masalah, segera berjumpa doktor dan jangan mencuba ubat kuat haram terbabit kerana ia pasti memakan diri sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here